View: 4854|Reply: 56
|
[Tempatan]
EDISI SAMAN PERIUK NASI : Terlanggar tembok boleh di undur, terlanggar kontrak p
[Copy link]
|
|
https://www.malaysiakini.com/news/393582
Seorang pembekal barangan elektrik memfailkan saman terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, anggota parlimen Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Bendahari Umno Perlis Datuk Rozabil Abdul Rahman.
Saman itu difailkan setelah mereka didakwa melanggar kontrak pembelian puluhan ribu unit periuk nasi.
Umno Perlis didakwa menempah 60,000 unit periuk nasi 1.8 liter daripada Florence Lee Jye Wen pada 3 Jun 2015 yang diletakkan logo Umno, BN dan DSSK (kependekan untuk Datuk Seri Shahidan Kassim).
Berdasarkan pernyataan tuntutan yang difailkan pada 16 April di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Lee mendakwa beliau ditemui oleh wakil jualan yang menyebut Umno Perlis berminat membeli periuk nasi yang diletakkan logo Umno dan kependekan nama Shahidan.
Shahidan adalah pengerusi Umno negeri. Zahidi pula menjadi setiausaha agungnya.
Seunit periuk nasi itu dikatakan dijual dengan harga RM74 – lebih murah berbanding harga pasaran RM107 – dengan setiap 20,000 unit akan diedarkan untuk kawasan parlimen Arau, Padang Besar dan Kangar.
Perlis sebagai negeri terkecil di Malaysia hanya mempunyai tiga kawasan parlimen.
Jumlah keseluruhan jualan itu mencecah angka RM4.4 juta.
Bagaimanapun, katanya 8,000 unit masih tidak diambil sehingga ke hari ini menyebabkan beliau rugi sebanyak RM592,000.
Dia juga menuntut ganti rugi khas RM36,511.40 untuk kos menyimpannya dan RM2,750.35 kerana terpaksa menyimpan periuk nasi itu tanpa dapat menjualnya akibat label tertera padanya.
Lee juga menuntut ganti rugi am dengan jumlah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Sementara itu, ketiga-tiga defendan menafikan terdapat kontrak berkenaan dan meminta Lee membuktikannya.
Mereka juga menafikan terdapat arahan atau kebenaran diberikan kepada Lee yang dikatakan dibuat melalui surat bertarikh 3 Jun 2015.
Defendan-defendan berkata Lee gagal menghantar barang-barang itu dalam tempohnya dan memohon pertanyaan tuntutan itu ditolak dengan kos.
Perkara itu dibawa untuk pengurusan kes di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang meminta pihak-pihak berkaitan dalam berunding untuk menyelesaikan kes itu.
Wan Ahmad menetapkan 13 September depan untuk memaklumkan kepada mahkamah sama ada penyelesaian berjaya dicapai.
Peguam Lavinia Kumaraendran bertindak bagi pihak plaintif.
|
|
|
|
|
|
|
|
Terdapat 2 percanggahan yang nyata atau lain dari pemahaman FC
1. menafikan ada kontrak .. kira nya tak ada order la kan
Sementara itu, ketiga-tiga defendan menafikan terdapat kontrak berkenaan dan meminta Lee membuktikannya.
2. kata nya gagal hantar barang dalam temoh yang di tetapkan .. ada lah order tu kan .. cuma lambat
Defendan-defendan berkata Lee gagal menghantar barang-barang itu dalam tempohnya dan memohon pertanyaan tuntutan itu ditolak dengan kos.
|
|
|
|
|
|
|
|
wahhh sudah tukar
dari kain pelikat gula sekilo ker periuk letrik |
|
|
|
|
|
|
|
Bnyknyer periuk nasi? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak baik tau buat camgitu. Kamon dedak u ken du better. |
|
|
|
|
|
|
|
Tempahan daripada politician sokmo secara pukal n guna mulut je.
Bila jadi mcm ni... mereka jawab... mana bukti kontrak???
PRU dah x lama
If jadi peniaga n ada offer
Mesti wat hitam putih ye
Periuk letak logo parti
Nak jual mcm mana?
|
|
|
|
|
|
|
|
untung org perghelis dapat rice cooker sekali |
|
|
|
|
|
|
|
Apalah aniaya orang cenggitu. Dah order tu ambil lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Tiada siapa yg mahu beli periuk nasi berlogo umno. |
|
|
|
|
|
|
|
itu la bahaya bila dapat projek wahyu time nak PRU.., |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah ada gentlemen's agreement, please honour the agreement DSSK...takkan la penjual pandai2 pergi letak logo UMNO dan DSSK lagi kalau pihak UMNO Perlis tak order...
PRU kali ni boleh la edarkan pulak yang 8000 tu...pengundi Perlis jugak yang untung... |
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 29-8-2017 04:48 PM
Bang Lox berenang renang tak sampai sampai
Tak payah lah deal bisnes dgn org politik.....
Mkn diri dik FC..
Dorang klu blh semua nk free....sumbangan pd parti dari rakyat konon....ada je nanti yg di konar nya.... |
|
|
|
|
|
|
|
kikis je lambang tu, jual balik.. |
|
|
|
|
|
|
|
sebab tu black and white agreement lebih baik...
ada jugak bukti tempahan...
kalau tak pun , dari lisan tu, buat satu surat merujuk kepada arahan lisan yang menyatakan tempahan periuk nasi..
kalau ada reply, surat2 tu blh jugak jadi bukti...
kadang2 nak tunggu client buat surat nie lambat dan payah... |
|
|
|
|
|
|
|
RM4.4 juta takkan la takde LO? tapi parti politik ada keluar LO ke? |
|
|
|
|
|
|
|
ha`ah tu la realiti kehidupan kak
yang kaya bertambah kaya dengan "pemberian" tepi kiri kanan depan belakang
sebut ja .. nama kan ja . kompom berebut yang berharap nak "naik" juga.. bagi itu ini
yang ni sangat-sangat setuju
Dorang klu blh semua nk free....sumbangan pd parti dari rakyat konon...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by umbut at 29-8-2017 05:29 PM
ultra78 replied at 29-8-2017 04:57 PM
Tiada siapa yg mahu beli periuk nasi berlogo umno.
Aku dapat free org bagi payung ngan baju logo umno pun x pakai.. kang semua org perhati |
|
|
|
|
|
|
|
sepiITUindah replied at 29-8-2017 04:30 PM
wahhh sudah tukar
dari kain pelikat gula sekilo ker periuk letrik
pru nanti peti ais dua pintu pulak okayy |
|
|
|
|
|
|
| |
|