CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fleurzsa

Zaman Kolonial / Penjajahan British (merged: Chole)

[Copy link]
Post time 17-6-2004 05:01 AM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 24-5-2004 05:33 PM:
Semasa pemerintahan kolonial , raja2 melayu telah dipaksa mengikut nasihat para pegawai British dalam semua urusan pentadbiran, kecuali perkara2 berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melay ...


kedudukan istimewaan melayu sekarang ini beransur-ansur dihilangkan oleh kerajaan  sekarang:cry::cry:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2005 02:05 PM | Show all posts
Contoh yg paling ketara ialah penggunaan undang-undang common law British. Kan ?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

chole This user has been deleted
Post time 29-9-2005 11:19 PM | Show all posts

Zaman Penjajahan British di Tahan Melayu

Bagaimana British mula campur tangan dan penentangan yang dihadapi oleh British daripada penduduk-penduduk/tokoh-tokoh tempatan??

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2005 08:22 AM | Show all posts
dedulu, british tak ambil port nyer, dorang nak buat business jer, dua dua pihak untung.

Pas tu melayu nie tak boleh hidup aman, asyik nak gaduh gaduh jer, dari taraf hamba sampai taraf raja bergaduh sesama sendiri. British fed up dia terus jajah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2005 10:25 AM | Show all posts
British  mula  mencari  tapak sesuai  utk pengkalan mereka  utk  meluaskan perniagaan ke  China &  India....
tanah  melayu  tempat paling  sesuai..  tambahan pula  ketika berlakunya  Perang Napoleon di  Eropah..  Belanda menyerah  sumer  jajahannya kepada British wat  sementara waktu  ini  termasuk Betawi  dan Bangkaulu
ini
menyebabkan British mula  mencari  tapak  sesuai  ....   iaitu  Pulau  Pinang...
Apabila mendapati  negeri tak  aman ...   ketika Kedah  menghadapi ancaman daripada Siam...
British  mula mencari  helah  untuk mendapatkan   Pulau Pinang...
Dengan  ini  maka  bermulanya penjajahan british  ke atas Tanah  Melayu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2005 08:02 PM | Show all posts
betul tu..selain tu gak,geng2 kongsi gelap kat perak gee hin ngan hai san duk gaduh gugat ekonomi british

faktor UTAMA ialah - hasil bumi negara kita je dia nak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2005 08:29 PM | Show all posts
penentangan yg berlaku plak ... tak sekata dan tak menyeluruh (tak cam indonesia)

then sultan pong tak berapa nak sokong

jadi takde satu pong penentangan yg betol betol berjaya mengusir british nieh

cuma bile dah mentaliti owang melayu tinggi skett baru laa pandai pakai mata pen ntuk lawan british

start dari situh laa baru laa owang melayu sedar pen sebenarnyerh lebih efektif

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2005 10:22 PM | Show all posts
Untuk melihat faktor/sebab dan cara British campurtangan/menjajah/meluaskan kuasa imperialismenya di Tanah Melayu, kita perlu melihat latar belakang SHTI (Syarikat Hindia Timur British) yang mewakili kerajaan British di Timur dalam menjalankan dasar imperialisme British di Timur.

British muncul sebagai sebuah negara mekantile pada permulaan abad ke-17. Hakikat ini jelas kelihatan apabila kerajaan Inggeris menghantar ekspedisi-ekspedisi ke Timur pada akhir abad ke-16 dan pada awal abad ke-17.Pada tahun 1600, SHTI ditubuhkan untuk berniaga di Timur. Syarikat ini telah menghantar ekspedisi-ekspedisi ke Timur di bawah pimpinan James Lancaster (1602), Henry Middleton (1605) dan David Middleton (1610) dan mendirikan loji-loji perdagangan di Bantam, Maluku, Sulawesi, Borneo, Siam, Kepulauan Banda, Sumatera dan Jawa. Penubuhan-penubuhan loji ini menimbulkan persaingan antara British dengan Belanda. Persaingan ini bertambah buruk dan memuncak apabila berlakunya peristiwa “Pembunuhan Beramai-ramai di Pulau Ambon” pada 23 Februsri 1623 dimana orang Belanda menyerang pangkalan Ambon secara mengejut dan membunuh beberapa orang Inggeris di situ. Peristiwa ini menyebabkan SHTI menutup loji-loji mereka di Hindia Timur dna berundur ke India. Hanya Bangkahulu dikekalkan sebagai ibu pejabat SHTI.

