Syarikat yang mengamalkan strategi Multi-level marketing atau MLM sudah banyak terdapat di negara kita.
Secara ringkasnya, Multi Level Marketing dalam bahasa Melayunya adalah pemasaran berbilang tingkat. Ia juga dikenali dengan network marketing di mana syarikat MLM memasarkan produk dan dalam masa yang sama mengembangkan rangkaian perniagaan.
Syarikat MLM bermula dengan merekrut seorang pengurus jualan yang telah mendapat pelanggan dan berjaya merekrut tenaga jualan. Pasukan jualan yang direkrut ini biasanya dipanggil sebagai ‘downline’. Antara terma-terma lain yang digunakan untuk MLM ialah ‘network marketing’ dan ‘referral marketing’.
Umum mengetahui, kes penipuan dan dimanipulasi oleh sesetengah syarikat MLM bukanlah isu baru. Ramai yang mendakwa ditipu dengan janji-janji manis kononnya akan menjadi usahawan berjaya dalam masa yang singkat. Hanya dengan cara mencari "orang bawah" seramai yang mungkin, pangkat akan dinaikan dan selepas itu "tunggu duit masuk" sahaja setiap bulan.
Walaupun sudah ramai menjadi mangsa tetapi nampaknya syarikat MLM masih lagi aktif menjalankan kerja merekrut "downline" dan sasaran utama adalah di kalangan pelajar universiti. Perkara itu didedahkan sendiri oleh seorang pengguna Facebook yang memuat naik gambar bukti di halaman Facebooknya.
Menurut beliau, sebuah syarikat MLM yang ketika itu sedang merekrut beberapa orang pelajar kolej dan universiti meminta wang sebanyak RM100 daripada mereka, manakala bakinya sebanyak RM900 boleh dilangsaikan apabila pelajar terbabit sudah menerima duit Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak terjebak dengan MLM.
"esan ke orang ganu. Jangan jadi bodoh main MLM. Natang mane nak bagi pitih kalau mu duk saje. Lenim tak dok orang bagi pitih saje saje. Jangan jadi dok cerdik sekmungg". - Piden Je
Pernahkah anda terlibat dengan MLM? Jom kongsikan pengalaman dan pendapat anda. - CARI
|