CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2396|Reply: 2

Kisah Seluar Pendek Dan Seks Luar Tabii

[Copy link]
Post time 29-9-2017 02:49 PM | Show all posts |Read mode
Selain hal dobi “Muslims only", ramai yang masih rancak bercakap pasal lelaki pakai seluar pendek di Kelantan yang dikenakan tindakan pihak berkuasa.

Anda tau kan ceritanya, seorang lelaki di Kota Bharu pakai seluar pendek on the way main futsal singgah beli burger untuk isteri.

Datang pegawai agama kata dia tidak tutup aurat “ïn public “– sekali gus dilihat sebagai telah melanggar undang undang syariah Kelantan.

Beliau diwajibkan hadir sesi kaunseling. Jika enggan atau tak hadir boleh dikenakan tindakan lanjut termasuk denda RM1,000.

Lantas insiden ini mendapat perhatian ramai.

Kata timbalan pengarah unit penguat kuasa hal ehwal agama negeri Kelantan, Mohamad Fadzuli Zain, bukan lelaki itu seorang je yang dikenakan tindakan sedemikian. Ada 10 orang lagi  yang dituduh “berpakaian tidak sopan di khalayak ramai”.

Mereka termasuk empat wanita yang dikatakan “berpakaian ketat”.

Foto: Carian Internet


Kata pihak berkuasa Kelantan, ini bukan undang-undang baru. Dah lama ada di Kelantan katanya, sejak 1985 tapi dulu tidak dikuat kuasa dengan kerap.

Maka ramai lah yang komen,ulas,hujah.

Saya tak bercadang untuk buat kesimpulan wajar atau tidak peraturan itu atau siapa betul siapa salah.

Realitinya peruntukan undang-undang itu ada di Kelantan dan bagi penguat kuasa agak mudah untuk “tahu siapa yang mengingkari peraturan itu.”

Maksudnya pegawai penguat kuasa boleh “nampak dan lihat orang berseluar pendek atau berpakaian ketat", menurut definisi mereka dan ambil tindakan.

Imbas kembali tahun 2014. Kerajaan negeri ketika itu sedang menyiapkan pindaan undang undang jenayah syariah atau bagi sesetengah pihak hudud.

Antaranya menyentuh soal “ anal sex” atau sodomi di kalangan pasangan yang bernikah - suami isteri .

Foto: Carian Internet



Kata Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah selaku timbalan Menteri Besar ketika itu, undang-undang jenayah syariah Kelantan yang diluluskan pada 1993 melarang sodomi antara lelaki  atau sodomi antara lelaki dan wanita yang belum atau tidak berkahwin.

Menurut beliau lagi, “ini memberi gambaran seolah-olah suami dibenar atau boleh melakukan sodomi dengan isterinya”. Oleh itu katanya perundangan perlu dipinda untuk secara spesifik kata pasangan dah kahwin pun tak boleh sodomi.

Pindaan dibuat makna menjadi satu kesalahan jika suami sodomi isteri. Sang suami yang sodomi isteri akan didakwa mengikut “takzir”.Google untuk menjelasan penuh makna “takzir”.

Sekali lagi ditegaskan artikel ini bukan bertujuan merumus betul atau tidak,  wajar atau tidak perundangan berkenaan.

Cuma bertanya bagaimana agaknya pihak berkuasa nak tahu sodomi suami isteri berlaku?

Melainkan mereka nampak sendiri perbuatan itu.  Jika tidak memang susah atau mustahil untuk bertindak.

Apa yang berlaku di kamar tidur pasangan suami isteri adalah private. Rahsia si pasangan. Tidak mungkin diketahui umum.

Lainlah kalau ada yang mengendap. Sekodeng kata orang muda.

Foto: Carian Internet



Tindakan boleh diambil ke atas suami  yang sodomi isteri hanya jika si isteri  mengadu. Buat laporan. Tapi kalau isteri tak nak report? Atau suka sama suka?  

Sehingga kini saya tidak pernah baca laporan berita tindakan undang undang diambil terhadap  suami yang melakukan sodomi ke atas isterinya.

Kalau ada mungkin saya telepas pandang. Don’t get me wrong. I’m not saying anything here .

Hakikatnya bukan senang nak laksana atau kuat kuasakan perundangan itu berbanding undang undang  “pakaian tidak sopan”.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2017 02:52 PM | Show all posts
this is negeri taliban
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2017 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
kimk kimk kimk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.435144 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list