CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

[Mini Novel] DUA DIMENSI

  [Copy link]
Post time 15-1-2018 10:58 AM | Show all posts
Ipo replied at 15-1-2018 10:45 AM
Hehehe..
Weh...mcm tahu je plot pa'an yg suka rakam citer aneh tu

"Ape die? Cer kabor kat teman," kata Prince Chicky Boom Boom.

ps: rasa nak tepek gambar putera andra versi pahlawan melayu tp x tgamak mcemar tred nicki ni



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2018 10:59 AM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 15-1-2018 10:58 AM
"Ape die? Cer kabor kat teman," kata Prince Chicky Boom Boom.

ps: rasa nak tepek gambar putera  ...

Eh tepek la lady
Buat cuci mata...hensem ke idok
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 11:52 AM | Show all posts
Ipo replied at 15-1-2018 10:59 AM
Eh tepek la lady
Buat cuci mata...hensem ke idok

ada versi hensem dan ada versi yg boleh mbuatkan tuan empunya tred kemurungan



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2018 04:49 PM | Show all posts
Ipo replied at 15-1-2018 10:45 AM
Hehehe..
Weh...mcm tahu je plot pa'an yg suka rakam citer aneh tu

Akan ku abadikannya dalam watak Pa'an sebagai cameo

Kaaaaaahhhhh....

Tetiba background ada lagu Khai Bahar - Dari Jauh Saja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2018 04:56 PM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 15-1-2018 11:52 AM
ada versi hensem dan ada versi yg boleh mbuatkan tuan empunya tred kemurungan

Takmoh ChikiBoom. Murung dibuatnya

Nak yg ni:



Anaqi

Bila transform jadi Andra, rupa gini





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2018 05:02 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 15-1-2018 05:07 PM

BAB 14

GARA-GARA pertemuan dengan Pa’an siang tadi, Anaqi kini menjadi semakin tak keruan. Sudah hilang kira berapa kali dia mundar-mandir di sekeliling pangsapuri. Sekejap ke dapur, sekejap ke bilik tidur dan kini, dia kembali semula ke ruang tamu. Televisyen terpasang, namun rancangan yang tersiar tak mampu menarik perhatiannya.

Fokus Anaqi kini tertumpu kepada laptop biru, tergeletak kaku atas meja kopi.

Perlahan-lahan, Anaqi menghampiri ke ruang tengah lalu melabuh duduk atas sofa. Dia memandang seketika pada televisyen. Suara hingar-bingar menambah kekusutan fikiran. Sejurus dia menggapai alat kawalan jauh lantas mematikan televisyen. Lega apabila suasana menjadi sunyi.

Laptop biru ditenung semula. Kata-kata Pa’an berulang semula dalam minda. Saranan Pa’an itu kedengaran tidak munasabah pada awalnya namun kini, Anaqi tidak mampu berhenti dari menimbang-tara. Sedikit sebanyak, dia mulai terpengaruh. Benar bukan? Biar pun aneh, tak semua orang terpilih untuk mendapat pengalaman dan peluang sebegini.

Anaqi menghidupkan laptop. Kata laluan dimasukkan seperti biasa. Seketika kemudian, gambar Son Goku terpapar menghiasi skrin. Dia teragak-agak, hati dipaut rasa ragu. Akal waras yang masih berfungsi, menegah dia dari melakukannya. Entah tahayul, entah khurafat. Bagaimana pula jika perkara ini kelak membawa mudarat kepadanya di kemudian hari?

Seribu satu alasan terawang-awang di benak, menghalang dia dari membuka gerbang ke dimensi satu lagi. Namun, seribu satu alasan itu tidak mampu menghalang perasaan ingin tahu yang semakin membuar-buar. Tidak lagi berfikir panjang, Anaqi menggenggam tetikus dan terus mengetik fail bertajuk Phantasmargoria.

Sekali. Dua kali. Tiga kali.

