Pagi tadi pengguna jalan raya Lebuhraya Damansara-Puchong berhampiran Kampung Tengah Batu 13, Puchong dikejutkan dengan kehadiran seekor buaya yang timbul di atas beting tanah Sungai Klang.
Kehadiran reptilia ini membuatkan orang ramai datang berpusu-pusu untuk melihatnya lebih dekat selepas mendapat berita tentangnya yang tular di laman Facebook.
Dilihat ramai penunggang motosikal dan pemandu kereta yang melalui jambatan di atas LDP berhenti di tepi jalan untuk tidak melepaskan peluang melihat buaya berkenaan.
Kerana jumlah kenderaan yang berhenti semakin meningkat dan parkir di tepi jalan menyebabkan lebuhraya berkenaan telah mengalami kesesakan yang agak teruk.
Menurut seorang pengguna Facebook bernama Zalina Rahman, kerana kehadiran buaya itu, dia yang dalam perjalanan ke Teluk Panglima Garang kini tersangkut di dalam kesesakan kerana ramai ingin melihat buaya itu menyebabkan jalan sesak.
Menurut Noor Ziana pula, pada mulanya dia menyangka berlaku kemalangan jalan raya punca jalan sesak teruk, rupanya ramai berhenti di tepi jalan semata-mata untuk lihat buaya.
Untuk rekod, buaya muncul di dalam sungai ini bukanlah kali pertama, di mana pernah dilaporkan kehadiran reptilia ganas ini pada April lalu dan Disember 2015. -
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 24-9-2017 12:26 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Serius bangang sangat sape yang berhenti. Menyusahkan orang. Peghak sangat ke tak pernah tengok buaya. Kalau aku ada kereta kebal, aku langgar je semua motor dan kereta yang berhenti tu. Perangai indon caprut.
Dulu sebab ada tayar pancit pun jadi jem. Padehal kereta tu pancit di bahu jalan betul. Bukan menghalang jalan pon. Bangang sangat nak perlahankan kereta sebab nak usha hijabista tayar pancit.
Post time 24-9-2017 06:31 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Nama je Sg Klang, tapi ni kawasan Puchong.
Aku sendiri sebagai orang Klang, kalau Sg Klang area Tepi Sg ada buaya, turut merasa eksaited. Bukan sebab first time tengok buaya, sebab tak sangka Sg Klang berpotensi ada hidupan di dalamnya. Dari kecik tengok Sg Klang tu kotor bersampah, kalau ada buaya pun dah lama mati tercekik makan plastik, takpun muncung tersangkut dalam balang kuih raya saiz sederhana. Tetiba bila dah tua gini ada buaya. Rasa macam, 'Oh Wow! Buaya tu tak mati semasa bayi! Syabas!'
Post time 24-9-2017 10:26 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Haha..tak pasal-pasal warga klang dikatakan jakun. Buaya ni kat LDP..sebelah kampung seri andalas..heading to putra heights. Aku salah seorang yang stuck dalam jammed semalam akibat buaya durjana ini. Tapi okay jugak la buaya ni membawa rezeki kepada abang roti ais krim. Laki tau ais krim dia sebab orang lapar n dahaga lepas tengok buaya
Post time 24-9-2017 10:30 AMFrom the mobile phone|Show all posts
chazey replied at 23-9-2017 11:27 PM
Boleh tahan jakun warga bandar Klang ini.
Jgn pggl ore jakun(pnh bincang kt thread pasai ore asli ari tu).....btw...biasanya depa ni nengok buaya darat jer...buaya ayak first time nengok kot....