CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1961|Reply: 12

Permintaan Afdlin Sauki

[Copy link]
Post time 14-11-2017 08:12 AM | Show all posts |Read mode
Edited by koliba at 14-11-2017 08:13 AM

Bantulah Etnik Rohingya Pinta Afdlin



[size=0.75em]Datuk Afdlin Shauki menghulurkan bungkusan bekalan makanan asas kepada pelarian di Bangladesh. Foto Ihsan AFDLIN SHAUKI

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]PENERBIT dan pelakon Datuk Afdlin Shauki menyeru agar rakyat Malaysia terus menghulurkan sumbangan bagi membantu etnik Rohingnya yang menjadi pelarian di Bangladesh dan hidup dalam serba kekurangan.
[size=0.98em]Afdlin berkata, pengalaman selama lima hari menerusi misi kemanusian di tiga buah kem pelarian etnik itu di Cox Bazar lebih teruk daripada jangkaan terutama bekalan makanan tidak mencukupi.
[size=0.98em]"Pasukan kami melawat ke tiga buah kem iaitu Bhalukhali, Thangkali, Khutupalong dan dari pemerhatian keadaan lebih teruk daripada apa kami jangkakan.
[size=0.98em]"Bayangkan agihan 1,000 bekalan makanan di setiap kem dengan menggunakan kupon memang tidak cukup kerana yang beratur melebihi apa yang kami bawa.
[size=0.938em]



[size=0.938em]
[size=0.98em]Pelarian di kem beratur untuk mendapatkan bekalan makanan.
[size=0.98em]"Melihat ramai berpusu-pusu merayu agar diberikan makanan membuatkan kami berasa sedih dan sedar bahawa bantuan berterusan perlu diberikan kepada mereka," katanya kepada mStar Online.
[size=0.98em]Afdlin berangkat ke Bangladesh pada 5 hingga 9 November lalu bersama pasukan Yayasan Afdlin Shauki, Yayasan Kubra dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dalam misi menghulurkan bantuan kepada pelarian Rohingnya di Bangladesh.
[size=0.98em]Sebanyak 3,600 bungkusan makanan keperluan asas diagihkan di tiga kem pelarian dalam misi mengurangkan beban ditanggung etnik itu.
[size=0.98em]Menceritakan pengalaman di Bangladesh, Afdlin berkata, setiap hari sekurang-kurangnya 5,000 pelarian tiba di kem-kem disediakan sehingga menyebabkan keadaan bertambah sesak.

[size=0.938em]
[size=0.98em]Wajah kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa dan hidup sebagai pelarian.
[size=0.98em]Malah keadaan kem yang kurang memuaskan membuatkan situasi bertambah buruk terutamanya bagi kanak-kanak dan golongan wanita.
[size=0.98em]"Keadaan memang tidak selesa dan terlalu ramai kerana setiap hari akan ada sahaja pelarian baru tiba membuatkan keadaan bertambah sesak.
[size=0.98em]"Memang menyayat hati melihat keadaan mereka kerana ditindas kerajaan Myammar sehingga terpaksa hidup sebagai pelarian," katanya.
[size=0.98em]Atas dasar itu juga, Afdlin berkata, dengan sokongan daripada Yayasan Kubra, MAPIM dan beberapa NGO berkaitan pihaknya berhasrat untuk membawa misi ke Bangladesh sekali lagi pada masa akan datang.

[size=0.938em]
[size=0.98em]Afdlin bersama pasukan misi kemanusian dari Malaysia.
[size=0.98em]Jelas Afdlin mereka merancang untuk membawa bekalan makanan selain keperluan asas lain termasuk selimut selepas menilai keadaan di kem pelarian.
[size=0.98em]"Selain barangan keperluan kami bercadang untuk membina saluran air bagi membolehkan mereka mendapat bekalan air bersih selain membina tandas yang lebih baik.
[size=0.98em]"Ini kerana keadaan tandas sekarang memang dalam keadaan daif selain tidak sesuai digunakan oleh golongan wanita dan harap-harap projek ini berjaya," katanya.
[size=0.98em]Tambah Afdlin, dia juga gembira apabila mendapat perkhabaran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal berangkat ke Bangladesh pada 25 November ini bagi menghantar bantuan perubatan.
[size=0.98em]"Lebih menggembirakan misi itu nanti akan dilengkapi pelbagai peralatan canggih bagi membolehkan pemeriksaan dan rawatan dibuat kepada pesakit," ujarnya.
Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Islam di atas nama Tabung Pendidikan dan Kebajikan Yayasan Kubra iaitu 14023010012816.
[size=0.875em]