Menjelang pertengahan abad ke-18, SHTI kembali semula ke Hindia Timur kerana ia memerlukan sebuah pelabuhan serta pusat perdagangan terutamanya di sepanjang Selat Melaka untuk menjalankan perdagangan dengan negara China.Pada tahun 1751, kerajaan China membenarkan SHTI berdagang di pelabuhan Canton. Akibat tindakan ini, perdagangan the di antara British dengan China semakin bertambah. Langkah British (1784) untuk mengurangkan cukai import ke atas teh dari kadar 100% ke 12

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2005 10:27 PM | Show all posts
Sehingga bulan September 1873, Kerajaan British pada keseluruhannya mengamalkan dasar tidak campur tangan dalam hal-ehwal Negeri-negeri Melayu. Pertambahan dalam tanah jajahan British adalah dilarang sama sekali. Segala percubaan untuk mengadakan perjanjian-perjanjian politik telah dikecam oleh Kerajaan British di India. British khuatir bahawa perikatan-perikatan akan mengakibatkan penglibatan dalam perang-perang tempatan (terutamanya dengan Siam) yang akan menelan perbelanjaan besar. Siam dalam abad kesembilan belas ingin menegakkan semula kuasanya ke atas Negeri-negeri Melayu. British ingin mengekalkan persahabatan dengan Siam memandangkan SHTI mempunyai perdagangan yang semakin maju dengan Siam. Sebab lagi dasar tidak campur tangan tersebut ialah kepentingan-kepentingan British di Semenanjung Tanah Melayu adalah bersifat perniagaan. Negeri-negeri Selat tidaklah dianggap sebagai batu loncatan bagi penubuhan satu Empayar British di Semenajung Tanag Melayu tetapi hanya sebagai pusat-pusat perdagangan. Namun demikian, terdapat beberapa peristiwa di mana British telah campur tangan dalam hal-ehwal Negeri-negeri Melayu sama ada untuk melindungi kepentingan-kepentingan mereka atau kerana menepati ikatan-ikatan perjanjian.

bersambung.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2005 10:36 PM | Show all posts
1- Penawanan Kedah oleh Siam 1821 - Pada tahun 1821 Siam menawan Kedah. Sultan Kedah (Ahmad Tajuddin) memohon bantuan tentera British di Pulau Pinang untuk mendapatkan semula takhta kerajaannya. British enggan memberi bantuan tentera kepada Sultan Ahmad Tajuddin. British hanya memberi perlindungan politik dan rela membantu baginda melalui cara perundingan dengan Siam.

2-Persetiaan Low 1826- Kapten James Low menandatangani satu persetiaan dengan Sultan Perak pada 18 Oktober 1826. Antara lain, SHTI bersetuju memberi perlindungan kepada Perak sekiranya diancam oleh Siam, Selangor atau Negeri-negeri Melayu yang lain. Kapten Low seterusnya memusnahkan pusat lanun di Sungai Kurau dan menawan Nakhoda Udin yang merupakan ejen Siam. Tindakan-tindakan Kapten Low tersebut dikecam oleh Kerajaan British di India. Beliau tidak dibenarkan menjalankan pekerjaan politik untuk sementara waktu.

3-Penentuan sempadan antara Melaka dan Johol - Semasa penentuan sempadan antara Melaka dan Johol pada tahun 1833, Gabenor Ibbetson tidak membuat tuntutan ke atas sebuah kawasan yang kaya dengan bijih timah dan emas. Kawasan tersebut tidak pula dituntut oleh Penghulu Johol. Gabenor Ibbetson dengan kelulusan Kerajaan India menjadikannya sebagai sebahagian dari Daerah Johol.

4- Perang Linggi 1833 - Perang Linggi meletus pada tahun 1833 apabila Saiyid Shaaban (Yamtuan Muda Rembau) ingin menawan Encik Katas (Pembesar Linggi) yang menguasai beberapa lombong bijih timah. Perang tersebut mengancam perdagangan saudagar-saudagar Cina Melaka. Mereka juga mengadu bahawa Saiyid Shaaban mengenakan cukai yang tinggi ke atas bijih timah yang dibawa melalui Sungai Linggi. Gabenor Ibbetson enggan camour tangan dan tindakan beliau ini disokong oleh Kerajaan India.

5- Perebutan kuasa di Perak 1853 - Pada tahun 1853 Sultan Perak digulingkan oleh musuhnya. Kedua-duanya meminta bantuan British. Kerajaan British di India mengarahkan Gabenor Butterworth supaya jangan memberi sebarang bantuan. Beliau hanya dibenarkan menjadi pengantara.

