Kebelakangan ini, semakin meletup nama beberapa aktivis yang giat membantu dan memperjuangkan nasib rakyat.
Antaranya adalah Yusuf Azmi, Lando Zawawi dan juga Uncle Kuan Chee Heng. Cerita mengenai perjuangan ketiga-tiga nama besar ini sering terpampang di media sosial dan dada akhbar tempatan.
Yusuf Azmi
Untuk info, Yusuf Azmi merupakan pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang menjadi watak utama PPIM dalam menjaga, membela hak dan mengembalikan maruah para pengguna seluruh Malaysia.
Lando Zawawi
Lando Zawawi atau nama sebenarnya, Azlan Sani Zawawi pula merupakan aktivis jalan raya kerana sering melakukan kerja-kerja amal menurap jalan berlubang. Malah modal menurap jalan juga adalah menggunakan duit poketnya sendiri tanpa bantuan mana-mana pihak.
Kegiatannya mula disedari oleh orang ramai yang kini mengikut jejak langkah Lando dengan mewujudkan satu kumpulan yang bernama 'IKATAN SIRATURRAHIM BROTHERHOOD'.
Kuan Chee Heng
Ahli perniagaan, Kuan Chee Heng digelar sebagai 'Hero Malaya' di kalangan netizen selepas membantu ibu lapan anak dan melakukan banyak aktiviti kebajikan masyarakat.
Tidak diketahui siapakah yang mengedit gambar ketiga-tiga aktivis di bawah ini, namun gambar ini telah mendapat 30 ribu like dan lebih 3 ribu perkongsian sejak dimuat naik di Facebook Siakap Keli Press, semalam.
Menariknya, rata-rata netizen memberi sokongan penuh seandainya ketiga-tiga aktivis ini menjadi calon menteri seperti yang tertera di dalam gambar.
Tak kurang juga yang berjenaka dengan mencalonkan Dato Boy Iman sebagai Menteri Perumahan.
Apa pula pandangan anda? - CARI
|