CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

[Mini Novel] DUA DIMENSI

  [Copy link]
 Author| Post time 29-12-2017 01:09 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 29-12-2017 01:52 PM

Anaqi menyelak muka surat kedua. Satu lukisan peta memenuhi ruangan muka surat. Sekali pandang, Anaqi tahu lukisan dan tulisan yang tertera atas kertas itu adalah milik Adif sendiri.

PETA TANAH SELATAN

Hati mulai berdegup kencang tatkala matanya melihat nama Amariya jelas tertera atas peta. Nafas ditarik panjang, cuba untuk tidak mengendahkan rentak jantung yang tergendala. Dia terus meneliti peta itu, yang di lukis secara ringkas.

Amariya terletak di bahagian kanan dan merupakan negeri terbesar di antara tiga negeri di Tanah Selatan. Amariya berjiran dengan Jauhar, dipisahkan oleh banjaran gunung dan sungai. Tidak jauh dari dua negeri itu, di atas Laut Dayan, wujud satu pulau besar yang di panggil Pulau Malendra.  

PETA AMARIYA

Begitulah yang tertulis di muka surat seterusnya. Peta yang lebih terperinci, lengkap dengan banjaran gunung, lembah dan sungai serta daerah penempatan. Gunung-ganang yang menjadi tanda pembahagi di antara Amariya dan Jauhar, di panggil Banjaran Maiya. Mengalir dari gunung ke lembah, wujud sebatang sungai yang bernama Sungai Tari. Laut Dayan pula menjadi pemisah di antara negeri di tanah daratan dan Pulau Malendra.

Sebanyak lima daerah berada dalam jajahan Amariya.
Amiraz.
Eridan.
Rhana.
Samara.
Saiphie.
  
Jadi, inilah Amariya, dunia yang wujud dalam fantasi Adif?
Tapi, kenapa dia pula bermimpi yang aneh-aneh?

Anaqi menyelak halaman berikutnya. Adif mencoretkan plot cerita dengan kemas. Ianya mengenai seorang pemuda yang entah bagaimana, secara tiba-tiba di bawa mengembara ke dunia yang jauh berbeza dari alam nyata. Lalu, pemuda itu bertemu dengan gadis jelita dan jatuh cinta.

Seriously? Kenapa cerita kau kali ni macam klise sangat?


Anaqi geleng beberapa kali. Tiga novel Adif sebelum ini sarat dengan mesej motivasi, moral dan survival. Pelik sungguh bila novel ke empat, Adif cuba menggarap genre cinta di alam fantasi. Barangkali, Adif mahu menarik minat dari golongan pembaca yang berbeza dari sebelumnya.

Halaman seterusnya, Adif memberi penerangan mengenai Amariya. Tentang pengasas pertama negeri itu dan sejarah bagaimana penempatan Amariya di buka. Adif juga bercerita tentang bagaimana Amariya pernah menghadapi beberapa siri peperangan sebelum menjadi negeri paling maju di Tanah Selatan. Agak banyak juga maklumat yang Adif catatkan sehingga Anaqi terasa seperti sedang membaca kombinasi buku teks sejarah dan geografi.

Macam nak ambil ujian STPM aje gayanya...

Anaqi membuka mukasurat sebelah. Kening berkerut tatkala mendapati, tulisan Adif seperti cakar ayam. Terlalu sukar hendak di baca. Hanya perkataan-perkataan ringkas seperti ‘aku’, ‘dia’, ‘mereka’ dan beberapa lagi dapat di fahami. Anaqi menyelak lagi secara rambang.

Kewujudannya tidak diketahui. Muncul secara tiba-tiba dan tak di sangka-sangka. Sebuah portal, yang akan membawa kau ke alam sana. Dan jika kau mahu pulang, kau perlukan mekanisme untuk buat kau terjaga. Serta-merta, kau akan kembali ke alam nyata.

Anaqi berhenti membaca dan berfikir, cuba memahami makna ayat yang Adif catatkan. Portal? Apakah portal ini bermaksud pautan misteri yang muncul setiap kali fail dalam laptop biru Adif diketik? Dan mekanisme ni apa pula? Mesin?

“Bongoklah kau ni Dif. Tak boleh ke tulis direct aje? Nak berkias-kias pulak!”

“Astarghfirullahhaladzim. Sorry...Dif.” Anaqi menepuk dahi. Tersedar yang dia baru saja mencerca kembarnya yang telah tiada.

Anaqi meneruskan pembacaan. Coretan-coretan dalam buku nota itu kian ringkas. Adakalanya hanya dua, tiga patah perkataan. Adif sepertinya menjadi semakin malas untuk mencatat idea. Kadangkala, Adif hanya menuliskan tarikh dan waktu tanpa sebarang maklumat lanjut.

