View: 19121|Reply: 98
|
29/11/18 Pesakit katil sebelah
[Copy link]
|
|
Edited by RamonaFlower at 29-11-2018 04:07 PM
Assalammulaikum, di sini aku nak kongsi beberapa kejadian yang berlaku pada aku, keluarga aku dan sekeliling aku. Kisah- kisah yang bakal diceritakan adalah benar dan tak diubah sama sekali.
Aku start nak berkongsi cerita ni since aku mula teringat pada perkara-perkara yang pernah terjadi dulu. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Cerita lah tt. Lama xde cerita baru dekat sini. |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 22-10-2017 09:03 PM
ceritakan hihi..
kaka cili pun kan ada kisah ttg saka, xnak buka thread ka? hihi |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 22-10-2017 09:50 PM
setakat ni xseram sis, kalau nak kira jahiliah nya dahulu dengar pawang buaya, pawang harima ...
Ya Allah sis buka la thread sdri.. Eeee |
|
|
|
|
|
|
|
sorry sis dah delete.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 22-10-2017 10:09 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kisah 1 : Budak tuition
Masa tu aku tingkatan 5, yang aku ingat benda ni jadi masa bulan 4 macam tu. Masa tu ada tuition gantian, jadi class dari 8 pagi sampai 3’30 petang.
Masa break time kul 12, kaunter pendaftaran kecoh sangat. Ada 1 budak cina datang tuition tapi dihalang oleh kakak kaunter pendaftaran siap kakak tu call mak cina tu lagi. Aku masa tu nak bayar duit tuition jadi aku dengar dengan jelas apa yang dorang sembang.
Bila sampai parents cina tu, mak dia nangis2 peluk dia. Memang kecoh dan jerit macam orang gila sampai budak cina tu pun pelik tanya mak dia kenapa nangis teruk macam ni.
Kakak kaunter suruh aku pergi rehat dulu tapi aku dengan kawan aku nak tau jugak apa yang berlaku jadi kami skodeng kat pintu. Ada beberapa budak pura2 tak lunch pun ada sebab nak skodeng punya pasal.
Tetiba 2 orang polis sampai untuk jumpa budak tu. Tapi sebabkan mak dia tak bagi polis sembang lama dengan anak dia takut anak dia tak larat, jadi polis ambil keterangan dan blah. Budak cina tu sampai pelik kenapa polis siap datang. Last2 mak dia cerita dekat anak dia tu yang anak dia dah hilang selama 3 tahun lepas pergi camping kat hutan.
Anak dia gelak lah gila2 cakap mak dia merepek sebab baru 4-5 hari lepas dia pergi hutan. Hari ni hari ahad, baru dia balik lah tu yang terus pergi tuition sebab ada class. Dia ingat umur dia 17 tahun padahal masa tu umur dia dah 20 tahun. 3 tahun hilang dan tak sempat pun ambil SPM.
Terkejut lah budak cina tu dengar. Mak dia siap tunjuk report polis yang 3 tahun lepas. Masa polis tanya dia, apa yang jadi kat hutan, dia cakap dia tengah nak mandi sungai. Lepas tu cikgu & kawan-kawan panggil dia, dia dengar tapi yang peliknya cikgu & kawan- kawan dia tak nampak dia walaupun dorang dekat je.
Lepas tu, cikgu & kawan-kawan tinggalkan dia pergi mana entah. Masa tu dia tak rasa apa dia cakap. Dia ingat cikgu& kawan-kawan dia tengah buat aktiviti yang dia tak berminat nak join.
Jadi masa tengah mandi sungai ni, ada 1 melayu tegur dia, dia ingat budak sekolah dia yang join aktiviti camping ni sekali. Budak melayu tu tetiba cakap malas nak join aktiviti kat hutan ni so budak cina tu ingat memang ni budak sekolah dia lah.
Entah macam mana, budak cina ni mungkin nak ponteng aktiviti camping kot jadi dia ikut budak melayu ni balik kampung memandangkan budak melayu tu ‘malas’ nak tidur kat hutan sebab banyak nyamuk. Agaknya cina tu tak rasa pelik kot.
