View: 1310|Reply: 11
|
425,251 Calon Duduki Ujian Bertulis PT3 Bermula Hari Ini
[Copy link]
|
|
sumber : www.utusan.com.my
Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa seramai 425,251 calon menduduki ujian bertulis PT3 yang bermula hari ini hingga Khamis ini.
Memetik laporan Bernama, daripada jumlah itu, seramai 394,458 calon adalah pelajar sekolah menengah kebangsaan manakala 10,949 calon sekolah swasta yang berdaftar dengan kementerian, kata kementerian pendidikan.
PT3 dimulakan pada 2014 bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dalam usaha menambahbaikan sistem pemeriksaan negara supaya dapat melahirkan pelajar yang lebih berkualiti.
Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menerusi catatan Twitter beliau mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar Tingkatan Tiga yang akan menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) hari ini.
"Selamat maju jaya kepada semua pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki PT3 esok. Do your best! (buatlah yang terbaik)." - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Selamat menduduki peperiksaan dan semoga berjaya adik2.. |
|
|
|
|
|
|
|
jawab bgus2, minta doa ibu bapa guru. . |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga berjaya cemerlang semua anak2 |
|
|
|
|
|
|
|
teringat zmn2 PMR dlu |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dapat buat yg terbaik
Salah seorang calonnya ank sulung aku |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat menduduki peperiksaan PT3.. |
|
|
|
|
|
|
|
Trima kasih pada semua yg wish...ank pon ada amek pt3... |
|
|
|
|
|
|
|
bertenang dan jwb la soalan dgn penuh gaya |
|
|
|
|
|
|
| |
|