Renungan dari gadis itu membuat aku terpanar. Ianya dalam dan tajam, bak helang yang sedang berburu. Namun begitu, terpancar kelembutan dari matanya yang bercahaya. Dan saat itu, aku tahu…nama yang terukir dalam hati aku adalah namanya.

Anaqi menelan liur.  Seolah-olah dia tahu, ayat itu tentang siapa. Hati mulai berdebar. Tangannya menggeletar secara tiba-tiba. Begitu pun, Anaqi menyelak juga helaian seterusnya.

Bagaikan Moneira yang bercahaya dalam gelap
Begitulah rasa yang akan menerangi jiwa dan ragamu
Saat jauh
Saat dekat
Pabila suria mulai terbit dari timur
Pasti aku serap pancarannya
Dan akan aku jadikan kekuatan
Agar dapat kembali bersinar pada malamnya
Saat manis
Saat getir
Moneira tetap setia menemani kelam
Begitu juga aku
Akan terus bersamamu
Saat ada
Saat tiada
Terus kekal dalam hatimu
Bak Moneira yang bercahaya


“Moneira…” Terketar-ketar, Anaqi membuka genggaman tangan. Bayangan sekuntum bunga bercahaya begitu jelas pada pandangan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-12-2017 01:15 PM | Show all posts
Bunyi deringan serta gegaran dari dalam poket jeans menyebabkan Anaqi tersentak. Hilang terus bayangan Moneira atas tapak tangan. Kerana kalut, dia tertepis buku nota hitam milik Adif, lalu jatuh dari meja. Anaqi menggagau Oppo F5 dari poket, dikeluarkan lalu membaca nama yang tertulis atas skrin.

Pa’an. Jari dilalukan di skrin, telefon di tekap pada telinga.

“He…hello.”

“Assalamualaikum bro.”

“Waalaikumusalam.”

“Wey, sorrylah tadi aku tak dapat jawab call kau. Busy sikit.”

Suara Pa’an agak kuat pada pendengaran Anaqi.

“It’s okay.”

“So…what’s up? Eh…manuskrip tu dah dapat?” Pantas saja Pa’an bertanyakan tentang manuskrip.

“Pasal manuskrip tu…” Anaqi menarik nafas seketika. “Boleh tak aku jumpa kau? Ada hal sikit nak cakap.”

“Tak boleh cakap dalam phone aje ke?”

“Tak.” Balas Anaqi, tegas.

“Aku busy sikit sekarang. Maklumlah…sekarang tengah bookfair.”

“Okey. Faham.”

“Bila habis bookfair nanti, aku call.”

“Okey, Pa’an. Apa-apa, roger.”

“Orait, bro.”

Perbualan ringkas tamat di situ. Anaqi termangu-mangu seketika. Kemudian, dia tunduk mengutip buku nota hitam yang terjatuh, lalu dibelek-belek.

‘…mekanisme untuk buat kau terjaga’


Satu idea tercetus tak semena-mena. Kali ini, dia akan cuba membuat eksperimen berdasarkan ayat yang ditulis Adif, sekadar mahu memastikan jika teori dalam fikirannya itu benar. Anaqi bergegas keluar, mendapatkan laptop biru atas meja kopi di ruang tamu.

Anaqi menghenyak punggung atas sofa. Tidak berlengah, dia menghidupkan laptop Adif dan memasukkan kata laluan. Sejurus kemudian, terpapar gambar Son Goku tersenyum merenung padanya. Alarm pada telefon pintar telah di set, dan akan berbunyi 45 minit dari sekarang. Jari Anaqi kini berada pada tetikus. Anak panah berada tepat pada fail yang diberi nama Phantasmargoria. Pantas, jari mengetik tetikus.

Skrin laptop bertukar legam. Tulisan merah itu muncul perlahan-lahan. Bagai memahami, tulisan itu tidak banyak-soal.

Sila tekan pautan ini.


Anaqi menurut arahan. Pautan itu ditekan. Cahaya putih terang-benderang muncul menyilau pandangan. Mata Anaqi tertutup perlahan-lahan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2017 04:34 PM | Show all posts
Nice one! Semakin menarik.

Seriously semasa tengah scroll down ternampak tulisan merah tu...  Sila tekan pautan ini.
ada gambar jari. Terus dup! jantung iols. Biar betul, nicki nak buat gimik apa ni. iols pun cepat2 tekan pastu hampeh... hilang dah simbol jari tu.

Rupanya page tengah loading. over reaction sgt iols kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2017 12:49 AM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 30-12-2017 01:17 AM
ladyFinger12 replied at 29-12-2017 04:34 PM
Nice one! Semakin menarik.

Seriously semasa tengah scroll down ternampak tulisan merah tu...  Sil ...

Mujur tak tercampak ke Amariya

Thanks Lady.