6- Permintaan Raja Yusof 1869 - Pada tahun 1869, Raja Yusof dari Perak meminta bantuan British bagi mendapatkan takhta kerajaan tetapi permintaan Raja Yusof ditolak.

bersambung....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2005 10:40 PM | Show all posts
7- Pertikaian antara Tengku Ali dan Temenggung Ibrahim

Sebelum pembukaan Singapura oleh Stamford Raffles pada tahun 1819, Temenggung Abdul Rahman mentadbirkan Singapura dan Johor bagi pihak Sultan Johor yang menetap di Riau. Sultan Johor ketika itu ialah Abdul Rahman yang di bawah pengaruh Belanda. Beliau merupakan adik kepada Tengku Hussein yang sepatutnya ditabalkan sebagai Sultan Johor. Raffles membawa Tengku Hussein ke Singapura dan mengiktiraf beliau sebagai sultan.

Perjanjian-perjanjian tahun 1819 dan 1824 yang menyerahkan Singapura kepada British telah ditandatangani bersama oleh Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman. Kuasa sebenar di Johor berada di tangan Temenggung Abdul Rahman. Sultan Hussein merupakan pemerintah Johor pada teori sahaja. Beliau tidak diiktiraf sebagai Sultan Johor oleh Negeri-negeri Melayu yang lain.

Pada pertengahan abad ke-19, satu pertikaian atas hasil negeri Johor meletus antara Ali (anak Sultan Hussein) dan Temenggung Ibrahim (anak Temenggung Abdul Rahman). Pada tahun 1847 Ali telah menuntut pengakuan sebagai Sultan Johor daripada Kerajaan British di India. Tuntutan beliau ditolak apabila ianya tidak disokong oleh Gabenor Butterworth. Namun demikian melalui satu perjanjian pada tahun 1855, Kerajaan British membenarkan Ali menggunakan gelaran Sultan. Beliau diberi pencen sebanyak $500 sebulan dan kuasa mentadbirkan daerah Muar di Johor.

Perjanjian tahun 1855 tersebut mengesahkan hak Temenggung Ibrahim dan waris-warisnya memerintah negeri Johor kecuali daerah Muar. Temenggung Ibrahim meninggal dunia pada tahun 1862 dan digantikan oelh anaknya, Temenggung Abu Bakar. Dengan kebenaran British, beliau menggunakan gelaran Maharaja.

Semasa kematian Sultan Ali pada tahun 1877, British telah membenarkan Maharaja Abu Bakar menguasai daerah Muar. Jumlah pencen bagi anaknya telah ditambahkan kepada $1250 sebulan. Gelaran Sultan ditarik balik dan beliau dikenali sebagai “Tunku" Pada tahun 1855 Kerajaan British mengiktiraf Maharaja Abu Bakar sebagai Sultan Johor.

8- Perang Naning 1831-1832 - Lewis (penguasa Tanah di Melaka) dan Gabenor Fullerton berpendapat bahawa penduduk Naning perlu membayar satu persepuluh daripada hasil mereka kepada pentadbiran Melaka. Mereka juga bercadang untuk melantik pembesar-pembesar Naning sebagai pengutip cukai atau membayar mereka pencen melalui cara pampasan. Cadangan-cadangan tersebut ditentang oleh Dol Said, Penghulu Naning. Perang Naning meletus apabila British menghantar sebuah pasukan tentera untuk memaksa Dol Said menerima cadangan-cadangan British. British memenangi Perang Naning yang melibatkan 1400 orang tentera dan perbelanjaan sebanyak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2005 10:42 PM | Show all posts
Sebelum tahun 1874, British mengamalkan dasar tidak campur tangan di Negeri-negeri Melayu. Pegawai-pegawai British diarahkan supaya hanya menumpukan perhatian di Negeri-negeri Selat. Tujuannya ialah untuk mengelakkan permusuhan dengan Siam kerana Negeri-negeri Melayu, khususnya Negeri-negeri Melayu Utara yang diakui sebagai negeri-negeri naungan Siam. Selain itu, pengalaman British akan penglibatan mereka dalam Perang Naning (1831-1832) di mana British mengalami kerugian 100 ribu ringgit telah menyedarkan mereka supaya tidak campur tangan dalam negeri-negeri Melayu. Walau bagaimanapun, sebelum 1874, terdapat beberapa peristiwa penglibatan British dalam hal-ehwal negeri Melayu seperti Perjanjian Burney, pembedilan kubu di Terengganu dan Kuala Selangor dan sebagainya. Penglibatan tersebut dianggap sebagai campur tangan tidfak langsung dan tidak mempunyai tujuan penjajahan. Akibat dari beberapa faktor, pada tahun 1874, British telah mengubah polisinya terhadap negeri-negeri Melayu dari dasat tidak campur tangan kepada dasar campur tangan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2005 10:45 PM | Show all posts
Faktor ekonomi merupakan faktor tepenting British campurtangan di Tanah Melayu iaitu  keperluan bahan mentah dan pasaran baru serta  kepentingan pelaburan British.

