View: 5156|Reply: 46
|
6 Tahun Dikurung, Jadi Hamba Seks Dan Didera Depan Anak-anak
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki didakwa mengurung seorang wanita dan menjadikannya hamba seks selama enam tahun sehingga melahirkan empat anaknya di sebuah apartmen di Pushkino, Moscow.
Memetik Mirror, Rinat Bilyanov juga sering memukul mangsa di hadapan empat anak mereka.
Mangsa berusia lingkungan 20-an itu mendakwa Bilyanov tidak pernah membenarkannya keluar dari rumah mereka yang kecil dan sempit tersebut.
Lebih menyedihkan, Bilyanov menyuruh anak lelakinya untuk memukul mangsa apabila dia dewasa kelak.
"Dia berkata kepada anak kami 'Bila besar nanti, kau mesti pukul dia macam ni. Tumbuk, sepak terajang dia sebab dia perempuan jahat'.
"Dia cakap macam tu mengenai saya di hadapan anak-anak kami," kata mangsa.
Pasangan itu bertemu menerusi sebuah laman web mencari jodoh untuk orang Muslim Tatar dan mereka tidak bernikah secara rasmi, tetapi mereka melangsungkan perkahwinan mengikut agama.
Awal minggu ini, mangsa berjaya 'curi-curi' menghubungi polis yang kemudiannya membebaskan dia bersama semua anaknya selepas menyerbu rumah itu, lapor laman berita Mash.
"Kami dikurung sepanjang masa. Saya langsung tak boleh ke mana-mana, walaupun sekali-sekala Bilyanov ada membawa anak-anak bersiar-siar di luar.
"Dia sepak dan pukul saya dengan tongkatnya depan anak-anak. Pernah sekali dia pukul saya sampai tongkatnya patah.
"Enam tahun saya merana. Kami tak boleh keluar kerana kunci sentiasa pada dia.
"Dia kata akan membebaskan saya sekiranya keluarga saya memberi dia 2.5 juta Pound Sterling (RM14 juta)," katanya.
Foto: Mirror
Mangsa dan anak-anaknya kini selamat dan berada di tempat perlindungan untuk wanita.
Malangnya, anak-anaknya tidak boleh berkomunikasi dengan baik dan mengalami "masalah tumbesaran".
Suspek kini berdepan hukuman penjara tujuh tahun jika sabit kesalahan. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
7 tahun?!
Gosh
Sepatutnya 70 tahun laaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
itulah keindah undang2 kapir laknat....penjara 7 tahun je kn |
|
|
|
|
|
|
|
lebih setahun je berbanding penderitaan dia |
|
|
|
|
|
|
|
apa yg difikir buat mcm neh..
rosakkan hidup semua anak4..
|
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya..
biar laki dia mereput je dalam penjara.. xda rs belas kasihan langsung. |
|
|
|
|
|
|
|
Suspek kini berdepan hukuman penjara tujuh tahun jika sabit kesalahan.
je???
weiiii gtu je??? serius????
penderaan mental fizikal, ni je boleh bg hukuman kat dia? dh lps 7 thn dia muncul dan buat onar lagi??????????????????????????? |
|
|
|
|
|
|
|
mne nick asal?
|
|
|
|
|
|
|
|
biar betul 7 tahun je jail? sampai teruk org tu kena dera? kalau jail ntah x cukup 7 tahun boleh keluar dah.. org mcmni kena simpan dalam kubur terus je. keluar dia buat lagi. sama mcm si gila penendang wanita tu |
|
|
|
|
|
|
|
Mana gambar ass wipe itu? |
|
|
|
|
|
|
|
tgk pada lebam dia..pya la seksa..
tkut tgk |
|
|
|
|
|
|
|
taliban mmg mcmni
perangai mcm setan setan pn kadang takut tgk manusia jahat kejam mcmni
|
|
|
|
|
|
|
|
mana peranan wali?
takut angguk, ckp sah aja ka
mau je aku pelempang wali pmpn ni
pi la check tgk anak buah ko yg ko sndiri wakilkn masa nikah tu, idup ke mati ke apa
ni dibiar smpai 6 tahun |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian dia jumpa org psiko. Siap bertongkat lagi,org tua psiko |
|
|
|
|
|
|
|
7thn je penjara?org tu kena dera 6thn...tumbesaran anak terjejas..7thn je?ape ke bangang sgt mahkamah kat sana tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
7tahun???spttnya hukuman plg berat ptt dikenakan.Sebat 700 kali!Biar sampai jd cacat! |
|
|
|
|
|
|
|
7tahun???spttnya hukuman plg berat ptt dikenakan.Sebat 700 kali!Biar sampai jd cacat! |
|
|
|
|
|
|
|
Hukumannya hanya 7 tahun, tak setimpal dengan penderitaan mental dan fizikal yang si mangsa tanggung. Tapi apa nak kata dah undang2 negara tu dah sebegitu. Elok si mangsa berpindah je ke tempat lain lepas2 ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|