Sambungan terakhir untuk 2017. Jumpa lagi tahun depan

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2017 12:53 AM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 30-12-2017 01:12 AM

SYAKILLA berjalan menuju ke Taman Aurora. Sengaja melucut kaus kulitnya tatkala memijak rumput hijau, membiarkan embun-embun pagi membasahi kaki yang tidak beralas. Seketika, dia berhenti lalu tunduk mengumpul embun di hujung rumput. Titisan air yang bertakung di tapak tangan, terus di sapu pada muka. Terasa begitu segar sekali.

Petua lama turun-temurun untuk perempuan menjaga seri wajah.

Nafas dihela panjang, lalu dilepaskan. Hari ini, dia bersendirian menghirup udara segar di taman ini. Seperti juga semalam, seperti kelmarin. Arania secara rasminya menjadi pemangku pemerintah, maka puteri itu kini sibuk mempelajari selok-belok pentadbiran Amariya. Tidak bisa lagi bersama menghabisi masa bersama seperti selalu.

Jauh di sudut hati, terdetik rasa cemburu. Bukan pada Arania yang bakal menjadi Ratu tetapi, tentang masa depannya yang belum tentu. Pada usia 21 tahun, Arania sudah mula berkhidmat untuk tanahair tercinta. Syakilla tidak mahu ketinggalan untuk berbuat perkara yang sama. Malah, dia merasakan sudah terlewat untuk bermula. Raja Amsyar masih belum beri kata putus mengenai permintaannya untuk menyertai barisan pertahanan Amariya. Entah apa yang menjadi penghalang, Syakilla kurang pasti.

Sabarlah.
Barangkali, masanya belum tiba.

Syakilla memetik sekuntum Moneira, untuk menghibur hatinya.

“Jangan…putera. Di situkan banyak belukar.”

Suara itu menggamit perhatiannya. Syakilla berpaling ke belakang. Kelihatan Madein sedang memandu Andra agar terus berjalan ke depan. Madein dengan penuh sabar, melayani kerenah Andra, langsung tidak menyedari keberadaan Syakilla di situ. Syakilla terus menunggu, sehingga kedua-duanya semakin hampir, barulah dia menyapa.

“Selamat pagi, Madein.”

Madein terkaku beberapa saat melihat Syakilla. Menyedari itu tidak sopan, segera Madein membuat tunduk hormat.

“Selamat pagi, Puteri.” Ujar Madein. Syakilla mengangguk, turut menyambut tanda penghormatan dari Madein dengan senyuman.

“Beta membuat kamu terkejutkah, Madein?” Soal Syakilla.

“Iya, Puteri.” Akui Madein. “Maaf sekiranya tingkah-laku patik kurang menyenangkan.”

Syakilla menggeleng dan tersenyum lagi. Pandangannya beralih kepada Andra. Putera itu hanya merenung kosong, tidak bersuara.

“Kamu membawa Putera Andra bersiar-siar di taman?” Syakilla bertanya lagi.

“Iya.” Madein terangguk-angguk. “Titah dari Ratu Malaeka, mahu Putera Andra mendapatkan udara segar di sini. Itu lebih baik dari terus berkurung dalam kamar.”

“Benar sekali kata bonda.” Balas Syakilla. Memandang Andra semula. Dan Andra, masih tidak memberi reaksi pada keadaan sekeliling.

“Begini saja, Madein. Kamu pergilah pulang ke istana. Biar beta yang menemani Putera Andra di sini.”

Madein ternganga seketika memandang Puteri Syakilla, namun segera menundukkan wajah saat mata bertentangan.

“Bolehkah patik berbuat begitu, Puteri? Tidakkah patik akan dimurkai nanti?” Madein menyatakan kebimbangannya.

“Andai ada yang bertanya, katakan saja ini arahan dariku.” Balas Syakilla. “Beta akan bertanggungjawab sekiranya ada yang mempersoalkan tugasmu nanti.

“Baiklah…puteri.” Madein akhirnya menurut. “Patik mohon diri.” Madein membuat tunduk hormat, berundur tiga tapak ke belakang dan berlalu pergi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2017 01:09 AM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 30-12-2017 01:14 AM

“Andra.” Panggil Syakilla.

Tiada balasan. Andra tetap diam membisu. Begitulah keadaannya setelah terjaga dari pengsan tempoh hari. Tidak bercakap walau sepatah pun. Banyak termenung dan merenung kosong. Urusan harian pun, banyak di bantu oleh Madein. Andra tidak bagai mengenali sesiapa di sekelilingnya, mahu pun peduli di mana keberadaannya. Dia bagaikan terkurung dalam dunia tersendiri.

“Mari kita ke sana.” Ajak Syakilla, walaupun tahu Andra tidak akan membalas. Lengan Andra di tarik lembut, memandu Andra untuk terus berjalan mengikutinya menuju ke arah kolam. Andra menuruti Syakilla dan mereka jalan beriringan.