Akibat perkembangan Revolusi Perusahaan, British memerlukan tanah jajahan untuk mendapatkan bahan serta pasaran barang-barang industri mereka. Perkembangan industri mengetin terutamanya selepas terciptanya teknologi mengetin oleh Peter Durar & Nicholas Appot pada tahun 1810 telah menyebabkan permintaan bijih timah meningkat. Akibat permintaan yang tinggi, harga bijih timah meningkat kepada 7 paun 12 sherling 9 penn bagi 1 tan pada tahun 1872. Negeri-negeri Melayu terutamanya Perak, Selangor dan Sungai Ujong memang diketahui oleh British kaya dengan bijih timah. British menganggap penguasaan ke atas negeri-negeri tersebut akan menguntungkan British kerana mereka akan mendapat bijih timah negeri-negeri berkenaan. Campur tangan British kerana faktor ekonomi terbukti kerana British memulakan campur tangannya di negeri-negeri yang kaya dengan bijih timah seperti Perak, Selangor dan Sungai Ujong.

Walaupun sebelum tahun 1874, British mengamalkan polisi tidak campur tangan di Negeri-negeri Melayu, tetapi sudah terdapat ramai pedagang British yang terlibat dalam kegiatan ekonomi di Negeri-negeri Melayu. Kebanyakan dari mereka melabur secara langsung dalam lombong bijih timah di Larut, Kelang, Kuala Lumpur, Sungai Ujong, Kuantan dan sebagainya. Malah, terdapat beberapa syarikat British yang telah mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk mendapatkan konsesi (pajakan) perlombongan di negeri-negeri Melayu. Sebagai contoh, Syarikat Patterson & Simons pada tahun 1861 mengeluarkan 33 ribu ringgit untuk mendapatkan konsesi perdagangan di Kuantan dan Syarikat Bijih Timah Sungai Ujong telah membayar kepada Dato’ Kelana sebanyak $30 ribu untuk mendapatkan konsesi perlombongan di Sungai Ujong manakala W. Mansfield & Rakan-rakan mempunyai kepentingan perkapalan di Singapura, khususnya untuk mengangkut bijih timah ke Eropah. Pada tahun 1870-an, dianggarkan perdagangan bernilai $2.5 juta setahun yang dijalankan oleh pedagang-pedagang British dan orang-orang Cina di negeri-negeri Melayu dibiayai oleh modal Eropah. Walau bagaimanapun, perdagangan dan pelaburan mereka di negeri-negeri Melayu terganggu akibat kekacauan yang berlaku seperti perebutan takhta, pergaduhan antara kongsi gelap Cina, pembesar-pembesar dan sebagainya. Pedagang-pedagang Eropah dan Cina telah mendesak Kerajaan British supaya campur tangan di negeri-negeri Melayu bagi melindungi pelaburan dan perdagangan mereka. Sebagai contoh, pada Mac 1873, seramai 248 orang pedagang Cina telah menandatangani surat rayuan mendesak British campur tangan di Negeri-negeri Melayu. Bagi menamatkan kekacauan-kekacauan supaya kegiatan perdagangan mereka dapat dijalankan tanpa gangguan, surat tersebut telah diterima oleh Lord Kimberley, Setiausaha Jabatan Pejabat Tanah Jajahan pada 31 Ogos 1873. Pada September 1873, Lord Kimberley telah mengarahkan Andrew Clarke supaya mengkaji dan melaporkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi melindungi pelaburan dan perdagangan di Negeri-negeri Melayu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2005 10:47 PM | Show all posts
Kebimbangan terhadap bertapaknya kuasa-kuasa asing di negeri-negeri Melayu menjadi faktor yang mempercepat campur tangan British. Pada pertengahan abad ke-19, terutamanya pada tahun 1870-an merupakan zaman imperialisme di mana kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan bagi kepentingan bahan mentah dan pasaran. Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 telah memendekkan perjalanan laut dari Eropah ke Asia. Keadaan ini telah menarik minat kuasa-kuasa Barat untuk mengembangkan pengaruh mereka ke Asia. Pada tahun 1870-an, kebanyakan negeri di Asia Tenggara telah dijajah oleh kuasa-kuasa Barat, contohnya British di Burma, Perancis di Indo-China, Sepanyol di Filipina dan Belanda di Indonesia. Hanya Siam dan negeri-negeri Melayu yang masih belum dijajah oleh kuasa-kuasa Barat. British tidak dapat menjajah Siam kerana tindakan tersebut akan mendapat tentangan kuasa-kuasa lain yang juga mempunyai kepentingan di Siam. British sedar bahawa jika mereka tidak menjajah negeri-negeri Melayu, kuasa-kuasa asing akan menjajahnya. Kuasa-kuasa lain mungkin akan menjadikan kekacauan-kekacauan sebagai alasan untuk campur tangan. Kuasa asing yang paling dibimbangi oleh British ialah Jerman yang telah muncul sebagai kuasa yang kuat selepas penyatuan Jerman oleh Bismarck pada tahun 1871. Kejayaan Jerman mengalahkan Perancis pada tahun 1871 telah menyebabkan Jerman muncul sebagai kuasa yang kuat di Eropah.