Tiada apa-apa perubahan terjadi pada skrin. Son Goku masih tersenyum. Portal itu tidak muncul. Anaqi merengus kasar. Jari pantas mengetik lagi.

Hampir seminit, barulah skrin bertukar legam. Tulisan merah itu muncul perlahan-lahan. Sejenak, Anaqi terkesima membaca soalan yang dilontar padanya.

Kau mencari kami?

Beberapa saat terus berlalu dan tulisan itu masih kekal, tidak berubah seolah-olah menanti Anaqi menjawab. Nalurinya menyuruh agar cuba menaip sesuatu di papan kekunci. Dalam keadaan teragak-agak, Anaqi menekan aksara.

Ya. Dan butang enter ditekan.

Tulisan merah itu hilang, berganti dengan ayat yang lain.

Mengapa?

Anaqi terkebil-kebil. Sejurus, dia menaip sesuatu.

Aku ingin tahu, siapa kau sebenarnya.

Seperti kamu, kami juga makhluk Tuhan.

Begitu jawapan yang di beri. Anaqi menaip lagi.

Adakah kau benar-benar wujud?


Kita sedang berbicara, bukan? Adakah itu bermaksud aku tidak wujud?

Maknanya, aku tidak bermimpi?

Aku tidak punya jawapannya. Adakah kau rasa seperti bermimpi?

Anaqi tidak beruas hati dengan jawapan itu. Abjad terus ditekan.

Siapa kau sebenarnya? Hantu? Jin? Makhluk asing?


Sudah aku beritahu sebentar tadi, aku juga makhluk Tuhan seperti kamu. Apa kamu tidak percaya pada kuasa Tuhan?


Anaqi tergamam, terasa ditempelak. Dia mengambil masa hampir seminit sebelum menaip semula.

Bawa aku ke Amariya.

Hasratnya disampaikan terus-terang, tanpa berkias lagi.

Sila tekan pautan ini.

Anaqi menurut. Pautan itu di tekan. Cahaya putih lagi terang pun muncul, menyilaukan pandangan. Perlahan-lahan, matanya tertutup.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-1-2018 05:15 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 15-1-2018 06:16 PM

CAHAYA menerobos masuk dari jendela-jendela yang terbuka luas, membuatkan kamar ilmu itu terang secara semulajadi. Terletak di bahagian sayap timur, aras tiga, kamar ini merupakan salah satu kamar paling besar yang terdapat dalam Istana Suriyan. Di dalamnya, terhimpun pelbagai pustaka berharga, hasil tulisan para cendekiawan dan ilmuan Amariya sejak dahulu.

Syakilla memilih tempat duduk berhampiran anjung, agar dia dapat menikmati keindahan Taman Aurora saat mentelaah. Dia kerap bersendirian kini, sementelah Arania semakin sibuk dengan urusan pentadbiran. Oleh yang demikian, kamar ilmu menjadi tempat untuknya menghabiskan masa lapang. Terbentang di atas meja di hadapannya, rantaian skrol dari kertas daun Cypera. Ada di antara skrol-skrol itu telah berusia berabad-abad lamanya.

Meskipun begitu, kondisinya kekal elok dan catatan di atasnya masih dapat di baca dengan mudah. Tidak hairanlah kerana kertas dari daun Cypera ini bermutu tinggi dan pembuatannya juga amat teliti.

Sungguhpun ini bukan kali pertama membacanya, namun Syakilla tetap tekun menelaah setiap baris perkataan. Tercatat di atas skrol itu, sejarah penubuhan Amariya, lengkap dengan tarikh dan susunan mengikut peristiwa. Ianya di tulis dan di karang oleh para sejarawan yang diiktiraf oleh kerajaan. Syakilla meneliti salah satu skrol, di mana langgam penulisannya lebih kepada bentuk hikayat, di catat dalam loghat lama Amariya. Ianya tentang sejarah paling awal, bagaimana Amariya bermula.