Dalam jeda, kerana Andra seperti tiada jiwa.

“Kita duduk saja di sini.” Tutur Syakilla ketika langkahnya sampai di kolam kecil. Embun sudahpun kering di panah cahaya suria. Syakilla membantu Andra melabuh duduk di atas rumput. Kemudian, dia turut mengambil tempat berhadapan dengan Andra.

Wajah kosong tak berjiwa itu ditatap lama.

“Andra.” Syakilla memanggil lagi, seakan merayu.

Andra memandang terus ke hadapan.

Syakilla petik beberapa kuntum Moneira yang ada berdekatan dan dihulurkannya pada Andra. Putera itu langsung diam tak berkutik. Lalu, Syakilla menarik lembut tangan Andra, membuka genggamannya dan meletakkan Moneira putih sirna di atas tapak tangan.

“Moneira untukmu.” Ujarnya, tanpa sebarang harap.



“Terima kasih.”

Sedetik, Syakilla terpaku.

“Andra?”

Panggilan itu Andra sambut dengan senyuman. Syakilla bagai tak percaya. Jika tadi, mata itu tidak bermaya. Kini, ia berubah sepenuhnya. Mata itu hidup, tidak lagi kosong seolah-olah jiwa telah kembali dalam jasad.

“Jadi, beginilah rupa Moneira pada waktu siang?”

Syakilla melihat Moneira di atas tapak tangan Andra, sebelum mata kembali bertaut pandang.

“Beginilah rupa Moneira pada waktu siang.” Jawab Syakilla.

“Walaupun tidak bercahaya, ia tetap kelihatan istimewa…padaku.” Balas Andra, lirih.

Dan dalam satu detik yang panjang, renungan mereka bertemu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2018 09:01 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 30-12-2017 12:49 AM
Mujur tak tercampak ke Amariya

Thanks Lady.  

itulah... mujur tak tcampak ke alam sana. Kalau tidak, tak sekolah anak2 dok menunggu mak balik
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 06:40 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 30-12-2017 01:09 AM
“Andra.” Panggil Syakilla.

Tiada balasan. Andra tetap diam membisu. Begitulah keadaannya setela ...

cantiknya bunga moneira
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2018 10:16 AM | Show all posts
neXT!nampak sgt x ada kerja kan?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2018 02:30 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2018 02:34 PM | Show all posts
BAB 13

Apakah dia telah hilang kewarasan?
Atau sudah jadi kurang siuman?
Sewel?
Gila?

Persoalan begitu berlegar-legar dalam minda, berterusan menghantui diri. Anaqi mengharapkan ada penjelasan logik kepada fenomena pelik yang di alami namun dia menemui jalan buntu.

Fikirannya kini melayang-layang ke peristiwa malam semalam. Hanya berdasarkan catitan yang ditulis Adif, dia membuat satu eksperimen. Walaupun rumit untuk dipercayai, Anaqi berpendapat eksperimen yang dilakukan itu menjadi. Dia berjaya ‘kembali’ ke alam nyata dengan bantuan ‘mekanisme’ iaitu bunyi alarm dari telefon pintar. 45 minit dia berada dalam dimensi berbeza, ditemani oleh seorang gadis rupawan dalam sebuah taman nan indah.

Walaupun merasakan dia berjaya melakukan eksperimen – masuk dan keluar melalui portal seperti yang tertulis dalam catatan Adif, terdapat banyak lagi persoalan yang menghantui mindanya. Adakah semua yang terjadi itu benar? Apakah dia hanya bermimpi? Di manakah jasadnya tatkala dia berada dalam dimensi itu? Dan pelbagai lagi teka-teki yang masih belum ditemui jawapannya. Apabila dia cuba untuk ‘masuk’ semula, portal itu tertutup. Pautan itu tidak muncul, sehinggalah ke saat ini.

Buku nota hitam milik Adif terus dibelek-belek, mengulang baca apa yang tertulis di dalamnya. Walau sudah beberapa kali di baca, tiada maklumat lanjut yang dapat membantu merungkai misteri yang dialami. Perkataan terakhir yang Adif tulis adalah Hutan Mikali. Setelah itu, tiada lagi catatan tentang Amariya. Ianya berakhir di situ.

Satu perkara yang benar-benar menarik perhatiannya adalah, puisi tentang Moneira, bunga ganjil yang sirna warnanya kala terang, namun bercahaya indah dalam kegelapan. Saat membacanya, dia dapat merasai sesuatu, begitu halus dan seni sehingga meninggalkan kesan tersendiri dalam sanubari.

Moneira bukan sekadar bunga yang bercahaya di waktu malam. Ianya adalah lambang sebuah janji yang termeteri dalam diam. Terisi puisi itu dengan rahsia tentang hati, tak terungkap pada zahir namun tersentuh di atma paling dalam. Anaqi membaca puisi itu lagi, kali ini dengan seluruh rasa. Melisankan setiap patah perkataan pada bibir, menghayati setiap makna tersirat dengan sepenuh jiwa.

