Apakan daya, Kamal Adli terpaksa melupakan hasratnya untuk bergandingan buat kali ketiga dengan Emma Maembong selepas tempatnya ‘dicaras’ Keith Foo dalam drama Jangan Padam Rindu.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201710/07/130934njg0bj3wx4mwvjbw.png) Foto: IG Kamal Adli
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201710/07/130945s5lbu55458t5aju5.png) Foto: IG Keith Foo
Memetik BH Online, watak utama lelaki bagi drama terbitan Suhan Movies itu pada mulanya dihulurkan kepada Kamal, namun terpaksa diserahkan kepada aktor lain atas salah faham yang timbul.
Kecewa betul Kamal bila dah jadi macam ni. Namun, apakan daya, terpaksa jugalah dia akur, kan?
"Ia bermula dengan masalah susunan jadual hingga berlaku salah faham dengan pihak produksi Suhan. Ketika mendapat tawaran terbabit, pada masa sama saya juga menerima undangan berlakon filem aksi.
"Saya ada memohon budi bicara produksi Suhan supaya menyusun semula jadual penggambaran kerana filem berkenaan awalnya dijangka dimulakan rakamannya pada pertengahan bulan ini.
"Begitupun, tidak mengapa jika permintaan itu tak dapat dipenuhi kerana memang keutamaan saya adalah lebih kepada drama terbabit. Bagaimanapun, permintaan saya tidak dipenuhi dan akhirnya nama saya digugurkan," katanya.
Dah tak ada rezeki Kamal, nak buat macam mana, kan? Tapi anda jangan salah sangka dan kecam aktor itu bersikap tamak pula.
“Nak dijadikan cerita, penggambaran filem pula dianjak ke hujung Oktober.
"Apa yang berlaku itu hanyalah salah faham. Apabila sudah jadi begini, saya anggap ia bukan rezeki.
"Saya memang tertunggu-tunggu untuk berlakon dengan Emma. Tapi apakan daya,” katanya.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201710/07/130931xd9d7rwfr7jmd9a8.png) Foto: IG Emma Maembong
Sabar sajalah ya, Kamal. - CARI |