Skuad bawah 22 tahun (B-22) Malaysia berjaya menyingkirkan pasukan bola sepak Indonesia pada perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Sabtu lalu.
Kemenangan itu sekaligus membawa skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee melangkah ke perlawanan akhir untuk menentang pasukan Thailand yang dijadualkan berlangsung esok, 29 Ogos pada jam 8.45 malam.
Kaunter tiket mula dibuka di Stadium Shah Alam bermula jam 11 pagi tadi. Harga sekeping tiket adalah RM21.20 (termasuk GST) dan pembelian tiket terhad sebanyak lima keping bagi setiap individu.
Oleh kerana penjualan tiket untuk perlawanan kali ini tidak dijual secara atas talian, Stadium Shah Alam mula dibanjiri ribuan penyokong seawal jam 6 pagi lagi.
Rakaman video menunjukkan penyokong beratur hingga ke tepi jalan utama untuk mendapatkan tiket.
Disebalik keterujaan peminat bola sepak untuk mendapatkan tiket, terdapat individu yang cuba menangguk di air yang keruh iaitu menawarkan tiket perlawanan akhir dengan harga berlipat ganda.
Seorang lelaki dikecam netizen gara-gara ingin menjual tujuh keping tiket yang telah dibeli dengan harga RM150 sekeping.
Walaupun bukan mudah untuk mendapatkan tiket tersebut kerana terpaksa beratur seawal pagi namun rata-rata netizen merasakan harga yang ditawarkan oleh lelaki ini agak keterlaluan.
Melampau kan! Bayangkan harga asal tiket tersebut cuma RM21.20, jadi berapa kali ganda keuntungan yang ulat tiket ini akan dapat?
Apa komen anda sebagai penyokong setia bola sepak negara? - CARI |