Pada tahun 1870-an, Jerman berusaha untuk mendapatkan tanah jajahan di Asia dan Afrika supaya dianggap setanding dengan kuasa-kuasa lain. Minat Jerman terhadap negeri-negeri Melayu terbukti apabila terdapat pedagang-pedagang Jerman di Singapura pada tahun 1870-an. Kebimbangan British terhadap tapaknya kuasa asing di negeri-negeri Melayu bertambah selepas Lord Kimberley menerima sepucuk surat dari Saymore Clark, iaitu pengarah Syarikat Bijih Timah Selangor pada 18 Julai 1873. Dalam surat tersebut, Saymore Clark menegaskan Tengku Kudin sebagai wizurai Selangor telah memohon bantuan British bagi menamatkan Perang Kelang. Tengku Kudin telah mengugut sekiranya British enggan membantunya, beliau akan dapat bantuan daripada kuasa-kuasa lain, terutamanya Jerman. Kebimbangan British terhadap kuasa lain terbukti dari laporan Lord Kimberley pada 22 Julai 1873 yang menegaskan British tidak sanggup melihat kuasa-kuasa lain bertapak di mana-mana negeri Melayu kerana ia akan menjejaskan kepentingan British. Kebimbangan terhadap campur tangan asing telah mempercepat campur tangan British di negeri-negeri Melayu. Sekiranya kuasa-kuasa asing bertapak di negeri Melayu, bukan sahaja jalan perdagangan ke China terancam tetapi kedudukan British di Negeri-negeri Selat dan kepentingan ekonomi dan politik British di negeri-negeri Melayu akan terancam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2005 10:48 PM | Show all posts
Pada 1860-an dan 1870-an, berlakunya kekacauan di negeri-negeri Melayu akibat daripada perebutan takhta, pergaduhan pembesar, pergaduhan pelombong-pelombong, pelanunan dan sebagainya. Antara kekacauan-kekacauan tersebut ialah Perang Kelang (1867-1873), Perang Larut (1861-1863), Perang Saudara Pahang (1857-1863). Kekacauan-kekacauan yang berlaku di negeri-negeri Melayu, terutamanya antara pelombong Cina telah menjejaskan Negeri-negeri Selat kerana kekacauan-kekacauan tersebut berlarutan ke Negeri-negeri Selat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2005 10:50 PM | Show all posts
Ini juga merupakan antara faktor penting yg mengubah dasar British di TM iaitu  perubahan pegawai.Sebelum tahun 1870, pegawai-pegawai di Pejabat Tanah Jajahan dan kerajaan liberal di bawah Glodstone bersikap anti-imperialisme. Mereka menganggap campur tangan British di Negeri-negeri Melayu akan membebankan mereka dari segi kewangan. Mereka tidak bersimpati dengan rayuan pedagang-pedagang dan pegawai-pegawai Negeri-negeri Selat supaya British campur tangan di Negeri-negeri Melayu. Sejak tahun 1870, berlaku perubahan pegawai-pegawai di Pejabat Tanah Jajahan dan Kabinet British yang membawa kepada sentimen imperialisme. Golongan ini mahukan British campur tangan untuk melindungi kepentingan British. Pada tahun 1870, Lord Kimberley dilantik sebagai Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan. Pada tahun 1871, Edward Knatchbull Hugessen telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen dan Robert Herbert sebagai Setiausaha Rendah Tetap Pejabat Tanah Jajahan. Sekiranya kepentingan-kepentingan British terjejas maka mereka perlu campur tangan. Malah campur tangan setelah Lord Kimberley mengarahkan Andrew Clarke untuk mengkaji langkah-langkah yang boleh diambil bagi melindungi pelaburan di Negeri-negeri Melayu. Pada tahun 1873, Parti Konservatif di bawah Disraeli yang menganut fahaman imperialisme telah mempengaruhi politik England. Kejayaan konservatif menguasai kerajaan pada Januari 1874 telah membawa kepada campur tangan British di Negeri-negeri Melayu. Selain itu, pada tahun 1870-an juga berlaku perubahan pegawai-pegawai Negeri-negeri Selat. Pegawai-pegawai tersebut juga menganut fahaman imperialisme seperti Andrew Clarke, Frank Swettenham, Kapten Speedy dan Kapten Tathan.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2005 01:00 PM | Show all posts