Adapun Raja Amar itu dikatakan berasal dari kerajaan Tanah Utara, bersusur-galur dari keturunan Raja Safarani. Datang bersama saudara pendampingnya, Edwar ke Selatan sebagai pengembara. Mereka berkelana sehingga ke tanah hujung, lalu bertemu dengan sebuah daerah terpencil. Penempatan itu dipanggil mereka dengan nama Amiraz.

Ketika kemunculan Amar dan Edwar di Amiraz, daerah itu sedang di landa wabak penyakit berjangkit. Kebanyakan penduduknya mengalami demam berpanjangan, sakit perut dan muntah. Malah, sudah ada penduduk yang menemui ajal kerana mengalami gejala yang berterusan.

Kedatangan Amar dan Edwar bagaikan rahmat dari Yang Maha Esa, setelah penduduk Amiraz di timpa ujian berbulan lamanya. Amar, pemuda keturunan gehara itu punyai pengetahuan hebat sebagai apoteker. Dengan kemahiran yang ada Raja Amar membantu memberi rawatan kepada penduduk Amiraz sepenuh keikhlasan.

Edwar, pendamping setia Raja Amar, turut memainkan peranan membantu penduduk di daerah itu. Hasil siasatan mendapati, sumber air yang tidak bersih menjadi punca kepada wabak penyakit tersebut. Dengan izin dari Penggawa, penduduk Amiraz bersama-sama dengan dua pemuda dari Tanah Utara, menggembling tenaga memperbaiki kawasan penempatan di Amiraz itu.

Selama enam purnama bermukim di Amiraz, mereka di terima baik. Dengan pengetahuan yang ada pada Raja Amar, dia dihormati dan dipandang tinggi oleh penduduk Amiraz, begitu juga dengan pendamping setianya, Edwar. Akhirnya, Penggawa menjemput pemuda dari Tanah Utara untuk terus menetap di Amiraz. Raja Amsyar pun berkahwin dengan anak perempuan Penggawa.  


Pembacaannya terhenti. Perhatian Syakilla terganggu apabila dia mendengar bunyi dari luar pintu kamar ilmu. Ia bagaikan ditolak-tolak beberapa kali dengan kuat. Kehairanan dan tertanya-tanya, Syakilla bangun dan menghampiri pintu.

“Ona Noran.” Panggil Syakilla, kepada perempuan odeli yang bertugas di kamar ilmu. Walaubagaimanapun, tiada sahutan.

“Ona Noran.”

Senyap.

Ke mana saja Ona Noran pergi?

Pintu berbunyi lagi, kali ini di gegar lebih kuat dari tadi. Tidak berfikir panjang, Syakilla membukanya dari dalam. Terpacul wajah Andra di hadapannya.

“Andra…mengapa…”

Andra pantas menutup bibir Syakilla dengan jarinya, menyebabkan puteri itu tergamam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2018 06:11 PM | Show all posts
“Aku perlu bersembunyi.”

Kening Syakilla berkerut.

“Lekas.” Andra menjatuhkan tangan dan masuk selangkah ke dalam kamar ilmu. “Madein makin hampir. Dia sedang mencari aku. Katakan saja aku tiada di sini jika dia datang.”

Dalam terpinga-pinga, Syakilla mengangguk. Dia beralih ke tepi dan membiarkan Andra masuk ke dalam kamar ilmu untuk bersembunyi. Sejurus, dia menjengah ke luar, melihat apa yang sebenarnya sedang berlaku.

Madein sedang berjalan ke arah kamar ilmu dengan air muka cemberut. Dia bertembung dengan Noran yang sedang menuju arah bertentangan, barangkali punya urusan di tempat lain. Mereka berbual-bual seketika dan Noran menunjuk ke arah kamar ilmu. Madein terangguk-angguk dan bergegas menuju ke mari.

Syakilla pura-pura tidak melihat sahaya itu menghampiri namun membiarkan saja pintu terbuka sedikit. Madein mundar-mandir di hadapan kamar ilmu. Mulutnya menggumam-gumam sesuatu tanpa dapat difahami biji butirnya. Tiba-tiba, Madein berhenti di hadapan pintu kamar, tampak teragak-agak.

