Perbuatan yang cukup menjijikkan apabila seorang lelaki berusia 37 tahun dilaporkan sanggup merogol dan membunuh anak kekasihnya yang baru berusia setahun hanya kerana ingin melampiaskan nafsu seksnya.
Bagaimanapun lelaki durjana yang dikenali sebagai Joshua Gurto itu berjaya ditangkap oleh pihak polis selepas tiga minggu melarikan diri di Ohio.
Memetik laporan Reuters, Joshua melarikan diri selepas disoal polis berhubung kematian bayi itu yang dikenali sebagai Sereniti Jazzlynn.
Difahamkan ketika kejadian, suspek masih berhubung dengan ibu mangsa tersebut iaitu Kelsie yang tidak didakwa atas sebarang tuduhan.
Hasil pemantauan menerusi rakaman CCTV minggu lepas, suspek berjaya dikesan polis di tempat letak kereta di dalam garaj sebuah rumah di Pennsylvania.
Kini dia ditahan dan akan didakwa atas tuduhan merogol serta membunuh.- CARI
murunglah aku baca kes2 cenggini..jejantz kalu dah mengeras..apa pun sapu bersih..bujur lalu melintang patah..pakaikan aje skirt kat buaya airmasin Ostolia tu..suruh dia toron
kalu aku jumpa jantan gini..bagi middle finger ajor n tembak.lahanat sangat buat kt budak..nie vaviii or setan nie..aku paling menyampah kalu kes harm budak..