Buku-Buku Berkaitan

Kalau adik2 nak baca kehidupan seharian masa penjajahan ni boleh rujuk 'Tales of The South China Sea" by Charles Allen. "Murder dan Betrayal in British Malaya' by Eric Lawlor. 'In The Midday Sun' by Margaret Shennan. Syok baca utk tambah pengetahuan. Walaupun ahkak tak le berapa pandai sangat bahasa Inggeris tapi bahasanya mudah jugak utk ahkak fahami.. Selamat membaca.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2005 01:26 PM | Show all posts
Warisan Penjajah
Mengkambinghitamkan, balikan fakta mengumpatnya dengan segala cara
Tiada sikap ksatria menuntaskan masalah secara terbuka
Selalu kata memainkan pola, kaburkan nilai kebenaran nyata
Wajarlah bangsa bekas terjajah dan masih terjajah rakyatnya, keberanian dan kejujuranya

Tanah airku diwarisi niat-niat busuk
Kami hidup ditanah yang berbekas, segalanya kami warisi
Kami telah terjajah 3 abad lebih oleh bangsa lain
Kami juga terjajah setelah merdeka oleh dua orang diktator anak negeri, sampai kini

Ditanah ini sampailah kami diera krisis ini
Dan masih terlihat juga dalam tindak mewarisi orang yang haus kuasa
Seperti penjajah negeri ini berabad-abad yang lalu
Adudomba mengadu bangsa sendiri berhadapan membuat konflik terkotak-kotak
Siap tumpahkan darah dalam kebenaran yang ragu

Ingatlah kau orang-orang yang dulu adalah bekas dari tirani orde yang lalu
Dan ingatlah kau juga hidup di bekas tanah yang terjajah dari mantan dua diktator yang kotor
Tanahairku penuh bekas yang menyampahi kotornya niat busuk tiada mau pergi
Sampai-sampai oarng bekas tirai dari tirani kekuasan berkeliaran bebas mengumbar kata yang begitu menggoda dan tanya untuk sekedar tampilkan muka manis
Ambillah tanah yang berbekas ini, orang yang penuh bekas

JKT 26 OKT 1998

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2005 01:27 PM | Show all posts
Tragedi pemikiran Melayu
Oleh: PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ
KALAU ditanya tentang minda orang Melayu kepada saya, saya rasa Melayu tidak sanggup berubah. Perspektif mereka terhad, tidak suka menyiasat dan mereka tidak mahu berfikir dengan mendalam.

Kalau kita tengok orang Melayu dalam cerita hikayat, Hikayat Raja-Raja Pasai misalnya, ia cukup menarik. Kita dapat menggambarkan bagaimana ekonominya dan strategi orang Melayu memerintah untuk berdepan dengan Majapahit.

Berdasarkan hikayat itu dan tradisi pantun Melayu, kita dapati orang Melayu ini mempunyai minda yang canggih. Tetapi yang jadi tragedi ialah orang Melayu tidak nampak ini semua kerana tiga pengaruh besar.

Pertama, dalam tahun 1920-an dan 1930-an, pihak penjajah British menolak apa yang datang daripada Melayu, termasuk pantun, sebagai folk art, menjadikan apa yang dihasilkan oleh Melayu sebagai second class.

Ketika itu, Melayu yang berharap untuk naik pangkat dan dapat kerja dengan kerajaan penjajah terpaksa ikut teori penjajah Inggeris. Ini semua membawa orang Melayu kepada perspektif jati diri yang salah.

Itu pengaruh penjajah.

Pada zaman ini, saya melihat sungguhpun banyak pemimpin Melayu bercakap tentang sains dan teknologi, orang Melayu pada umumnya tidak dapat menangkap pandangan itu.

Di Eropah, sejak zaman renaissance, mereka telah mempelajari kemajuan sains dengan pendekatan yang berbeza dengan Islam. Mereka sentiasa bertanya.

Malangnya, di Malaysia, dari bangku sekolah kita tidak galakkan budak-budak bertanya. Sampailah mereka di universiti, kita tidak galakkan mereka bertanya: Kenapa?

Di negara kita, pelajar tidak berani bertanya dan guru-guru pula tidak tahu menjawab. Budaya ini menunjukkan tidak wujudnya inquiry mind dalam masyarakat Melayu. Kita tidak ada sikap saintifik.

