CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3901|Reply: 3

Cerpen - Di mana ada pejabat di situ ada momok

[Copy link]
Post time 24-10-2017 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Edited by noyya at 24-10-2017 11:12 AM


Kisah Kak Sherry

Sedar tak sedar,sudah 5 tahun aku bekerja di syarikat XYZ.Alhamdulillah,aku suka kerja disini.Tapi apa yang aku ingin ceritakan bukan pasal kerja-kerja aku kat syarikat,tapi mengenai kisah-kisah seram yang aku dengar dan juga yang kami alami sendiri.Kami itu adalah aku dan kawan-kawan di pejabat.

Kisah bermula dengan cerita seram dan misteri dari mulut-mulut pekerja yang bukan dalam jabatan aku.
“Korang-korang,nak dengar cerita tak?.”Cerita ke gossip hangat?Cer habaq mai.”Tanya K.Rara,walaupun dia bukan la orang utara.Kak Elfie,Kak Suha,In dan Shasha masing-masing dah memasang telinga.Aku tersengih melihat gelagat mereka.Ada can nak kenakan mereka ni.Bisikku dalam hati.”Korangtau tak?”.”Tau apa?.Belum sempat aku bercerita Kak Elfie dah tanya dengan masing-masing terkebil-kebil menanti cerita dari aku.”Korang tau tak yang kita belum sempat menatap wajah tampan Azim lagi hari n?”ahahahhahahaha..Kataku sambal tertawa besar,dengan harapan punch line aku menjadi hari ni.Tapi lawak spontan ku dipandang sepi oleh mereka.”ahhahahaa,lawak sangat Nana,sampai geli ketiak kitorang dengar super lawak kau tu.” “Tau la crush kat si Azim tu.”Kak Raramembalas sambil mereka semua ketawa yang dibuat-buat.Ceh menyampah aku,tak bagi peluang  langsung.

“ok ok,kali ni cerita betul.”kataku lagi.”Ok,cer cerita,cer citer.”Kata Shasha sambil makan maruku.
“ok,korang kenal kan Kak Sherry bahagian finance tu,dia cerita waktu petang dia jalan nak pergi ke HR,maklum la HR kan jauh sikit dari tempat dia tu.Dia jalan dan berselisih dengan sorang perempuan berbaju kurung biru,rambut lepas bahu,berkulit cerah,tersenyum manis je dengan dia.Dia pun balas la senyuman tu,kemudian jalan macam biasa.Tapi dia macam pelik juga,sebab dah kerja lama kat sini,tak pernah nampak.Mungkin orang baru dia cakap.” ceritaku panjang lebar.

”Lepas tu?”semua tanya serentak,masing-masing mendengar dengan penuh khusyuk.”eheheheh sabaq na,penat ni,bagi tarik nafas jap.” kataku.
“Ok,bersedia semua,ni saat mendebarkan.” Sambungku.”Kak Sherryber henti sekejap nak baca what’s app.Dia pun pandang la belakang,korang tau tak apa dia nampak?.”Apa Nana?cepat la cerita,lembab la.”Kata Kak Elfie dengan serius.”Lebih kurang 2 meter dari Kak Sherry,perempuan yang berbaju biru berjalan laju ke belakang menghampiri Kak Sherry dan kemudian berhenti sambil berkawat setempat.Kak Sherry dah termangu dekat situ,kaki dia macam tak boleh nak gerak,dia tak tau nak buat apa.Dia takut apa pulak yang dia akan nampak kalau perempuan berbaju biru tu menoleh ke arah dia.Tepat sangkaan dia, perempuan tu perlahan-lahan nak memusingkan kepalanya ke arah Kak Sherry.Kak Sherry dah tak keruan.”
“Hoii Sherry.”Tegur Kak Mia dari jauh.”Kau dah kenapa Sherry tercegat dekat sini?.”Kak Sherry masih terkebil-kebil bila dia tengok,perempuan baju biru tu dah takda.” ”Kemudian,Kak Sherry pengsan,esoknya dia mc,demam terkejut diorang cakap.” “Kecoh jugak la dekat HR.”Diorang semua ternganga mendengar cerita aku.” "Maksudnya,perempuan tu jalan reverse laju-laju ke?"Tanya In,minta kepastian."Begitulah cakap Kak Sherry." "Weh seram ni,Elfie,nanti nak pergi toilet sama-sama tau.”Kata Kak Rara.”Aduhh,tak nak la lalu situ lagi.”Kak Suha serta In dan Shasha meluahkan pendapat yang sama.