Kat kampung tu mak bapak melayu tu baik bagi makan sedap2 semua. Dia rasa macam dia duduk dalam sehari je.
Esok tu dia nak balik ke hutan sebab takut cikgu risau tapi tengok2 kosong. Mungkin dah pergi tinggalkan dia. Nak call tak boleh takde phone. Jadi budak melayu tu bagitau yang nanti dia call cikgu bagitau yang dorang berdua selamat.
Lepas 3 hari kot lepak rumah budak melayu tu, cina tu nak balik lah sebab dah nak start sekolah. Budak cina tu siap kata nanti jumpa kat sekolah boleh lepak sekali. So, bapak melayu tu pun hantar cina tu kat bus station berdekatan. Kat mana bus station tu pun aku tak tahu dan dorang naik kereta apa pun aku tak tahu.
Bila dia sampai rumah, rumah dia kosong so dia terus pergi tuition sebab masih awal lagi. Class dia start pukul 1. Sampai ke tempat tuition, kakak kaunter terkejut terus call parents dia.
Bila mak dia cerita yang sebenarnya dia dah hilang 3 tahun, bukannya 5 hari terdiam budak tu. Nasib baik ‘budak melayu’ tu bagi balik, tak kurung dia. Nak tak nak, terpaksa dia repeat SPM balik. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 22-10-2017 10:47 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kisah 2 : Rumah pertama & jiran misteri
Lokasinya di ipoh tapi rahsia lah area mana. Hehe. Masa ni ayah aku tinggalkan kami sekeluarga tapi just bagi duit nafkah je. Rumah ni ada 3 bilik 2 bilik air. Bilik master bed room tu kami 3 beradik ( abg, kakak & aku) tinggal. Bilik no 2 mak aku tidur sorang dan bilik hujung buat bilik stor. Rumah ni agak selesa sebab tuan rumah dah sediakan katil segalanya. Tapi 1 je, rumah ni gelap semacam.
Yang aku ingat, aku dengan kakak aku selalu nampak benda pelik kat master bedroom tapi aku tak rasa takut. Mungkin sebab benda tu tak kacau aku. Benda tu warna hitam kepala botak macam budak. Kadang-kadang tak ada rupa tapi takde lah menyeramkan bila ingat balik. Sebab dia tak kacau. Tapi dia hanya duduk kat tandas master bedroom teman aku main-main macam tu.
Dalam keluarga aku, abg aku je yang tak nampak apa dan tak pernah kena kacau. Kira dia paling normal dan kami pun tak pernah cerita apa-apa kat dia.
Kakak aku boleh dikatakan tiap 3 bulan mesti kena rasuk. Lagipun dia nakal sangat, sampai makanan cina letak tepi jalan untuk sembah setan tu dia kutip bawak balik rumah. Siap jemput aku makan sekali.
Lagi 1, longkang depan rumah aku ni selalu ada emas. Gelang ke cincin ke mesti ada. Kakak aku pulak selalu kutip, bila kutip mesti kena rasuk. Pastu esok lusa dah baik, dia nampak emas kat tempat sama, dia kutip balik. Berapa kali dah ustaz datang berubat.
Yang peliknya mak aku ni macam tak kisah dengan anak dia. Yang panggil ustaz pun nenek aku. Mak aku bila malam selalu keluar ikut pintu belakang. Bila aku panggil dia buat tak tahu. Bila petang pulak, dia selalu ke rumah jiran depan rumah. Rumah tu aku ingat-ingat lupa duda ke suami orang tapi ada anak sorang. Anak dia lebih kurang kecil aku masa tu. Tak bergaul dengan orang, duduk kat rumah main kat kawasan rumah sebab rumah lot corner. Besarlah halaman.
