CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3310|Reply: 24

[Tempatan] [1] Datuk Sohaimi , MT UMNO cedera ditikam!

[Copy link]
Post time 28-10-2017 07:37 AM | Show all posts |Read mode
Edited by tongkatwaran75 at 28-10-2017 07:39 AM


Jumaat, 27 Oktober 2017 | 11:04pm

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan cedera ditikam seorang lelaki yang disyaki mengalami masalah mental di hadapan rumah jirannya di Taman Desa Moccis, Sungai Buloh malam tadi.

Sohaimi, 48, cedera di bahagian kepala, belakang telinga kanan dan bahu kanan dirawat di sebuah hospital swasta di Damansara.

Isteri beliau, Datin Ruby Arshad, 48, berkata kejadian bermula apabila adik iparnya dibaling dengan batu oleh suspek yang juga anak jirannya kira-kira pada jam 8.30 malam ketika dia sedang berbual bersama pemandu suami saya.

"Kemudian suami saya membawa beberapa saudara pergi ke rumah suspek untuk memaklumkan dan menegur perbuatan suspek kepada ibu bapanya.

"Ketika suami saya mengetuk pintu rumah suspek, ibu suspek membuka pintu dan secara tiba-tiba suspek meluru dari arah belakang dengan bersenjatakan pisau dapur.

"Suami saya mengelak tikaman tetapi terkena di bahagian belakang telinga dan bahunya sementara adik ipar saya cedera di bahagian muka apabila dia cuba menepis tikaman suspek," katanya ketika ditemui di wad kecemasan sebentar tadi.

Ruby berkata, Sohaimi berada dalam keadaan stabil sementara adik iparnya sedang menerima rawatan.

"Suami saya dibawa oleh pemandunya ke hospital selepas kejadian berkenaan.

"Saya pula tinggal di rumah bagi menunggu polis datang bagi menjalankan siasatan, tidak lama kemudian polis menahan suspek," katanya.

Sehubungan itu, menurut sumber polis, setakat ini kes tidak diklasifikasikan sebagai kes jenayah.

Bagaimana pun siasatan akan tetap diteruskan bagi mencari punca sebenar kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Somu Subramaniam ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

"Kita sudah tahan suspek yang berusia 27 tahun, dipercayai suspek mempunyai masalah mental dan tidak mempunyai pekerjaan.

"Siasatan awal polis mendapati tiada sebarang motif dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-10-2017 07:40 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2017 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
See how dangerous when you dont get treatment untuk mental illness.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2017 08:36 AM | Show all posts
bahayanye..pergi tikam org politik plak tu abis masuk paper
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2017 08:52 AM | Show all posts
Bahayanya, keluarga patut aware yang dia tu tak sihat mental. Tengoklah bila jadi macam ni, nak cakap apa?
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2017 09:30 AM | Show all posts
patut kena kuarantin atau hantar hospital
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2017 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah..kesiannya..semoga cepat sembuh..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2017 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
mental rosak sbb dadah ke..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2017 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah berjiran dengan pak menteri, tentulah orang ado2 kan? Missed makan ubat @ langsung tak seek treatment? Nasib baik panjang umur lagi. Kalau tak, sia2 aje mati kena tikam dengan jiran sakit mental.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2017 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Amina_Mirza replied at 28-10-2017 11:33 AM
Kalau dah berjiran dengan pak menteri, tentulah orang ado2 kan? Missed makan ubat @ langsung tak see ...

anak somebody gak tuh. Takkan jiran MT ummah setinggan pulak
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2017 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
kakiselit replied at 28-10-2017 11:37 AM
anak somebody gak tuh. Takkan jiran MT ummah setinggan pulak

Exactly      
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2017 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Lupa makan ubat kot. Tu tak sedar die baling batu ngn tikam org. Hmm.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2017 12:11 PM | Show all posts
kena baca balik buku karangan atuk hitler
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2017 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
atau si ipar tu ada ckp kata- kata kesat sampai suspek bertindak ganas?
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2017 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Amina_Mirza replied at 28-10-2017 12:05 PM
Exactly

Anak sape ler tew?
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2017 03:03 PM | Show all posts
dh mental, bawa pisau senyap2

bahaya betul

silap2 dia sembelih org

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2017 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
kakiselit replied at 28-10-2017 12:55 PM
Anak sape ler tew?

Nanti i riki2 eh. Dah dapat nanti i kasitau uols
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2017 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
anak orang have have jugak la tu..
mak ayah dia bayar nanti tutup la kes..
tunggu ada jiran have have yang mati kena tikam nanti baru betul-betul bertindak..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2017 03:46 PM | Show all posts
Polis tidak mengklasifikasikan sbg kes jenayah. What does that mean?

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2017 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah...mujur xmaut..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.051679 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list