Syakilla menolak pintu luas-luas, pura-pura terkejut melihat Madein di situ. Mata Madein membulat kerana terperanjat. Menyedari bahawa yang berhadapan dengannya adalah Puteri Syakilla, dia lantas membuat tunduk hormat.

“Maafkan patik, Puteri.” Tutur Madein dengan sopan. Syakilla mengangguk dan tersenyum.

“Ada perkara apa, yang membawa kamu sehingga ke mari Madein?”

“Begini Puteri.” Ujar Madein. “Patik mencari Putera Andra.”

“Putera Andra?”

Madein mengangguk lalu tunduk. "Putera Andra lari dari kamar."

“Bagaimana Putera Andra dapat melarikan diri? Adakah kamu lalai menjalankan tugas, Madein?” Sengaja Syakilla meninggikan suara.

“Tidak…tidak. Bukan begitu.” Madein mempertahankan diri. “Putera berdegil, tidak mahu minum ubatannya seperti biasa. Puas patik pujuk, Putera menolak. Kemudian, tiba-tiba saja Putera keluar dari kamar dan melarikan diri.” Jelas Madein.

“Oh.” Syakilla terangguk-angguk. “Mengapa pula kamu mencari sehingga ke sini?”

“Patik yakin, patik nampak kelibat Putera Andra di sini.” Terang Madein.

“Beta sudah lama di sini. Selain Ona Noran, beta tidak melihat kelibat sesiapa, apatah lagi Putera Andra.”         

Madein diam, namun jelas sekali dia tidak berpuas-hati.

“Kamar Ilmu ini, adalah kamar terakhir di sayap timur. Andai benar Putera Andra berada di sini, sama ada dia sudah lari dan terjun ke bawah, atau pun berada di dalam sana.” Mata Syakilla mengarah pada kamar. Mata Madein turut menjeling ke situ namun, segera pula melarikan pandangan.

“Barangkali, kamu mahu memeriksa Kamar Ilmu, mencari Andra di dalam sana…” Syakilla membuka pintu kamar lebih lebar. “Silakan, jika itu dapat memuaskan hatimu.”

Madein teragak-agak, memandang pintu kamar dan Puteri Syakilla bergilir-gilir.

“Tidak mengapa, Puteri. Patik akan mencari Putera Andra di tempat lain.” Putus Madein. Syakilla tersenyum. Madein membuat tunduk hormat, melangkah tiga tapak ke belakang dan berpusing, melangkah pergi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2018 08:52 AM | Show all posts
Edited by ladyFinger12 at 16-1-2018 08:54 AM
Nicki_Meow replied at 15-1-2018 04:56 PM
Takmoh ChikiBoom. Murung dibuatnya

Nak yg ni:

eh, samalah dgn my imejinesyen!

Nah!


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 09:02 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 15-1-2018 05:15 PM
CAHAYA menerobos masuk dari jendela-jendela yang terbuka luas, membuatkan kamar ilmu itu terang seca ...

sayap timur, sayap patah... tak dpt imejin kalau org sekarang berckp begini...

"Encik... di mana pejabat?"

"Oh, pejabat di tingkat dua, sayap kiri bangunan..."





btw, mcm mana otakmu bleh tfikir nama ona noran ni nicki weh? Lady nak bubuh nama2 watak yg biasa2 ni pun jenuh perah otak... nak bg menepati nama2 org kampung dan x mahu bombastik divas gituhhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2018 08:04 PM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 16-1-2018 09:02 AM
sayap timur, sayap patah... tak dpt imejin kalau org sekarang berckp begini...

"Encik... di man ...

Ekceli, kalau tukar bahasa penjajah, bunyinya tak pelik sangat:

"Excuse me sir, where is the office?"
"Oh. It's on the second floor, at the left wing of this building."

