Edited by spiderman80 at 18-11-2017 10:32 PM
http://www.freemalaysiatoday.com ... lah-laku-pensyarah/
KUALA LUMPUR: Seorang bekas pensyarah mendakwa terdapat salah laku yang berleluasa di institusi pengajian tinggi tempatan. Menurut pensyarah kimia Datuk Omar Shawkataly yang mempunyai pengalaman 30 tahun mengajar di universiti awam dan swasta, salah laku itu bukan sahaja melibatkan jenayah akadamik seperti plagiarisme dan mencuri kerja penyelidikan, tetapi juga gangguan seksual dan sikap pensyarah yang tidak hadir kuliah. Katanya, ramai pensyarah tiada nilai etika tetapi hanya dikenakan hukuman ringan seperti persaraan awal atau diminta meninggalkan institusi mereka secara diam-diam. “Itu bukan hukuman, saya rasa ia adalah ganjaran kerana mereka diberi cuti tahunan,” kata Omar pada forum mengenai masalah integriti dan etika di kalangan ahli akademik yang dianjurkan oleh kumpulan akademik Gerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak), di Universiti Nottingham Malaysia, malam tadi. Omar berkata pihak universiti tidak menghiraukan aduan yang dibuat. “Mereka tidak mahu universiti berada dalam imej yang tidak baik,” katanya. Omar menyenaraikan pelbagai kes yang pernah dilaporkan oleh pelajar dan kakitangan universiti. Salah satu daripadanya melibatkan pensyarah yang meluluskan pelajar dengan gred A atau B tanpa menandakan kertas peperiksaan. Perkara itu didapati berlaku selama 15 tahun, tetapi hanya diketahui selepas siasatan oleh ketua jabatan yang baru dilantik. Pensyarah itu diminta bersara atas pilihan sendiri dan diberi ganjaran kencana (golden handshake).
Seorang lagi pensyarah menterjemahkan kandungan buku lama dan mendakwa ia sebagai karya asalnya. Buku itu ditarik balik daripada pasaran, tetapi pensyarah itu dibenarkan bersara secara diam-diam. Seorang lagi pensyarah mencuri cadangan tesis dengan tujuan mendapatkan geran penyelidikan. Pensyarah itu meminjam karya pelajar pensyarah lain dan menerbitkannya tanpa menyebut nama pelajar terbabit. Selepas seseorang mengadu, pensyarah tersebut diberi amaran. Omar berkata terdapat juga insiden dan aduan di mana ketua fakulti atau dekan mengganggu pelajar secara seksual kerana merasakan mereka mempunyai kuasa. Bagaimanapun, ia tidak dilaporkan. Ahli keluarga periksa kertas
Memberikan satu lagi contoh, Omar berkata terdapat kes di mana pensyarah menjadi pemeriksa tesis pelajar suaminya, abang menjadi pemeriksa untuk kertas pelajar adiknya, dan bapa mentua menjadi pemeriksa untuk kertas pelajar menantunya. Omar turut memberi contoh penipuan dalam permohonan mendapatkan geran akademik. Peralatan yang sama digunakan untuk setiap geran tetapi tuntutan dibuat setiap kali pembelian baharu. Ada juga kes pensyarah yang ponteng tugas. Salah satu daripadanya melibatkan seorang pensyarah tidak hadir mengajar selama 3 tahun dan didapati mengajar secara sambilan di sebuah kolej swasta. Dia kemudian diberikan persaraan pilihan, tanpa tindakan lain diambil. Seorang lagi pensyarah tidak hadir bekerja selama 40 hari, sehinggakan ketua jabatan terpaksa menghantar kakitangan untuk memujuknya kembali bekerja. Seorang pensyarah pernah menipu dia mempunyai 3 ijazah. Perkara itu bagaimanapun diketahui selepas beberapa tahun. Ada juga pensyarah yang cuba membuat keuntungan, dengan mewajibkan buku mereka dibeli pelajar. Omar berkata beliau berkongsi pengalamannya berdepan salah laku itu sebagai mesej kepada institusi pengajian tinggi. “Lembaga universiti harus serius mengambil tindakan terhadap mereka yang ditangkap melakukan tindakan yang tidak beretika,” katanya.
Aku nak tambah:
1. Bagi A in exchange for burit. Ini lecturer lelaki selalu buat........bukan muda lagi dah tua nak mampus.
2. Ambil pensyarah India/Bangla/Paki.......sebagai mesin research paper untuk orang kuat Uni. Orang kuat ini akan di promote jadi Assoc Prof atau Prof. Hancing betul.
3. Main golf, pergi mancing .........macamlah aku tak tahu.
Sila tambah. |