Sikap negatif inilah yang menyebabkan berleluasanya cerita orang kena tipu dengan bomoh. Yang saya hairan, graduan-graduan universiti pun kena tipu dengan bomoh.

Kalau pada kurun ke-18, terutama di England, orang selalu bertanya: Kalau betul ada hantu, mana hantu? Kita hendak pergi ke tempat hantu, kita nak pergi tengok hantu untuk lihat apa manifestasi hantu.

Pendekatan berani bertanya ini adalah sikap masyarakat dan tamadun yang berasaskan sains. Malangnya, kita tidak sedia dan berani bertanya, yang akhirnya menyebabkan kita tidak berani menghadapi cabaran.

Pemikiran Melayu ini sebahagiannya adalah sisa-sisa pengaruh penjajahan British. Ini bukan rahsia lagi.

Kita boleh membaca dokumen-dokumen itu di London. Menurut para pegawai Inggeris, orang Melayu ini kalau diberi terlalu banyak pendidikan dan kalau diajar ilmu sains, kelak mereka akan jadi seperti orang India di India. Mereka akan berdemonstrasi dan hendakkan kebebasan.

Jadi ajarlah dia cerita Pak Pandir sahaja, itu sikit, ini sikit. Orang Melayu tidak suka sains, dia suka agama, jadi ajarlah tentang agama. Dia suka dengan raja dia, ajar Melayu buat bakul.

Akibat dasar itu, tidak ada trouble makers. Trouble makers Melayu hanya timbul selepas Perang Dunia Kedua setelah kemasukan Jepun.

Telah ada banyak buku yang membincangkan tentang subjek bagaimana British berjaya mengamalkan dasar yang mengongkong minda Melayu.

Itu semasa penjajahan. Selepas kita merdeka, minda orang Melayu masih terkongkong kerana semua orang Melayu kemudiannya gila hendak kuasa dan hendak jadi kaya.

Ini adalah teori saya mengapa minda Melayu tidak berubah. Saya bertanggungjawab tentang pandangan ini.

Selepas merdeka, sesetengah orang Melayu yang ada kuasa, dia rasa dia boleh memerintah Malaysia sama bagus macam penjajah British.

Minda Melayu ini sentiasa ada sesuatu yang membendung dan mempengaruhi - daripada kesan-kesan kolonialisasi pada tahun-tahun 1930-an, pengaruh Indonesia yang tidak sesuai di sini pada tahun 1940-an dan 1950-an, kesan media massa, dan kemudiannya budaya wang dalam masyarakat Melayu pada dekad-dekad terakhir ini.

Sekarang ini semua orang Melayu hendak kaya.

Sebagai seorang pendidik universiti, saya percaya (tetapi saya tidak ada buktinya) kalau orang mendapat pendidikan, mereka akan lebih bebas dan berubah.

Contohnya pada akhir tahun 1970-an. Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Malaysia ketika itu dapat menarik banyak modal asing untuk membuka kilang mikrocip.

Kita dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada beratus-ratus ribu orang terutamanya untuk wanita.

Wanita Melayu yang bekerja kilang ketika itu akhbar-akhbar gelar mereka ini sebagai minah karan. Orang Melayu hina wanita Melayu yang bekerja kilang.

Kenapa budak-budak perempuan Melayu ini mahu tinggalkan rumah di Kelantan, tinggalkan kampung di Johor untuk pergi bekerja kilang di Pulau Pinang, Selangor dan Melaka?

Mereka sanggup kerana mereka telah belajar sampai ke peringkat sekolah menengah. Jadi program kerajaan membuka sekolah-sekolah menengah pada tahun 1960-an dan 1970-an, walaupun tidak ada rancangan khusus, ia telah membebaskan pemikiran budak-budak perempuan Melayu.

Waktu itu terdapat beribu-ribu remaja wanita Melayu pergi bekerja di kilang-kilang. Dalam penyelidikan saya pada tahun 1970-an, dalam soal selidik saya bertanya mereka, bila hendak kahwin?

Di kampung, dulunya mereka ini berumah tangga pada usia muda. Umur 18 dan 19 tahun sudah kahwin atau dikahwinkan, tetapi akhirnya bercerai juga.

Oleh kerana pendidikan dan faktor pendedahan kepada karier baru, wanita Melayu itu sudah ada idea tidak mahu kahwin cepat-cepat. Mereka hendak bekerja terlebih dahulu dan menyimpan duit.

Kita tanya lagi, kalau sudah kahwin hendak anak cepat atau lambat? Mereka kata lambat. Mereka hendak tangguh dapat anak sebab mereka hendak enjoy hidup berkahwin dan mewujudkan rumah tangga yang lengkap terlebih dahulu. Kata mereka, kalau dapat anak susahlah.

