View: 1473|Reply: 10
|
Terima Rasuah RM1000, Penolong Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Tetap Ditahan SPRM
[Copy link]
|
|
sumber : Berita Harian
Susulan disyaki meminta dan menerima rasuah RM1000, seorang Penolong Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Tawau ditahan.
Memetik laporan Berita Harian, Pengarah SPRM Sabah, Datuk Sazali Salbi menerusi satu kenyataan hari ini berkata suspek yang juga wanita berumur 37 tahun itu ditahan di pejabat KPDNKK di Tawau kira-kira jam 4.15 petang kelmarin.
"SPRM menerima aduan berkaitan suspek disyaki terbabit melakukan perbutan rasuah Selasa lalu. Sebelum ini bot dan enjin milik pengadu dirampas oleh pihak KPDNKK atas kesalahan menyeludup 10 tong gas petroleum cecair (LPG)."
"Dia mendakwa suspek yang berumur 37 tahun itu meminta RM1,000 sebagai wang saguhati apabila memulangkan barangan yang dirampas itu kepada nya pada 15 Ogos kira-kira 5 petang."
"eniaga tersebut telah memberikan RM3500 kepada suspek pada hari itu juga, manakala wang baki RM500, peniaga tersebut memaklumkan akan dibayarnya pada hujung bulan."
Sementara itu, Mahkamah Majistret di Tawau hari ini membenarkan perintah tahanan reman terhadap suspek selama tujuh hari bermula hari ini.
Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, mana-mana yang lebih tinggi. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Dah umur 37thn.....RM1000 pun kau hadap... |
|
|
|
|
|
|
|
Ni berita biasa niii..lagipun nama tarak |
|
|
|
|
|
|
|
Berbaloi ke duit 1k kalau kena penjara? Haih |
|
|
|
|
|
|
|
Kena game dgn peniaga yg seludup tu lah kn |
|
|
|
|
|
|
|
Kena game dgn peniaga yg seludup tu lah kn |
|
|
|
|
|
|
|
Orang melayu ni kalau sehari tak jadi berita utama macam tak sah pula |
|
|
|
|
|
|
|
N17 ke ?? ..... |
|
|
|
|
|
|
|
Alright ado jawatan kosong.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukti Mulayu suci muruni bukan mata duitan, tidak materialistik,sebab tu dia tibai seribu inggit aje, yang penting interaksi dan dapat kenal peniaga tuh .. |
|
|
|
|
|
|
| |
|