Tak semena-mena, bayangan seseorang menjelma di depan mata, merenung kepadanya tanpa senyuman. Kehadirannya penuh persona, membuatkan dia terpaku dan terpanar, sehingga rentak jantungnya pun jadi tergendala. Ianya begitu jelas, sehinggakan khayalan itu terasa benar.

“Syakilla.”

“Syakilla? Siapa tu?”

Anaqi tersentak. Bayangan gadis bermata tajam bak helang itu terus lenyap, berganti dengan wajah yang lain. Dia menarik nafas panjang lalu di hembus kasar. Sejurus, memandang tepat kepada empunya suara.

“Bos.” Nina tersenyum comel. Entah mengapa, Anaqi terasa jengkel. Senyuman itu tidak dibalas.

“Tadi saya ketuk pintu, bos tak nyahut. Saya tengok bos pun macam tak berapa busy, saya pun masuk.”  Ceria Nina menceceh panjang lebar.

“Kau nak apa?”

Senyuman di bibir Nina serta-merta hilang. Nada suara Anaqi kedengaran dingin. Mata Anaqi mencerlung, terus merenung gusar membuatkan Nina semakin cuak.

“Kau nak apa?” Anaqi mengulang soalan, lebih kasar kali ini.

“Ada orang…” Nina telan liur. “Ada orang nak jumpa Encik Anaqi.”

“Siapa?”

“Encik Farhan.”

Sejenak, Anaqi terdiam.

“Kejap lagi saya keluar.”

“Yelah.” Tak berlengah, Nina terus meninggalkan pejabat kecil itu, dengan hati mendongkol sebal.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 02:45 PM | Show all posts
Caitt! Kusangkakan seBAB rupanya secoet?

NEXT lagi!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2018 02:45 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 11-1-2018 02:59 PM

“Eh, kenapa ni?” Shima mencuit sikit pinggang Nina. Beberapa minit tadi bukan main girang pergi pejabat belakang, nak jumpa bos kesayangan. Bila keluar, muka bertukar cemberut macam cencorot.

“Tak ada apa.” Balas Nina seraya berjalan menuju ke bahagian kaunter minuman. Tak bercakap, dia terus menyambung kerja.

“Kenapa ni?” Shima tak putus asa menyoal – lebih kepada nak menyibuk.

“Bos tulah.” Nina memotong buah Lemon dengan kasar.

“Oi. Elok-elok sikit potong buah tu. Pisau tu tajam. Luka lagi jari kau tu nanti.” Tegur Shima.

“Luka kat jari, tak sakit macam luka dalam hati aku ni. Tahu?”

“Hhm. Bermadah pulak.” Shima geleng kecil dengan kening terangkat. Nak tergelak tapi di tahan. Makin panas pula si Nina itu nanti.

“Apa pasal?” Shima memujuk.

“Entahlah bos tu. Nak menopause agaknya. Sekejap okey. Sekejap baran. Sekejap bukan main lagi baik hati. Sekejap nak naik angin. Tak faham aku.” Nina meluahkan rasa yang membuku.

“Apa jadi?”

“Tadikan aku jumpa dia. Nak beritahu, mamat tu…” Muncung Nina menghala ke meja nombor 10. “Nak jumpa. Aku ketuk pintu banyak kali, dia tak jawab. So, aku pun masuk ajelah. Tengok dia pun macam tak busy. Lepas tu…” Sengaja Nina berhenti bercerita, memerhatikan reaksi Shima yang ternanti-nanti.

“Lepas tu…apa? Tak payah buat saspen, boleh? Kau ingat, ini drama pukul tujuh, nak kena iklan? Sambung…” Tempelak Shima.

“Huh.” Sempat Nina menjeling, sebelum menyambung kata. “Masa aku masuk, dia tengah baca…puisi.”

Kening Shima berkerut. “Puisi apa?”

“Puisi cinta." Jawab Nina. Mata Shima membulat.

"Aku pun tunggu dia habis baca. Lepas tu, dia pandang aku. Kau tahu dia panggil aku apa?”

“Apa?”

“Syakilla.”

“Eh. Girlfriend baru ke?”

“Tak tahu.” Balas Nina, jengkel. Shima sengih.

“Aku tegur bos elok aje. Dia yang tiba-tiba naik angin. Tanya pun marah-marah. Kau nak apa?” Nina siap meniru suara kasar dan garau Anaqi, lengkap dengan memek mukanya sekali.

“Oh. Pasal tu aje ke?" Shima senyum mengejek. "Ke...kau jealous?"

"Jealous kenapa?" Soal Nina kembali.

"Sebab bos dah ada girlfriend baru, siap berpuisi lagi. Romantik siut!”

