Apa yang sama?Gambar logo, beg shopping dan kad keahlian SEFARRA, yang berwarna hitam putih dan berbelang dikatakan sama serupa saling tak tumpah seperti logo, beg shopping dan kad Touch & Go dari SEPHORA:
Manakala ini pula gambar shopping bag dan kad SEPHORA:
Selain daripada itu, netizen yang mula berasa sangsi dengan ‘ketulenan’ idea reka grafik SEFARRA turut mempersoalkan samada ilustrasi yang terdapat pada kad keahlian SEFARRA itu dibeli, atau sebaliknya:
Bukan itu sahaja, malahan minyak wangi SEFARRA juga turut menjadi perhatian netizen kerana dikatakan meniru minyak wangi jenama Chanel:
Apa yang salahnya?“Ini inspired je, bukan tiru pun.”
Rasanya pernyataan seperti ini boleh diterima sekiranya warna belang pada beg beli belah itu adalah merah pink, atau reka grafik logonya berbentuk lain sedikit. Tidak dinafikan bahawa reka branding SEFARRA 99.9% akan-akan SEPHORA. Tetapi mungkin benar, mereka ‘diinspirasikan’ oleh SEPHORA memandang di bahagian pantai timur belum ada sebarang butik SEPHORA dibuka kepada umum.
Namun demikian, bukan isu plagiat itu sahaja yang dikecam netizen. Keberanian SEFARRAmenjual kosmetik tiruan juga perkara yang menjadi punca kemarahan umum, terutama mereka yang sukakan mekap. Makeup jenama antarabangsa harga RM5? Sah fake.
Yang lebih menyedihkan, terdapat beberapa makeup artis (MUA) yang menyokong dan turut menggunakan penjualan makeup tiruan ini, seolah-olah ia bukan perkara yang salah dan tidak membahayakan pengguna. Tsk.