CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 897|Reply: 7

[Tempatan] Edisi Banjir: Pulau Pinang & Kedah hujan lebat sejak pagi semalam

 Close [Copy link]
Post time 5-11-2017 10:54 AM | Show all posts |Read mode
BUTTERWORTH - Pulau Pinang terpaksa meminta bantuan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ekoran keadaan hujan lebat berterusan yang menyebabkan tanah runtuh, pokok tumbang dan banjir kilat di banyak kawasan.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng ketika mengumumkan perkara itu turut kelihatan sebak kerana sedih dengan peristiwa yang melanda rakyat di negeri ini.
“Malam ini kita lihat satu bencana yang tidak pernah berlaku di Pulau Pinang yang mana 80 peratus negeri ini dilanda dengan angin taufan dan hujan lebat yang turun tak henti-henti.





“Saya minta rakyat kalau boleh duduk di rumah demi keselamatan, jangan keluar rumah kerana angin yang begitu kuat, pokok tumbang dan ada tanah runtuh,” katanya.

Menurutnya, keadaan bertambah genting apabila air masih naik dan angin ribut masih kuat.
Guan Eng (dua, kiri) bertanyakan sesuatu kepada salah seorang mangsa banjir, pagi tadi.
“Air banjir pula naik antara 10 hingga 12 kaki tinggi melepasi bumbung di Pulau Pinang. Pusat pemindahan banjir pula tiada bekalan elektrik.
“Pulau Pinang terpaksa minta bantuan daripada ATM,” katanya.
Guan Eng berkata, beliau berjaya menghubungi dan memaklumkan perkara itu kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Menteri Dalam Negeri kira-kira jam 3.30 pagi.
“Saya ucapkan terima kasih kepada beliau kerana menjawab panggilan saya. Beliau berjanji akan hantar bantuan ATM untuk selamatkan Pulau Pinang.
“Saya harap semua terus bersabar dan kita cuba pastikan bantuan akan sampai,” katanya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya menjaga keselamatan diri dan keluarga masing-masing.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-11-2017 10:54 AM | Show all posts
11 pusat pemindahan banjir dibuka di Kuala Muda
5 NOVEMBER 2017
Banjir baru
A- A+ (Ubah saiz teks)
SUNGAI PETANI - Sebanyak 11 pusat pemindahan dibuka di daerah Kuala Muda bagi menempatkan 336 mangsa daripada 86 keluarga setelah beberapa buah kampung dan taman perumahan dilanda banjir kilat.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata pusat pemindahan dibuka sejak jam 9 malam tadi.

Ia melibatkan Pusat Pemindahan (PP) Surau Kampung Sungai Bongkok yang menempatkan 60 orang mangsa, PP Dewan Kampung Tengah Padang Temusu (8 mangsa), PP Dewan Steang Wam Kowang (23 mangsa) dan PP Surau Kampung Padang Tok Sora (72 mangsa).

PP Dewan Kampung Bukit Belah Batu 2 (18), PP Dewan Taman Bedong Jaya (80), PP Surau Taman Malinja, Semeling (20), PP Masjid Permatang Gedong, Sungai Petani (40), PP Dewan Kampung Sungai Pasir dan Dewan Kampung Lebai Ali, Bedong yang jumlah mangsa belum diketahui.

Sementara sebuah PP dibuka 6 pagi tadi di Dewan Kampung Segantang Garam yang menempatkan 15 mangsa.

Azahar berkata secara keseluruhan sehingga pukul 9  pagi tadi,  45 buah kampung di 12 mukim dan empat kawasan taman perumahan terjejas akibat banjir kilat. - Bernama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2017 10:55 AM | Show all posts
Sapa yg ada video or gambar boleh la tambah sini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2017 10:56 AM | Show all posts
eh tred dh ada...mod mohon katup yg ni..td x nmpk plak!
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2017 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Teruk jugak kat area Kuala Muda tu.harap berkurangan. kat area rumah i tak dengar cerita lagi kat mana2 yang banjir.ni pun cuaca redup ja and still rasa sejuk gila macam kemarin
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2017 05:54 PM | Show all posts
byk tempat yg tak pernah banjir pun kena banjir kali ni, byk teruk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2017 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Hujan lebat hampir 30 jam dgn angin kencang dan ribut. Padang pasir pun boleh banjir.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2017 06:40 PM | Show all posts
bit replied at 5-11-2017 06:38 PM
Hujan lebat hampir 30 jam dgn angin kencang dan ribut. Padang pasir pun boleh banjir.

macam zaman nabi noh kan?

sebab apa banjir waktu itu?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.061463 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list