“Eh…hello.” Nina memandang Shima. “Aku tak jealous, okey? Dia nak ada awek baru ke, nak berpuisi ke, nak kahwin ke...lantaklah." Suara Nina meninggi. Langsung tak peduli dengan beberapa mata pelanggan yang memandang.

"Cuma…kalau iya pun…” Nina melepaskan nafas kasar. “Tak payahlah nak marah tak tentu pasal. Cakap elok-elokkan…boleh?” Nina mengucapkannya, perlahan. Terasa benar dia dengan sikap Anaqi tadi. Shima diam sejenak, memandang wajah Nina yang mendung.

“Sabar ajelah, Nina. Kau bukan tak tahu. Sejak akhir-akhir ni, macam-macam perkara jadi kat dia. Kena dumped dengan girlfriend. Lepas tu, Encik Adif…” Shima tidak sanggup meneruskan kata-kata.

“Itu…aku tahu. Cuma entahlah. Macam pelik sikit perangai bos sekarang. Kau tengok jari ni…” Nina menghulur tangan kiri ke arah Shima. “Masa jari ni luka, dia yang tolong bersihkan, tolong tampal plaster. Aku rasa macam…baiknya hati dia.”

Shima mengangkat kening. Masih bersisa angau si Nina rupanya.

“Tapi hari ni...terus tukar 180 darjah. Cakap pun nak menengking. Benci!” Bibir Nina menjuih. Shima geleng, menahan senyum.

“Nasiblah. Siapa suruh admirer kat mamat kepala angin?”

Nina tak menjawab, hanya menjelirkan lidah pada Shima.

“Eh…” Shima membuat isyarat mata.

Kemunculan Anaqi secara tiba-tiba, membuatkan perbualan mereka terhenti. Masing-masing menikus. Anaqi hanya melalui kawasan kaunter dengan senyap. Langsung tak memandang dan terus berjalan. Hatta menjeling sipi-sipi pun tidak.

“Eiii…geramnya! Aku rasa Lemon ni pun tak masam macam muka dia.” Nina mengomel lagi. Kali ini, tawa Shima terlepas, tak mampu di tahan lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2018 11:23 PM | Show all posts
ANAQI segera mendapatkan Pa’an di meja 10. Tatkala dia berdiri berhadapan, Pa’an segera bangun lalu menghulurkan tangan. Anaqi senyum seraya menyambut salam. Terdapat segelas air Ice Lemon Tea di atas meja, sudahpun tinggal separuh. Anaqi menarik kerusi dan melabuh duduk, diikuti Pa’an.

“Sorry, aku datang tak beritahu.” Pa’an memulakan bicara. “Hari ni aku free sikit, so aku terus datang.”

“It’s okay.” Balas Anaqi.

“So…” Pa’an terus memandang Anaqi. “Apa cerita?”

Sejenak, Anaqi terdiam. Wajah Pa’an dipandang dalam senyap sementara otaknya memikirkan ayat-ayat yang sesuai untuk memulakan cerita. Malangnya, tiada satu pun perkataan yang dapat dia fikirkan. Jauh di sudut hati, Anaqi bimbang Pa’an akan menuduh dia hilang akal kerana bercerita yang bukan-bukan. Sedikit sebanyak, dia sendiri pun merasakan, macam sudah kurang siuman…

“Ada kena-mengena dengan manuskrip tu ke?” Tanya Pa'an, agak yakin bahawa itulah tujuan Anaqi beriya-iya mahu berjumpa.

“Ada kena-mengenalah jugak dengan manuskrip tu.” Jawab Anaqi.

“Kau dah dapat ke?” Pa’an teruja.

“Belum.” Anaqi garu kepala. Keterujaan Pa’an merudum.

“Sebenarnya…dah…”

Pa’an memandang pelik. “Dah ke belum?”

Anaqi mengetuk jarinya atas meja.

“Kusut sangat kau ni nampaknya.” Komen Pa’an. Dia menggapai gelas dari atas meja, menyedut rakus beberapa teguk dan meletakkannya kembali.  

“Rileks bro, cuba cerita. Kenapa dengan manuskrip tu?”

Anaqi menarik nafas panjang. Nekad untuk memberitahu siri episod aneh yang berlaku kepadanya sejak akhir-akhir ini – di mana semuanya berkait dengan manuskrip Adif. Anaqi bersedia, akan menerima apa saja anggapan Pa’an kepadanya nanti.

“Ada perkara pelik pasal manuskrip tu.” Tutur Anaqi.

Pa’an memandang Anaqi, lebih serius kali ini.

“Aku mimpi pasal manuskrip tu. Well, not really mimpi. Aku pun tak tahu, apa yang jadi pada aku tu betul-betul mimpi, atau bukan.”

Raut wajah Pa’an berubah. “Maksud kau?”