Aku pulak??dah tentu la takut.Kak Sherry yang garang tu pun takut,inikan pulak aku.Eh,ada kene mengene ke,garang dengan takut?ahahhahaha..aku tertawa sendiri..

Bersambung....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-10-2017 10:52 AM | Show all posts
Edited by noyya at 25-10-2017 10:59 AM

Momok berebut kawasan

“Memandangkan Nana dah buka cerita,akak pun ada cerita.”“Kak Elfie bersuara.Kami semua menunggu cerita selanjutnya dari Kak Elfie.”Cerita ni dah lama juga, ada sekali dulu balik lewat,sambil tunggu encik suami datang,secara tak sengaja tumpang berborak la dengan staff HR.Diorang cerita,ada kejadian menyeramkan dekat café minggu sebelum tu.Saksi kejadian,tokeycafé tu la,En.Amirul.Masa tu,En.Amirul tengah kira-kira duit,sekali dia ternampak ada sorang staff ni jalan sambal gelak-gelak,makin lama,makin kuat.Lepas tu perlahan-lahan dia merangkak pulak,dengan biji matanya yang merah menyala,merangkak laju mara ke dalam cafe.En.Amirul tu mengosok mata dia berulang kali,terkejut dengan apa yang dia nampak.Staff-staff yang ada dekat café masa tu semua panik dan menjerit-jerit ketakutan.En.Amirul mendekati staff tersebut sambil mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu,malah ada yang berani cuba mendekati dan memegang staff tersebut.Kemudian staff HR pun turun membantu.Lepas tu,akak tak dengar dah sebab En.suami dah sampai."

"Esoknya,akak terjumpa Mila budak HR tu,dia kata staff tu pun dah disuruh berhenti.Katanya,dia ada pendamping.Pendamping dia pulak bergaduh dengan momok-momok yang ada dekat syarikat kita ni.Hmmmm begitu la ceritanya kawan-kawan.” Kak Elfie bercerita panjang. “Mungkin berebut kawasan kot.”Tambah Kak Rara.heheh kami semua tertawa kecil.Nak gelak lebih-lebih,seram pulak kalau kena kat batang hidung sendiri.Aku pun tak pernah dengar kes ni,mungkin kes ni lagi lama sebelum aku berkhidmat kat sini.Terkebil-kebil mata kami semua mendengar cerita.Kadang-kadang rasa macam dalam filem-filem je situasi tu.

"Ada lagi 1 cerita yang Akak dengar dari surau,pasal jalan menuju ke surau.Jalan nak ke surau tu kan sunyi sepi kalau waktu petang.Nak dijadikan cerita,ada sorang staff ni lalu dekat situ.Dia dari hujung jalan nak ke jabatan dia.Tapi tiba-tiba dia nampak kelibat,makin lama makin dekat dengan dia.Apa lagi,menjerit macam histeria la dia sebab...Kelibat yang dia nampak tu takde kepala." Tambah Kak Elfie. "Haaaaaaaaaa takda kepala???Ngerinya.."Shasha bersuara.Kami semua hanya berpandangan dan terkebil-kebil cuba menghadam cerita Kak Elfie.Rasa seram menyelubungi sebab memang hari-hari kami lalu dekat situ sebab nak pergi ke surau...

Bersambung.......  

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2017 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Cepat cepat sambung ye tt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2017 10:19 AM | Show all posts
Edited by noyya at 30-10-2017 10:24 AM

sambungan....

Momok tandas
“Ishhh korang ni,meremang semua bulu-bulu dah ni.”In bersuara.”Bulu ape tu?Kak Elfie memecah kesunyian.Serentak kami semua tertawa.”Haa baru teringat,dengan tandas pun ada kejadian juga.Korang ada dengar cerita tak?.”Shasha membuka cerita.”Alamak,cerita apa pulak ni,dah la dekat tandas.”Kak Rara menambah.Shasha ni kira agak baru kerja dekat sini.Tapi boleh tahan juga,dapat dengar gossip seram dari staff bahagian lain.”Hari tu si Fiza cerita dekat Shasha kan,cleaner nama Memey tengah cuci toilet.Tiba-tiba lampu terpadam.Memey keluar dari tandas,dia on balik suis lampu.Pastu tak menyala.”Kok tak menyala.” “Ala,lampu terbakar kan?Kak Suha mencelah.”Sabar KakSuha,kemudian Memey pun malas nak masuk ke tandas semula sebab lampu takhidup.Tapi tiba-tiba lampu hidup semula.”aduh..aduh…”Memey mengomel.Dia masuk ke tandas semula.Memey pun mulakan kerjanya seperti biasa.

