Kalau keluar date dengan pasangan tu, siapa yang perlu keluar duit ya? Persoalan ini sering diutarakan bagi golongan yang berpacaran, malah lebih parah ia boleh mencetuskan pergaduhan antara pasangan.
"Aku cukup emosi bila dengar topik ni."
Seorang pengguna laman sosial, Amira Yusof meluahkan kekesalannya di laman mikro Twitter dengan harapan ia dapat memberi kesedaran kepada semua pembaca.
Jom baca luahan hatinya itu.
"Aku tak tahu kenapa, tapi aku cukup marah kalau perempuan yang sikit sikit lelaki belanja.
"Kesimpulannya, kongsi-kongsi la kalau nak keluar date tu. Kau perempuan, faham la sikit keadaan dan perasaan seorang lelaki," tulisnya.
Foto: Twitter Amira Yusof
Posting itu mencetus pelbagai reaksi daripada netizen.
"Lantak kau la. masing-masing tepuk dada tanya selera. kalau setakat makan nak berkira susahlah.
"Simpan duit buat kahwin rasanya lagi ok. Lepas tu date lah sepuasnya. Kat situ tak ada yng nak berkira dah," antara komen netizen.
Apa pula pandangan pembaca? - CARI |