Anaqi menghela nafas, menguatkan semangat dan meneruskan bicara, tentang perkara aneh yang di alaminya bila saja dia cuba membuka fail yang bertajuk Phantasmargoria, di dalam komputer riba milik Adif. Tentang Tanah Selatan dan negeri yang bergelar Amariya. Tentang raja dan ratu dan para pewarisnya. Tentang keindahan sebuah taman yang terletak dalam istana. Tak ketinggalan, mimpi aneh tanpa warna selain hitam, putih dan kelabu.

Anaqi menceritakan semuanya tanpa ada satu maklumat yang tertinggal melainkan, perihal gadis bernama Syakilla. Anaqi merasakan, bahagian itu teramat peribadi untuknya dan tak mahu dikongsikan dengan orang asing.

Pa’an mendengar dengan penuh khusyuk, tidak menyampuk walau satu patah perkataan sekalipun. Sesekali, wajahnya berkerut, terbega-bega mengikut rentak cerita Anaqi. Kadangkala, terangguk-angguk, menghayati penuh minat. Setelah Anaqi menamatkan kata-katanya, barulah Pa’an bersuara.

“Fuh. Macam Twilight Zone.” Itu komen pertama yang keluar dari mulutnya.

Kening Anaqi terangkat. Lucu mendengar P’an berkata begitu.

“Kau tak ada nak tuduh aku gila ke? Hilang akal ke?” Anaqi menduga. Pa’an ketawa.

“Kau tahu, Qi? Aku dah dengar bermacam-macam cerita pelik, aneh, seram. Sampaikan ada satu kes tu, memang boleh meremanglah bulu kau satu badan.” Balas Pa’an.

Anaqi sengih.

“Cuma…cerita kau ni. Memang agak rare. Menyesal pulak aku tak record masa kau cerita tadi.”

“Record?” Dahi Anaqi berkerut. Pa’an senyum lagi.

“Untuk pengetahuan kau, aku ada hobi yang agak pelik.” Terang Pa’an. Dia menggapai beg galasnya dari atas kerusi. Zip dibuka lantas mengeluarkan beg yang lebih kecil. Di dalamnya terdapat satu mesin perakam suara digital berjenama Sony.

“Aku selalu bawak benda ni ke mana-mana. Bila aku dengar ada cerita yang pelik-pelik, aku akan rakam. It’s a habit.”

“Oh.” Anaqi terangguk-angguk. “Cerita pelik yang macam mana?”

“Anything. Pelik, seram, thriller. Angker. Asalkan aku rasa menarik, aku akan rakam.”

“Untuk apa kau nak rakam?”

“Saja.”

Entah mengapa, Anaqi merasakan senyuman Pa’an kali ini, menyeramkan. Macam badut Pennywise. Segera fikiran itu di buang dari otaknya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2018 11:31 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 11-1-2018 11:38 PM

“Aku nak tanya sikit…” Ujar Pa’an setelah meneguk minumannya.

“Apa?”

“Macam mana keadaan kau, bila berada dalam Amariya tu?” Pa’an menembak soalan. Anaqi mendiamkan diri seketika, menyelami kembali perasaan dan mengingati keadaan dirinya ketika berada di dunia itu.

“Rasa macam…separa sedar.” Jawab Anaqi. Pa’an terus menumpukan perhatian.

“Aku tahu yang aku bukan bermimpi. Tapi dalam masa yang sama, aku hilang separuh kawalan diri. Macam ada satu suara dalam fikiran aku, arahkan aku buat itu ini, walaupun aku tak nak buat. Dan aku tak boleh elak, aku biarkan aje perkara tu berlaku. Dan kau tahu, dalam banyak-banyak perkara pelik, yang ini aku rasa paling susah nak hadam.”

“Apa benda tu?”

“Bila aku kat alam sana, aku berkongsi badan dan fikiran dengan orang lain.”

“Maksud kau, Andra?”

Anaqi mengangguk. “Aku boleh rasa perasaan dia, jiwa dia. Aku faham setiap perkara yang dia buat, cara dia berfikir. Aku…” Anaqi menarik nafas lagi. “Aku adalah Andra, bila aku berada di Amariya.” Agak sukar namun akhirnya, pengakuan itu terzahir jua dari mulut.

Pa’an terkebil-kebil, terus terdiam.

Jeda mereka berlarutan agak lama. Anaqi memandang Pa’an, cuba membaca apa yang tersirat dalam minda lelaki itu setelah mendengar ceritanya. Pa’an pula, kelihatan tenggelam dalam fikiran.

“Kau rasa, aku ni dah gila ke?” Anaqi memecah sunyi.

“Aku bukan pakar, yang boleh tentukan sama ada kau ni gila atau sakit jiwa.” Balas Pa’an.

“So, kau percaya cerita aku?”