Gitew


Tang nama tu, hampir kering gaklah perah otak. Jangan kata nama, nak sambung cerita pun macam dah separuh nyawa . Lagi senang buat drama pukul 7pm / 10pm

Btw, sebenarnya 'Ona' tu panggilan hormat kepada wanita lebih tua i.e Puan/Makcik gitu dalam bahasa Amariya. Kononnyalah...
Tak tau nak letak explanation 'Ona' tu kat mana...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2018 08:08 PM | Show all posts
BAB 15

HANYA setelah Madein benar-benar hilang dari pandangan, barulah Syakilla masuk semula dalam kamar ilmu. Pintu di tutup rapat. Berdiri dia di situ, sambil mata mengitari ke seluruh kamar, mencari-cari. Dan kemudian, pandangan terkunci kepada susuk tubuh milik Andra. Putera itu begitu khusyuk memerhatikan skrol-skrol yang tergeletak atas meja panjang.

Syakilla tertanya-tanya, adakah Andra telah pulih? Ini kerana, raut wajah putera itu kelihatan bernyawa, bukan kosong seperti tiada jiwa. Matanya juga bersinar, bukan malap tak bermaya. Dan Andra tampak cergas dan segar, bukan lemah tak berdaya. Dan Syakilla juga berteka-teki, apakah ini hanya untuk sementara? Apakah Andra akan kembali semula kepada keadaan geringnya?

Sejurus kemudian, Syakilla melangkah penuh tertib. Dia berdiri di hadapan Andra, terpisah oleh meja panjang yang diperbuat dari kayu Swietenia. Andra bagai tidak mengendahkannya, hanya menatap penuh tumpuan pada skrol dan merenung khusyuk pada lakaran peta Amariya yang terukir atas meja. Sesekali, Andra menyentuh ukiran itu dengan jarinya, penuh minat.   

“Mengapa kau melarikan diri dari Madein?” Syakilla memecah jeda.

“Kerana Madein terlalu memaksa.” Jawab Andra, tanpa memandang.

Syakilla teringat kata-kata Madein sebentar tadi. Andra melarikan diri hanya kerana disuruh menelan ubatannya. Syakilla tergeleng kecil.

“Kau melarikan diri, hanya kerana Madein memaksamu menelan ubatan?”

“Rasanya jelik.” Balas Andra. “Kalau kau pun dipaksa menelannya, aku pasti sekali kau pun akan lari jauh-jauh.”

Tawa kecil Syakilla terbit dari bibir.

Kali ini, barulah Andra mengangkat wajah, lalu memandang pada gadis yang sedang tertawa. Melihat Syakilla tapak ceria, Andra turut mengukir senyum. Merenung dalam diam pada sepasang mata tajam bak helang, dan jatuh pada bibir mungil merah bak delima merekah. Seringkali, persona gadis itu menyebabkan rentak jantungnya tergendala.

“Sikapmu kebudak-budakan.” Dengan tawa yang masih bersisa, Syakilla menegur.

Andra tidak menjawab. Jarinya melepaskan skrol yang tadinya berada dalam pegangan. Tidak mempedulikan Syakilla, dia menyeluruhi pandangan ke setiap sudut. Memerhatikan susun-atur perabotnya, hiasan dalaman dan kelengkapan. Satu lintasan kenangan menjengah fikiran. Sepertinya, dia pernah berada di sini sebelum ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2018 08:14 PM | Show all posts
Matanya kini tertumpu kepada dinding, yang ditutupi kain rentang baldu berwarna ungu. Dahi Andra berkerut dan kemudian, dia mendekati dinding. Kain rentang itu di tarik ke arah kanan, lalu menyerlahkan satu lakaran penuh dengan tulisan, hampir memenuhi seluruh ruangan. Dia merenung khusyuk, cuba membaca aksara yang terukir pada dinding.

