CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dizzzzek

[Tempatan] Bakal pengantin gagal dikesan

  [Copy link]
Post time 14-11-2017 10:09 PM | Show all posts
jangan dengar kabar ada kat lmbok dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2017 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau xnak kahwin, cakap je la xnak kahwin
Sian la kalau betul kena paksa
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
dah dekat nak kawen ni kaki dia jadi sejuk kot atau omputih kata cold feet

moga bakal pengantin dijumpai segera dalam keadaan selamat
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
imthegirl replied at 14-11-2017 12:25 PM
Jauh nyanpi keje 7e sampai ke shah alam

Kerja slah xkjer salah. Ini yg mnyusahkan rmai org lain. Pastu org mcm ko acah2 xbrsalah
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Cari kat shah alam.....

Mungkin dah jumpa jejaka shah alam....tu yg kebingungan nk kwin ke tak ni....

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 08:36 AM | Show all posts
kene culik?? kene rogol?? kahwin lari???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2017 09:25 AM | Show all posts
moga adik ni selamat....  kesian family risaukan dia.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 10:50 AM | Show all posts
ni lari ni.
taknak kawin kekdahnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2017 11:10 AM | Show all posts
makita replied at 14-11-2017 02:40 PM
Meols dulu penah je nk ilangkn diri mcm adik ni. Tp bila pk tempat keje drive 5 min da sampai..mesti ...

hahahaa... comel la ko ni... lenkali kalo nak lari, berhenti keje siap2... cari keje kat tempat lain siap2..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 06:56 AM | Show all posts
Bakal pengantin hilang sudah ditemukan
15 November 2017 11:42 PM


KOTA BHARU 15 Nov. - Nur Zulaikha Abdul Hamid, 20, bakal pengantin yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Geting, Tumpat sejak Jumaat lalu, ditemukan di Jertih, Terengganu, petang ini.

Difahamkan, gadis tersebut merayau seorang diri sebelum ditemukan orang awam yang kemudiannya menghubungi Balai Polis Jertih kra-kira pukul 4.30 petang ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Fakri Che Sulaiman berkata, sebaik sahaja menerima maklumat, Nur Zulaikha dihantar ke balai polis sebelum ahli keluarganya datang dan membawa gadis itu pulang ke Tumpat.

"Mangsa berada dalam keadaan lemah. Dia seterusnya dibawa ke Hospital Tumpat untuk pemeriksaan lanjut dan keadaannya setakat ini belum pulih," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Setakat ini, kehilangan Nur Zulaikha kekal misteri kerana ahli keluarganya enggan mengulas lanjut kes tersebut.

Kelmarin, gadis itu yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihannya pada 28 November depan dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya untuk ke pasar pagi, Jumaat lalu.

Ketika hilang, dia hanya tinggal sehelai sepinggang termasuk tidak membawa telefon bimbit bersamanya.


Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 07:28 AM | Show all posts
smpi benti kje semata nk kwin
maybe kot kne paksa
muda lg cntk plk tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 07:32 AM | Show all posts
ok dah jumpa
selamat berumahtgga
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 07:47 AM | Show all posts
semoga selamat la hendaknya
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 08:08 AM | Show all posts
makita replied at 14-11-2017 02:40 PM
Meols dulu penah je nk ilangkn diri mcm adik ni. Tp bila pk tempat keje drive 5 min da sampai..mesti ...

hasrat murni ke? ke hasrat tak berapa nak murni ni

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 08:09 AM | Show all posts
mieymiey replied at 14-11-2017 12:56 PM
Sesuatu sangat kalau sheols tak bawa hp. Memang tertinggal atau sengaja tak bawa?

sometimes tertinggal kot...tp mohon pihak polis soal siasat kawan dia tu...sometimes kawan2 ni tak boleh pakai jugak..zmn dah berubah
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 08:11 AM | Show all posts
R2D2 replied at 16-11-2017 06:56 AM
Bakal pengantin hilang sudah ditemukan
15 November 2017 11:42 PM

mohon wartawan soal siasat...
masa hilang minta tolong semua la...tapi bila dah jumpa boleh pulak nak buat statement jgn kacau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-11-2017 08:14 AM | Show all posts

Ditangkap UFO: Bakal pengantin hilang dah ditemui



BAKAL pengantin berusia 20 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Kampung Geting, Tumpat, Jumaat lalu ditemui selamat di Jertih, Terengganu, kira-kira 4 petang hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Mohd Fakri Che Sulaiman berkata, Nur Zulaikha Abdul Hamid ditemui orang awam sebelum menghubungi Balai Polis Jertih.

"Wanita itu dibawa anggota ke balai polis. Anggota itu kemudian hubungi keluarga sebelum dia dibawa balik ke Pengkalan Kubor.

"Mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk rawatan lanjut dan keadaannya yang lemah masih belum pulih sepenuhnya," katanya ketika dihubungi malam ini.

Bagaimanapun maklumat lanjut dia ditemui di mana, bagaimana dia boleh berada di situ dan apa yang berlaku terhadapnya belum diperoleh berikutan polis belum merakam keterangan daripada remaja itu.

Harian Metro pada 14 November lalu melaporkan, bakal pengantin itu yang akan melangsung perkahwinan hujung bulan ini dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya, Jumaat lalu selepas dikatakan ke pasar pagi di pekan Geting untuk mencari barang keperluan.

Nur Zulaikha keluar bersama seorang rakan perempuannya, namun tidak pulang ke rumah selepas beberapa jam ke pasar berkenaan.

Sementara itu ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali ketika dihubungi bersyukur mangsa ditemui selamat.

" Sebaik menerima panggilan itu, kami terus ke sana untuk mengambilnya.

"Keadaannya kini masih lemah namun bersyukur dia ditemui selamat," katanya yang enggan mengulas lanjut.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 November 2017 @ 10:52 PM
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 08:30 AM | Show all posts
Comel bakal pengantin ni, apa masalah sebenarnya aeh....kut2 dia tak nak kawin lagi
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena pukau? Atau sengaja mahu memulau?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm byk kes org hilang pastu jumpa kononnya tak ingat pape. Paling epic yg satu kereta hilang seminggu jumpa2 tgh beli roti canai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.170558 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list