|
Bihun sup tak pernah mengecewakan dan bagi penggemarnya mereka sanggup mencari lokasi yang menawarkan menu paling sedap.
Sesuai diambil pada waktu pagi, tengahari mahu pun petang ternyata bihun sup adalah makanan yang tidak terikat kepada waktu.
Asal boleh saja. Mungkin itulah istilahnya. Baru-baru ini, ramai penggemar makanan teruja dengan bihun sup Thai Special yang dijual di sebuah gerai di Kubang Pasu, Kedah.
Warong Hijrah yang terletak di hadapan pasaraya Kawang, pekan Ayer Hitam di Kubang Pasu ini memang sangat istimewa.
Ditambah dengan ayam segenggam dan sayur segenggam, memang semangkuk sahaja sudah mengenyangkan untuk jangka masa lama!
Kuantiti makanannya tersangat banyak. Tak percaya anda boleh melihat sendiri koleksi beberapa keping gambar di bawah.
Dipenuhi dengan ayam yang dicarik dan juga sayur-sayuran, ia menjadikan bihun sup di sini lain dari yang lain.
Harganya juga sangat murah iaitu RM5 sahaja semangkuk. Rasanya bagi anda yang makan sederhana, semangkuk itu boleh dikongsi berdua.
Jomlah, kalau ada kesempatan ke utara, bolehlah singgah di sini. - CARI
Lokasi: Warong Hijrah, Depan pasaraya Kawang, Pekan Ayer Hitam, Kubang Pasu, Kedah. |
|