Sotong Kukus Limau, dengar nama menu masakan ini pun dah cukup buat air liur kecur.
Kalau dapat rasa lagilah berganda-ganda nikmatnya! Masam, masin, manis dan pedas memang semuanya secukup rasa.
Penggemar sotong wajib cuba masakan ini sendiri di rumah ya. Jom cuba!
Foto: Facebook
Bahan-Bahan:
1. Sotong
2. Cabai melaka merah, hijau
3. Sos ikan
4. Limau nipis
5. Daun ketumbar (akar sekali)
6. Gula
7. Bawang putih
8. Daun pudina
9. Lengkuas, serai
Foto: Facebook
Cara-Cara
1. Cuci sotong bersih-bersih
2. Potong sotong tapi jangan sampai putus.
3. Susun sotong dalam bekas untuk kukus, letak lengkuas, serai (potong). Akar ketumbar Sedikit bawang putih. Letak atas sotong.
4. Kukus buka api paling kuat, dah masak buang air sotong.
Sos
1. Masuk 1 sudu bs gula, 3 sudu besar air limau, 2 1/2 sos ikan, satu ulas bawang putih dan cabai melaka potong.
2. Kacau hingga hancur.
3. Sos dah siap tuang atas sotong yang kita kukus tadi, angkat tabur daun ketumbar dan daun pudina hias dengan potong sedikit limau nipis2 letak atas.
Foto: Facebook
Siap! Boleh hidang dan makan dengan nasi atau ratah begitu sahaja. Selamat mencuba! -CARI
Kredit Resipi: Irene Raihan |