View: 4108|Reply: 15
|
Oh, Tidak! Ambil Gambar Wanita Di Korea Boleh Dipenjara 5 Tahun?
[Copy link]
|
|
Orang yang suka bergambar ni, duduk di mana-mana sahaja dia akan bergambar. Lagilah kalau melancong.
Foto: Chartered Institute of Public Relations
Sebenarnya sesiapa sahaja yang melancong pasti akan ralit bergambar untuk kenang-kenangan, kan? Baik gambar pemandangan, diri sendiri, mahupun orang tak dikenali.
Pun begitu, mungkin ada yang tak tahu beberapa negara ini ada peraturan dan pantang larangnya yang mungkin kedengaran agak pelik dan mengarut.
1. Amsterdam, Netherlands
'Red Light District' di Amsterdam ini adalah sebuah kawasan pelacuran yang terkenal dan mempunyai tarikan pelancong seperti persiaran terusan yang indah serta kedai kopinya.
'Ibu bapa ayam' cukup pantang kalau orang luar mengambil gambar pelacur di kawasan ini. Janganlah bawa kamera jika berada di kawasan pelacuran ini kalau tak mahu kamera dicuri atau lebih parah, dibelasah berjemaah!
2. Korea Selatan
Negara ini mengharamkan mengambil gambar wanita tanpa izin mereka terlebih dahulu walaupun di tempat awam.
Jika ada yang 'terkantoi', mereka boleh didakwa melakukan serangan seksual. Jika sabit kesalahan, boleh didenda 10 juta won (RM37 ribu) dan penjara maksima lima tahun!
3. Amerika Syarikat (AS)
Undang-undang mengambil gambar di AS longgar sedikit berbanding di Korea Selatan. Bagaimanapun, pelancong tak dibenarkan mengambil gambar harta persendirian tanpa meminta izin terlebih dahulu.
4. Emiriah Arab Bersatu (UAE)
Di UAE, pesalah akan berdepan hukuman penjara satu hingga tiga bulan dan denda ASD1,361 (RM5,700) jika mengambil gambar di tempat yang dilarang.
Di sesetengah tempat, penduduk tempatan percaya kepada kepercayaan karut, sekali gus melarang penggunaan kamera.
Bangunan kerajaan, sesetengah jambatan serta istana adalah sama sekali dilarang untuk mengambil gambar.
5. Korea Utara
Semua yang anda nak lakukan di negara ini adalah dilarang selagi tidak mendapat kebenaran, termasuk mengambil gambar. Malah, anda tak dibenarkan meninggalkan hotel tanpa diiringi.
6. England
Anda bebas bergambar di negara ini KECUALI untuk tujuan komersial yang memerlukan kebenaran khusus.
Sebagai contoh, mana-mana penggambaran iklan di Dataran Trafalgar dan Dataran Parlimen perlu mendapatkan kebenaran daripada Datuk Bandar London.
7. Jepun
Foto: BrightSide
Negara ini melarang mengambil gambar di sesetengah kuil dan patung Buddhanya kerana bimbang mengganggu ketenteraman dewa.
Kalau nak ambil gambar tu boleh, tapi pandai-pandailah cover. Jangan sampai terkantoi, okey? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
oo baru tau . tq |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia ade jugak...di mahkamah...
Satu lagi bagus juga kalau Malaysia wat peraturan takleh amik gambar mana2 wanita tanpa kebenaran...takdelah selalu viral gambar wanita yangvtak senonoh kadang2 melanggar privasi dan maruah |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu penting tahu peraturan asas sesebuah negara yang kita lawati tu jangan main buat ikut suka tak pasal2 kena denda. |
|
|
|
|
|
|
|
ada yg dh terbuat...nasib baik x kena tindakan |
|
|
|
|
|
|
|
bahaya jgk kalo terlanggar peraturan negara2 lain.. susah nak lepas nanti |
|
|
|
|
|
|
|
yang ni kat bdr2 besar di msia pun sama, perlu ada permit dr local authority
6. England
|
|
|
|
|
|
|
|
wah baru taw ada undang2 macam ni, selalu pergi bercuti ke negara org main belasah jew bergambar |
|
|
|
|
|
|
|
setuju
org yg viral maruah org kena hukum ,baru bilangan maruah tercalar kurang atau sgt terkawal.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang lain ok laa..Korea selatan tu takot indah kabar dari kpop ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
owh kisah nya... nasip bace dhlh jns segala jambatan / istana nk ambik gambo hahahah aduiii |
|
|
|
|
|
|
| |
|