View: 2070|Reply: 12
|
Atlet Terjun Wendy Ng Yan Yee Sah Gagal Ujian Doping
[Copy link]
|
|
sumber : The Star
Sebelum ini, jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei telah dikenakan hukuman penggantungan selama lapan bulan berhubung kesalahan kes doping oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Terbaru, atlet terjun negara Wendy Ng Yan Yee juga didedahkan gagal dalam ujian doping ketika Temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) Ogos lalu.
Memetik laporanThe Star, setiausaha ASUM, Mae Chan mengesahkan bahawa keputusan sampel B pemenang pingat emas KL2017 itu diketahui pagi ini dan tindakan lanjut akan dimaklumkan selepas mendapat makluman daripada exco badan induk itu.
“Malang apabila kita perlu beritahu dia adalah penerjun yang sebenarnya gagal sampel A. Kita akan adakan sidang akhbar tidak lama lagi mengenai keputusan ini."
“Keputusan B datang pagi ini dan saya perlu berbincang dengan exco dan kita akan adakan sidang akhbar untuk memaklumkan apa keputusannya."
Tambah Mae, perkara berkenaan akan dimaklumkan kepada Presiden ASUM, Datuk Seri Shahidan Kassim yang kini menghadiri sesi persidangan Dewan Rakyat terlebih dahulu sebelum mengulas lanjut mengenai keputusan kes itu.
Media sebelum ini melaporkan atlet terjun wanita negara yang memenangi pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL 2017) pada Ogos lalu dipercayai adalah antara tiga atlet yang gagal ujian doping.
Wendy meraih dua pingat emas acara terjun 3 meter papan anjal individu wanita dan 3 meter papan anjal seirama berganding dengan Nur Dhabitah Sabri pada KL2017.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
ohhh..I tot jasmine lai..
kantoi sibutramine kan, nak kurus pny pasal
may she didnt even realize that she consume the substance ..even its not a performance enhancing drug, ttap fail doping jgak. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap cuti umum tak ditarik balik
#jgnkecamsis |
|
|
|
|
|
|
|
Ohhh... kena trik blik la pingat tu, letih je berlatih bgai semua, skali doping xlepas |
|
|
|
|
|
|
|
Pingat ditarik maksudnya...
Acara 3m Dabitah la yg akan mng emas sbb sebelum ni sheols perak..
Yg acara synchro 3m u singapore akn dpt emas..
So kedudukan pingat Malaysia 12 emas, Singapore 1 Emas. |
|
|
|
|
|
|
|
How unfortunate. Entah dia tau ke tak sebenarnya kandungan supplement yg dia amik tu. Tercalar reputasi. |
|
|
|
|
|
|
|
atlet ni biasanya diorg bukan boleh simply amik supplement tanpa consult daripada pakar...
yg ni boleh kantoi pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya klu ambek ubat selsema pun dah detect drug.... kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Tahu je sejak kecoh aritu malas nak update selagi belum ada official statement keluar. Kebanyakan ahli sukan ni mereka tahu je tak boleh ambik apa2 bahan sesuka hati yang tak kuat je mudah terjerat dengan benda2 cam tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Manis senyuman dia.. cute budaknya |
|
|
|
|
|
|
| |
|