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2017 08:34 AM | Show all posts
sedih tgk.............
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 08:42 AM | Show all posts
marilah sama2 sikit sorang ..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 08:45 AM | Show all posts
salurkan ke tabung yg sepatutnya.
malaysian islamic relief ke tabung 1m4u ke

bawah Malaysian relief ade tubuhkan sekolah kanak2 rohingya.

this coming saturday opis aku buat program di Anjung Floria Putrajaya jemput anak2 sekolah ni.
bolehlah datang bagi sumbangan. nak join fun walk pon boleh sempena Hari kitar Semula Kebangsaan
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 08:51 AM | Show all posts
Just nak share story....anak menakan aku keja ngan press...aritu dia pun ikut sama nek kapai ngan team Dato Azeez nak pi bagi sumbangan kat pelarian Rohingnya nih...sudahnya sampai kat border... puak2 Bangladesh x bagi masuk... soh tinggai kapai kat situ...hat dia bagi masuk cuma dalam 10 orang... and guess what....60% barang2 ataih kapai depa punggah and rampas kat depa...belen2 saja hat 10 org tadi leh bawa pi....mission fail...sudahnya anak menakan aku and the rest stranded kat epot bangla kat 8 jam...tgu flight nak balik mai sini....

bagi aku jgn dok salah Myanmar saja...puak2 bangla xsedaq diri tu pun sama...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 09:00 AM | Show all posts
JiEunTak replied at 14-11-2017 08:51 AM
Just nak share story....anak menakan aku keja ngan press...aritu dia pun ikut sama nek kapai ngan te ...

teruknya perangai dorg

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2017 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Afdlin kawen je la dgn janda rohingya tu. Ada kuota lagi 3 kan
Ajak skali datuk awie, datuk hans isaac, datuk ac mizal sume penuhkan kuota
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 09:42 AM | Show all posts
JiEunTak replied at 14-11-2017 08:51 AM
Just nak share story....anak menakan aku keja ngan press...aritu dia pun ikut sama nek kapai ngan te ...

eiiiii jahatnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2017 09:46 AM | Show all posts
Memang jahat.... depa2 tu mai sini keja merata2 kjaan mesia bagi...sampaikan siap ada hat bukak kedai menega sendiri lagi.... bila kita pi nak tolong org susah....depa x bagi masuk... kojaq juga puak2 bangla nih..... mmg dasar 3rd world mentality sgt...brg nak bg kat puak2 Rohingnya depa yg amik sudahnya...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus afdlin ni, heolls mmg selayaknya dpt gelaran dato...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
JiEunTak replied at 14-11-2017 08:51 AM
Just nak share story....anak menakan aku keja ngan press...aritu dia pun ikut sama nek kapai ngan te ...


iolls mmg menyampah dengan bangla, lagi2 yg kat malaysia ni....suka tunjuk bagus, lagi2 dekat petrol station, iolls tak suruh buat pape pun lg , tapi memandai je terus bukak pump minyak kete iolls.....kekeke....
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 09:51 AM | Show all posts
JiEunTak replied at 14-11-2017 08:51 AM
Just nak share story....anak menakan aku keja ngan press...aritu dia pun ikut sama nek kapai ngan te ...

Jahatnya. Kerja nak menindas orang lain!
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 10:04 AM | Show all posts
aku tak tau nak komen ape psala rohingya ni.....

sebabnye aku dengar cerita depa pon bukan perangai elok sgt...just atas name "Islam" kite rase terpanggil utk tolong....

tapi lepas bace mcm2 kisah yg jadi kat myanmar and a few places kat malaysia... aku ade perasaan kurang enak pasal rohingya ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.096186 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list