Dalam sekelip mata, wanita Melayu berubah sikap. Ini semua tidak diprogramkan oleh kerajaan. Ia jadi begitu sahaja.

Tetapi masyarakat Melayu tidak faham keuntungan perubahan minda wanita ini terutama di kalangan kumpulan berfikiran konservatif.

Hari ini di Malaysia, trend semasa ialah wanita menguasai 65 peratus tempat belajar di universiti-universiti. Dalam sektor kerajaan, banyak wanita yang memegang jawatan tinggi.

Trend ini pasti mengubah masyarakat Melayu secara pesat, sebagaimana ia mengubah pemikiran wanita Melayu pada tahun 1970-an.

Ini semua adalah hasil daripada perubahan sikap yang tidak dirancang tapi terjadi.

Perubahan minda itu berlaku secara tidak sengaja. Kadang-kadang kalau nasib kita baik, hasil perubahan yang tidak dirancang itu juga progresif seperti dalam kes perubahan minda wanita Melayu.

Bagaimanapun, kadang-kadang perubahan yang dirancang tidak terjadi kerana orang yang hendak melaksanakannya pun tidak jujur selain terdapat pengaruh lain yang menghalang seperti pengaruh politik tempatan, politik antarabangsa, Indonesia, peranan orang agama yang menimbulkan nilai-nilai sama ada seseorang dapat pergi syurga atau tidak.

Minda Melayu tidak dapat memikul ini semua. Kerana ada sesuatu dalam budaya mereka yang masih tidak diubah, mereka sanggup duduk di kedai kopi main dam. Contohnya orang lelaki di Kelantan dan Terengganu. Kalau mereka tidak main dam, mereka akan bincang untuk gasak kerajaan. Semua salah, dia sahaja yang betul.

Titik perubahan kepada minda Melayu ialah tragedi 13 Mei 1969, tetapi peristiwa tersebut dan dasar-dasar ekonomi, pendidikan dan politik selepas itu tidak sepenuhnya menukar sikap orang Melayu.

Ada beberapa faktor lain yang menghalang iaitu pengaruh Barat, peranan media massa, politik serta agama.

Kita memang berubah sedikit dari segi lahiriah tetapi saya tidak fikir orang Melayu kini berada pada kedudukan yang lebih baik.

Kita sudah terjangkit apa yang bekas Perdana Menteri British, Margaret Thatcher hendak dulu, dan fahaman ini cukup besar sama ada di kalangan pemimpin Melayu dalam UMNO mahupun Pas, dan juga di kalangan para pegawai kerajaan.

Kita hendak menjadi apa yang Thatcher kata a nation of shopkeepers. Kita tidak mahu kata shopkeepers, kita gunakan istilah usahawan.

Orang berfikir kalau sebahagian besar orang Melayu jadi usahawan, maka ekonomi orang Melayu akan naik. Ini saya rasa salah. Pendekatan untuk membangunkan orang Melayu dengan wang ringgit dan kebendaan ini tidak betul. Tesisnya silap.

Tetapi itulah minda Melayu sekarang.

Akhirnya saya lihat orang Melayu kini sudah kurang komitmen terhadap bangsanya sendiri. Sudah tidak ada kesedaran bahawa aku orang Melayu, aku mesti berkhidmat kepada orang Melayu, untuk membangunkan orang Melayu.

* PROFESOR Diraja Ungku Aziz adalah bekas Naib Canselor Universiti Malaya. Beliau terlibat aktif dalam isu-isu pembangunan masyarakat Melayu sejak zaman sebelum merdeka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2005 01:28 PM | Show all posts
[color=MaroonOrang Melayu Terus Dipinggirkan

Jika di zaman penjajah, orang Melayu dianggap rakyat kelas tiga selepas kaum penjajah Inggeris dan kaum Cina. Penjajah merancang supaya orang Melayu disisihkan ke ulu-ulu dan pendalaman di pinggir hutan simpan. Orang Melayu diagih perkampungan khas disebut Tanah Simpanan Melayu (TSM).

Tak apa juga. Hiduplah mereka dengan budaya dan ekonomi secukup hidup (subsistance). Mereka tidak meminta-minta.

Tetapi mereka terus bercita-cita untuk menebus keadaan hidup yang terpinggir. Mereka mahu kemerdekaan dan mencorak masa depan generasi mengikut peredaran zaman. Mereka mengerti bahawa dunia akan serba maju dan berlumba-lumba. Mereka mahu mencorak hidup generasi masa depan yang mulia, berwibawa dan beragama.

Malangnya, setelah 43 tahun negara ini di merdekakan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:33 AM GMT+8 , Processed in 1.694690 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list