“Ini adalah salah-silah keturunan keluarga di raja Amariya.” Syakilla menjelaskannya kepada Andra, meskipun tidak di pinta. Andra menoleh kepada Syakilla seketika, yang kini berada di sebelahnya, sebelum memandang semula pada lakaran itu.

“Sejarah Amariya bermula di Amiraz, yang kini menjadi kota utama Amariya.” Tutur Syakilla lagi.

“Raja Amar, berasal dari kerajaan utara, telah berkahwin dengan anak perempuan Penggawa Amiraz pada waktu itu, bernama Sahaira.” Syakilla terus bercerita, menerangkan susur-galur keluarga mereka. Begitu lancar kerana semua maklumat sudah di hafal dalam kepalanya. Di selitkan juga, beberapa peristiwa penting yang tersurat dalam lipatan sejarah. Andra mendengar dengan tekun, tidak sedikitpun menyampuk kata-kata gadis itu sehinggalah puteri itu menokhtahkan kata-katanya.

“Pengetahuanmu tentang sejarah keluarga di raja, amat mengagumkan.” Ujar Andra.

“Semua pewaris di raja patut mempunyai pengetahuan mendalam tentangnya. Jika tidak, bagaimana kita dapat menghargai perjuangan dan pengorbanan yang mereka lakukan? Tanpa sejarah masa lalu, masa depan tidak akan ada.”

Andra menyetujui kata-kata Syakilla dalam diam. Matanya kembali merenung lakaran salah-silah keluarga di raja, sehinggalah kepada generasi terkini.

Raja Aryan * Ratu Zarya – Zulkhan – Amsyar – Danina
Raja Zulkhan * Ratu Alaysia – Syakilla.
Raja Amsyar * Ratu Malaeka – Andra – Arania
Danina * Zaffar – Zuhriel.


“Zuhriel…” Andra menyebut nama itu dengan perlahan. Wajah seorang pemuda terbit dalam fikirannya. Maka, merujuk pada salah-silah keturunan itu, dia dan Zuhriel juga bersaudara?

“Aku pernah berjumpa dengan Zuhriel pada malam keramaian lalu. Perwatakannya sungguh menjengkelkan.” Andra berterus-terang.

“Zuhriel?” Kening Syakilla terangkat. “Satu masa dulu, kalian berdua sangat rapat.”

“Benarkah begitu?” Andra bagai tak percaya. Kata-kata dan sikap biadab Zuhriel masih dapat diingati dengan jelas.

“Benar.” Jawab Syakilla. “Sedari kecil, kalian sering bersama-sama. Tetapi, setelah kau dilantik sebagai pemangku raja, kamu berdua seakan-akan membawa haluan sendiri.”

“Oh.” Andra cuba menghadam maklumat terbaru itu.

“Kau langsung tidak ingat akan hal itu? Tentang kau dan Zuhriel?” Syakilla menduga.

Andra menggeleng dan mengeluh. Ingatannya pada masa lalu seperti telah terpadam dari ruang minda.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2018 08:19 PM | Show all posts
“Mereka kata, aku di timpa bencana, ketika berada di Hutan Mikali. Benarkah begitu?” Andra melontar soalan.

“Benar.” Jawab Syakilla. “Mereka menjumpaimu, berlumuran darah di pinggir hutan. Kecederaanmu agak parah. Tabib mengatakan, ianya satu keajaiban setelah kau dapat sedarkan diri. Ramai yang beranggapan, kau tidak punya harapan untuk…” Syakilla menelan liur sebelum meneruskan kata-kata. “Hidup.” Lalu dia tunduk, menyembunyikan sebak yang tiba-tiba saja memaut perasaan. Nafas di tarik panjang.

“Namun, syukurlah…kau sedar kembali.” Sambung Syakilla, lirih.

“Bencana apa yang terjadi kepadaku?” Soalan itu, Andra tanyakan pada diri sendiri. Berada dalam keadaan di mana hampir semua ingatan masa lalunya hilang, sungguh menyeksakan.