Bila dah tiap petang keluar lepak rumah lelaki tu, malam pun asyik keluar, aku dengan kakak aku nak spy lah. Kami naik basikal je. Ye lah budak kecil kan. Kami nampak ada kereta ambil dia, rupanya pak cik depan rumah. Kejar punya kejar ( aku kejar naik basikal 4 roda masa tu), kakak aku dah hilang ke mana. Masa tu malam pukul 11 lebih kot. Aku terus kayuh laju2 nak sampai ke depan jalan raya besar, terkantoi dengan jiran sebaris rumah. Dia tanya aku nak kemana sorang2 malam ni, mak mana blablabla then dia hantar aku balik sebab risau. Dia call atuk & nenek aku( rumah dorang dekat) bagitau nampak aku sorang-sorang tepi jalan. Datanglah nenek dengan atuk aku dengan muka marah sebab mak aku tinggalkan anak2 dia yang masih kecil. Kakak aku pulak tadi hilang sebab nak pergi makan. Dia sekali kena marah dengan atuk aku. Masa tu abang aku dah duduk rumah nenek.
Tak lama kemudian, mak aku balik tapi dia balik dengan muka blur takde rasa bersalah atau apa.
( Aku sambung pagi esok lah ye, tak sedap hati pulak hehehe)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
RamonaFlower replied at 22-10-2017 10:47 PM
Kisah 2 : Rumah pertama & jiran misteri
Lokasinya di ipoh tapi rahsia lah area mana. Hehe. Masa n ...
Sambung lagi, panjangnya cerita |
|
|
|
|
|
|
|
Budak cina tu disorok bunian ke. I wonder camana cina nak faham hal2 mistik ni apatah lagi kalau yg tak percaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Sambung lagi. Mak ko pun misteri jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 23-10-2017 08:48 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
doubleA replied at 23-10-2017 02:37 AM
Budak cina tu disorok bunian ke. I wonder camana cina nak faham hal2 mistik ni apatah lagi kalau yg ...
Semua syak disorok bunian tapi cina tu tak percaya lah. Before tu, mak dia ada panggil sami buddha tapi sami tu cakap anak dia dah mati hahahahha tgk2 hidup lg |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg kalau kena sorok bunian xkn sedar masa berlalu ek..3hari kt alam sana,kt sini dah bertahun2..btw,masuk paper x kisah cina ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 23-10-2017 09:18 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Sambungan kisah 2 : Rumah pertama & jiran misteri
Sebenarnya cerita aku ni tak seram cuma pelik kot bagi aku.
Mak aku tetap dengan rutin biasa dia keluar petang2 lepak luar rumah lelaki tu & malam pun keluar ikut pintu belakang. Dia macam mamai, orang panggil tak sedar.
Makan minum kami adik beradik semua nenek yang sediakan. Masa tu nenek marah tapi tak syak apa2. Kakak aku ada tegur perangai mak aku ni, terus mak aku halau kakak aku keluar rumah. Pelik masa tu.
Jadi, rumah tu hanya aku dengan mak je yang duduk. Disebabkan takde kawan, aku selalu cakap sorang2 tapi menurut mak aku ( ada masanya dia tak blur), aku selalu cakap dengan seseorang. Main patung dengan seseorang. Yang paling peliknya untuk kanak2 umur 4 tahun, boleh tolak almari baju yang berat seorang diri. Mak aku cakap aku selalu alih almari sebab ada ‘orang’ suruh. Dari mana dapat tenaga sebanyak tu pun tak tahu.
Satu hari kakak aku curi2 balik rumah. Masa dia tengah tidur kat bilik mak aku, tetiba ada ular besar belit dia.
Korang mesti pernah rasa dejavu kan? Macam pernah alami benda yang sama? Sebab sebelum benda ni jadi, aku bagitau mak aku yang ada ular nak datang rumah. Aku siap bagitau kakak aku jangan tidur sana tapi ye lah siapa nak percaya cakap budak kecil. Tuptaptuptap, benda jadi kenyataan.
Mak aku macam biasa blur, jadi aku call atuk aku & atuk aku panggil bomba siap ada ustaz datang. Lepas dah tangkap ular tu, ustaz tu ada baca2 doa. Disebabkan nenek aku dah berapa kali panggil ustaz, last2 ustaz suruh keluar rumah dulu.