Kemudian lampu terpadam lagi.Memey nak keluar dari tandas je..”Warghhhhhhhhhhh.”
Terperanjat beruk  dan terduduk la si Memey akibat sergahan dari Joy. Tak semena-mena dia menangis ketakutan.Joy gelak terbahak-bahak.”hahahaha padan muka kau Memey.” “Menangisla kau kat situ.”Joy pun keluar dari tandas.”Eeeeee,jahatnya Joy tu,dia dah kenapa buat Memey macam tu?Suis lampu tu dia ke yang tutup?Tanya Kak Elfie takpuas hati.”Rasanya dia yang tutup,dia marah dengan Memey tu sebab Memey terlupa nak lap meja dia je hari tu.”Shasha menambah.”Kejam betul la dia tu,dasar bajingan.” K.Rara menambah.”Amboi Kak Rara,speaking Indonesia pulak.”In mencelah sambil tertawa diikuti oleh mereka semua.”Tapikan korang,Joy dah dapatpembalasan dengan perbuatan dia.”Korang takde dengar cerita ke?,mesti staff HR cover line baik cerita ni sebab tak nak kita semua panik.”Kami semua mendekatkan diri dengan Shasha.Tak sabar nak tahu apa yang jadi pada Joy……..


Joy ni dari jabatan purchasing.Selalu berlagak diva,konon dia la paling cantik kat syarikat kita ni.Tapi aku mengaku la,dia memang cantik pun..Hahhahahah.Perangai dia yang tak boleh diterima tu la,suka memperkecilkan orang.”Ok,menurut Fiza,sumber cerita dia dapat dari kawan rapat Joy sendiri Suri.”Shasha menyambung ceritanya.

“Ada satu hari ni,Joy pergi tandas waktu awal pagi.Joy memang selalu datang awal,sebab rumah dia jauh.Masa masuk tandas mula-mulatu takda apa yang pelik.Joy pun melabur saham dengan aman dan tenteram sampai la dia dengar ada bunyi tapak kaki orang masuk tandas.Kemudian dia dengar bunyi paip di buka.Lepas tu dia dengar suara perempuan menyanyi.”Bangun pagi gosok gigi,cuci muka terus mandi.”Suara perempuan tu nyanyi lagu tu berulang-ulang.Joy dah tak sedap hati,rasanya pelaburan yang dia buat tu macam nak masuk balik dalam perut.Dia rasa nak nangis dalam tandas tu,dengan harapan,adalah orang lain yang masuk tandas.Tapi tak lama lepas tu,bunyi paip air ditutup.Perempuan tu pun dah berhenti menyanyi.Kemudian,dia dengar bunyi tapak kaki berjalan dan berhenti betul-betul depan pintu tandas dia.”Kami semua berpandangan,rasa berdebar-debar kami mendengar cerita Shasha..

“Joy betul-betul takut.Dia mencuci apa-apa yang patut dan bersedia untuk keluar.Tapi dia masih yakin yang perempuan tu masih ada depan pintu tandasnya.Joy berjalan perlahan dan menekap kepalanya ke pintu.Cuba mendengar,manatau perempuan tu dah beredar.”Tak berkelip mata kami menanti.


“Joy ke tu?Joyyy,kenapa tak nak nyanyi sama-sama?KenapaJoy?Kenapa Joy?Lama kelamaan suara perempuan tadi bertukar garau,Kenapa Joy???Lampu tandas pun berkelip-kelip diiringi pulak dengan hilaian tawa perempuan tu.Joy menangis teresak-esak sambil menjerit ketakutan.”

“Tok..tok..tok..”pintu tandas diketuk,Joy terus menjerit macam kena histeria.”Siapa dekat dalam?Cik tak apa-apa ke?”Kedengaran suara dari pintu tandasnya,Joy mula bertenang,dengan pantas dia membuka pintu tandas.Apabila pintu tandas dibuka kelihatan ketua cleaner Makcik Siti memandang Joy dengan penuh tanda tanya.”Cik Joy tak apa-apa ke?Joy terduduk lemah.Kemudian Makcik Siti memapah Joy ke HR.

“Nak gelak rasa bersalah,tapi kesian juga dengan Joy.”KataKak Rara.”Tu la,ngeri pula rasanya kalau dalam situasi Joy tu.”Sambung In.”Suri cakap,lepas kejadian tu Joy ambil cuti 3 hari.Mungkin dia nak tenangkan diri.Lepas dia masuk keje,Joy terus jumpa Memey dan minta maaf.Dia rasa bersalah sangat.Tapi dia masih fobia nak pergi tandas sorang.Suri lah selalu temankan dia.”Shasha menambah.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.048640 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list