“Tiada siapa yang tahu, apa telah terjadi kepadamu. Mereka kata, kau diserang binatang buas.” Syakilla berkata, meskipun tidak di pinta.

“Zuhriel juga ada bersamamu, di Hutan Mikali.” Terpacul kata-kata itu ayat itu dari bibir Syakilla secara tiba-tiba.

“Benarkah?” Andra jadi lebih terkejut kali ini. Syakilla mengangguk.

“Dia yang pertama, menemuimu di pinggir hutan.”

“Hutan Mikali.” Andra berkata perlahan. Berkali-kali nama Hutan itu menjadi sebutan namun tiada sebarang maklumat lanjut tentang apa yang telah berlaku di situ.

“Aku mahu ke sana.” Andra membuat keputusan.

“Apa?” Mata Syakilla membulat.

“Aku mahu ke hutan itu, dan menyiasat sendiri apa yang telah berlaku.”

“Apakah kau sudah hilang akal?” Suara Syakilla meninggi.

“Memang begitu pun keadaanku sekarang ini. Hilang akal dan hilang ingatan.”

“Kau tidak boleh ke sana.” Syakilla menegah.

“Mengapa?”

“Kau tahu, perkara itu merbahaya, bukan?”

Andra cuba mengekalkan wajah tegas sungguhpun hati dicuit rasa lucu melihat puteri itu naik angin. Lalu, dia pun berkata. “Aku tetap akan pergi, sama ada kau bersetuju atau tidak.”

Syakilla merenung Andra, mencerlung tajam. Selalunya, dia dapat bersabar dengan gelagat Andra biarpun adakalanya, lagak Andra umpama tidak siuman. Tapi kali ini, kesabarannya tercabar.

“Jadi…pergilah. Kali ini, aku tak akan peduli lagi jika kau di timpa geruh.” Syakilla keras menoktahkan kata. Dia berpaling dan mulai menjauh. Agak terluka dan kesal apabila Andra sengaja mahu mencari bahaya.

“Tunggu.” Andra menahan.  Terasa menyesal kerana menaikkan kemarahan gadis bermata bak helang itu.

“Nantilah. Syakilla.”

Namun Syakilla buat tak endah, tetap melangkah untuk keluar dari kamar.

“Puteri Syakilla.” Andra berjalan beberapa langkah lebih pantas, menghadang puteri itu dari depan.

“Ke tepi.” Suruh Syakilla. Andra menggeleng.

“Usahlah terlalu gusar.” Andra cuba memujuk. Syakilla merengus geram.

“Kau tahu, bagaimana perasaanku apabila melihat dirimu berlumuran darah? Saat kau gering? Saat kau kesakitan? Ketika kau tidak sedarkan diri? Aku juga turut merasa sakit dan pedihnya...di sini.” Syakilla menyentuh dadanya dengan jari telunjuk. “Tapi kini...bila sudah semakin pulih, kau pula dengan sengaja mahu mencari bala, tanpa memikirkan perasaan sesiapa.”

Andra terkesima. Tidak sangka, sehingga begitu sekali kesan kata-katanya tadi terhadap Syakilla.

Jeda.

Wajah Syakilla kemerahan menahan marah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2018 08:34 PM | Show all posts
“Maaf.” Mohon Andra, memecah sunyi. “Aku tidak berniat menyakiti hatimu.”

Syakilla mengunci bicara.

“Maafkan aku, ya? Aku berjanji. Jika kau memberi ampun, aku akan petik seratus kuntum Moneira setiap hari, sebagai hadiah untukmu.”

Jeda.
Andra berharap agar kemarahan Syakilla pantas reda.

“Kau benar-benar hilang akal nampaknya…” Balas Syakilla. Begitupun, raut wajahnya tidak lagi tegang. Andra menarik nafas panjang. Bertambah lega apabila melihat Syakilla tersenyum halus.

Jeda.
Untuk seketika, mereka tak mampu bersuara. Rasa yang tersembunyi, tak mampu di lisan pada bibir, hanya terzahir pada pandangan yang bertaut.