Rupa-rupanya rumah ni dah kena ‘ikat’. Ada benda tinggal kat rumah ni tapi tak dibenarkan keluar. Jd, jin dalam rumah ni buat hubungan kekeluargaan pecah belah. Mak abaikan anak. Jin tu suka sangat mak aku.
Dan paling pelik, lepas ustaz tu tangkap jin tu, rumah depan jiran tu kosong. Macam dah lama takde orang tinggal. Lalang panjang. Aku dengan kakak tak cerita kat sesiapa pasal jiran tu sebab nak jaga aib mak aku.
Lepas 20 tahun berlalu, aku ada tanya kakak aku ingat tak pasal jiran depan rumah then yes, dia ingat. Jadi yang ini bukan khayalan aku sorang. Kami decide nak tanya mak aku, satu benda dia tak ingat. Mak aku alim orangnya jadi aku percaya yang dia tak buat benda2 macam tu. Dia sumpah demi Allah yang dia tak pernah keluar malam. Aku rasa dalam fikiran dia, dia ingat dia duduk rumah jaga anak. Hakikatnya lain yang jadi.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 23-10-2017 10:32 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
salmon-suki replied at 23-10-2017 08:54 AM
Mmg kalau kena sorok bunian xkn sedar masa berlalu ek..3hari kt alam sana,kt sini dah bertahun2..btw ...
Rasanya lah kot. Tak sedar berapa hari kena sorok. Dorang rasa kejap kte alam nyata yang rasa lama. Tak pasti masuk paper ke tak. Yang tahu kecoh report polis je |
|
|
|
|
|
|
|
Menarik citer TT. sambung la lagi ya. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 23-10-2017 10:56 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Kisah ketiga : Hantu balan- balan
Masa aku darjah 2, family aku pindah ke Sabah ikut ayah kerja kat sana. Kami tinggal kat apartment tingkat 3. Paling tinggi lah. Aku dengan kakak aku memang suka tengok cerita seram dan korek2 cerita seram dari kawan2, atau keluarga.
1 hari, kakak aku baru balik sekolah dalam kul 6 petang macam tu, dia ada cerita seram pasal hantu balan-balan. Kalau kat semenanjung kita panggil penanggal. Balan-balan ni katanya famous dekat Sabah. Entah betul ke tak.
Jadi tengah syok2 cerita, masa tu maghrib, tetiba elektrik putus. Demi Allah aku nampak kepala lelaki lalu dekat dapur dengan ada tali macam tali belon tu bawah kepala dia. Rambut kemas sikat rapi, mulut comot-comot warna merah. Tak tahu darah ke sos ke. Dia lalu slow and steady je. Kakak aku nampak juga terus dia tutup mulut aku bagi hint jangan jerit.
Memang terdiam masa tu tak terkata apa-apa. Elok je lepas dia lalu tu, elektrik ada. Kakak aku bagitau, kalau nampak benda tu jangan tegur. Kalau tak dia kacau.
Lepas kejadian tu, kawan kakak aku orang Kadazan, nama Esther( bukan nama sebenar) datang rumah dengan harapan boleh nampak benda tu. Tapi malangnya tak nampak apa.
Esther bagitau kampung ayah dia agak pendalaman, kena naik sampan nak ke sana. Penduduknya rata-rata Balan-Balan. Bukan dorang nak pun jadi Balan-Balan tapi keturunan dorang. Kadang-kadang dorang tak sedar yang dorang tu Balan-Balan. Malam-malam masa tidur badan dengan kepala mesti terpisah. Bila bangun pagi, badan mesti rasa penat, kaki mesti ada kesan tanah walaupun hanya kepala je pergi keluar jalan-jalan.
Dia bagitau lagi, kalau pergi pasar mesti nampak leher penjual-penjual ada garisan leher yang dalam. Tu maksudnya dorang ialah Balan-Balan. Kebanyakan rumah pulak ada gantung limau nipis dan bawang putih. Ni apa yang dia cerita lah.
Masa nenek Esther meninggal, nenek dia nak cari waris, takde sorang anak beranak yang balik sebab taknak ambil alih jadi hantu Balan-Balan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
best jugak. we want more hehe
|
|
|
|
|
|
|
| |
|