“Kau ada bukti, untuk buat aku percaya cerita kau?” Pa’an bertanya kembali.

Anaqi sedikit berang kerana merasakan dia hanya membuang masa, memberitahu semua kisah itu kepada Pa’an. Namun tidak pula membantah kata-kata Pa’an tadi. Sedikit sebanyak, dia mengakui kebenaran itu. Dia tidak punya apa-apa bukti konkrit untuk membenarkan ceritanya.

“Tak apalah, kalau kau tak percaya. Apa aku boleh buat…kan?”

“Aku tak ada pulak kata, aku tak percaya.” Pa’an sengih.

Anaqi semakin bengang. Berbelit-belit pula si Pa’an bersembang. Wajah Anaqi yang gusar segera Pa’an sedari.

“Rilekslah…bro. Macam yang aku cakap tadi, aku pernah dengar macam-macam cerita pelik dan seram. Sama ada cerita itu betul atau tak, it’s not me to judge. Sama juga macam cerita kau ni. Aku tak ada hak nak tentukan, betul atau tidak. Yang tahu, cuma kau dan…” Telunjuk Farhan menunjuk ke arah langit.     

“Kau tak rasa aku dah hilang akal…kan?” Soal Anaqi, mahukan kepastian. Pa’an tergeleng, lalu tertawa kecil.

“Nope.”

Anaqi menarik nafas. Rasa lega memenuhi ruang dadanya. Lega kerana berjaya meluahkan perkara yang terpendam dalam hatinya. Lega, kerana Pa’an tidak menganggap dia gila.

“Qi, kiranya…kau tak bolehlah nak emailkan manusrkrip tu pada aku?”

Anaqi terdiam beberapa saat, sebelum berkata. “Pa’an, aku bukan nak bagi alasan atau apa. Aku memang nak emailkan kau manuskrip Adif tu tapi…”

“It’s okay, bro.” Pa’an segera menenangkan Anaqi. “Rileks. Kalau tak boleh, tak apa. Mungkin...aku boleh fikirkan cara lain.” Pa’an mengosok-gosok dagunya dengan jari, berfikir.

“Tapi seriuslah. Cerita kau ni, memang rare. Kau sure, yang kau tak ada bakat menulis macam Adif?”

“Tak.”

Pa’an sengih mendengar jawapan Anaqi. Kemudian, kepalanya terangguk-angguk.

“Portal untuk ke alam lain. Very intresting.” Tutur Pa’an. “Bukan senang nak dapat peluang macam tu. Apa kata, kau teruskan…mengembara ke alam Amariya?”

“Hhmm?” Anaqi terkejut mendengar cadangan Pa’an.  

“Don’t tell me, kau tak ada perasaan nak tahu lebih lanjut pasal dunia berlainan dimensi tu?”

Anaqi tak menjawab, tak tahu apa nak jawab.

“Langsung tak ada?” Pa’an menduga. Anaqi teragak-agak.

“Well, kalau aku jadi kau…itu yang aku akan buat.”

“Mengembara ke alam Amariya?”

“Ya.”

Anaqi hilang bicara sepenuhnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2018 11:43 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 11-1-2018 11:44 PM
ladyFinger12 replied at 11-1-2018 02:45 PM
Caitt! Kusangkakan seBAB rupanya secoet?

NEXT lagi!!!

Done for current chapter.



Total 24,943 words <<< naaahh... siap dengan laporan



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2018 11:12 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 11-1-2018 11:43 PM
Done for current chapter.

hahaha...

tp how kam dah 24K? lady punya br 31K walhal Patah sayap dah byk bab. Word lady salah kira ke?



Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 11:15 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 11-1-2018 11:31 PM
“Aku nak tanya sikit…” Ujar Pa’an setelah meneguk minumannya.

“Apa?”

Pa'an kaki mistik ghopanya! menjadi2lah fantasi anaqi lepas nihh...

tetibe terbygkan begini:
Putera Andra... Prince Chicky Chicky Boom Boom
Pa'an .... Johan




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2018 02:55 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 12-1-2018 03:04 PM
ladyFinger12 replied at 12-1-2018 11:15 AM
Pa'an kaki mistik ghopanya! menjadi2lah fantasi anaqi lepas nihh...

tetibe terbygkan begini:

Yiiiiiiiiiiiihhhhhhhh


Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 10:45 AM | Show all posts
Hehehe..
Weh...mcm tahu je plot pa'an yg suka rakam citer aneh tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 179784 Replies : 4073
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5803 Replies : 43
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 22417 Replies : 131
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73370 Replies : 2956
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103267 Replies : 2877
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 39982 Replies : 245
Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik perhatian Tengku Ampuan Pahang
ultra78Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik p
Views : 1949 Replies : 7
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 7478 Replies : 82
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 14794 Replies : 100
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 5558 Replies : 21

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.470614 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list