Secara tiba-tiba, pintu kamar terbuka. Pandangan mereka terlerai.

“Puteri Syakilla.” Panggil Noran tatkala melangkah masuk, berlenggang-lenggang. “Puteri...dengarlah patik nak sampaikan cerita. Tadi, patik bertembung dengan Madein. Bukan main resah lagi dia. Si Madein itu bilang, mahu mencari…” Niat Noran menyampaikan berita tergendala. Mulutnya ternganga.

“Cari apa, Ona Noran?” Tanya Syakilla, begitu bersahaja.

Noran masih terkebil-kebil. Pandangan bertukar di antara Syakilla dan Andra yang sedang berdiri di hadapannya. Tadi, Madein datang ke mari, mencari Andra. Langsung tak jumpa. Sekarang ini, ada pula. Entah-entah…

“Maafkan patik.” Pantas Noran membuat tunduk hormat. Dia lebih santai jika bersama Syakilla. Namun, ketika menyedari Andra juga berada di situ, harus dia menunjukkan adab yang sepatutnya.

“Mereka sedang mencari Putera Andra.” Jawab Noran, tertib walaupun masih terkejut. “Madein dan beberapa lagi…”

“Hhm…” Syakilla mengemam bibirnya. “Nampaknya, Putera Andra telah di jumpai. Begini sajalah. Biar beta bawa Putera Andra kepada mereka.” Kata Syakilla.

“Baik, puteri.” Noran mengiyakan saja.

“Mari Andra. Gara-gara kau, seluruh istana jadi huru-hara.” Syakilla sengaja memarahi Andra. Andra tunduk, menunjukkan perasaan bersalah. Noran tersenyum sinis. Tidaklah dia terlalu lurus untuk memahami bahawa Syakilla sedang berpura-pura. Cuma, yang menjadi persoalan kepadanya, mengapakah puteri itu begitu berani mendekati Andra? Bukankah Putera itu sedikit kurang siuman?

“Oh…Ona.” Syakilla menggenggam tangan perempuan odeli itu. “Usah beritahu tentang ini kepada sesiapa, ya?” Pinta Syakilla.

“Jika itu yang puteri mahu.” Balas Noran.

“Terima kasih.” Ucap Syakilla dengan senyuman.   

“Mari Andra.”

Andra tunduk, menuruti langkah Syakilla dengan senyap. Noran terus membuat tunduk hormat, sehinggalah kedua-duanya hilang dari pandangan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 03:42 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 16-1-2018 08:04 PM
Ekceli, kalau tukar bahasa penjajah, bunyinya tak pelik sangat:

"Excuse me sir, where is the of ...

dah bunyi mcm noona jekk!


ps: noona tu dlm bahasa korea - mcm cik kak gitu (kalau tak silaplah)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2018 06:11 PM | Show all posts
weh..ONA tu nama kawan meols masa sekolah dulu
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2018 03:35 PM | Show all posts
ni sambungan cerita dulu dulu ke nicki?
ke cerita baru untuk melupuskan cerita lama?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74654 Replies : 3005
Anzalna Oh Anzalna
URUHAAnzalna Oh Anzalna
Views : 13248 Replies : 63
“Nelydia sudah free hair? (tidak bertudung),” Nelydia Senrose berbadminton tanpa tudung
chacon“Nelydia sudah free hair? (tidak bertud
Views : 8545 Replies : 12
Supermodel Katanyeee
URUHASupermodel Katanyeee
Views : 12228 Replies : 86
Kambing, virgin & vegan
kutaqKambing, virgin & vegan
Views : 6628 Replies : 28
Reptilia
InezkhalidiReptilia
Views : 8057 Replies : 32
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 3955 Replies : 38
Emmm ?
RemydaEmmm ?
Views : 3072 Replies : 16
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41812 Replies : 259
Meow & Otomen Yang Caring
URUHAMeow & Otomen Yang Caring
Views : 6035 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.078028 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list