Siapa yang tak mahu gigi sihat dan putih berseri kan? Rasa macam keyakinan berada di level tertinggi bila tersenyum!
Foto: W Dish
Ramai masih tercari-cari cara untuk memutihkan gigi, tak kurang juga yang sanggup berhabis wang ringgit demi membuat janji temu dengan pakar gigi.
Mungkin ada yang dah tahu dan mungkin anda tak akan percaya dengan cara semula jadi untuk memutihkan gigi. Apa yang anda perlukan hanyalah serbuk kunyit!
Foto: BEACHBODY ON DEMAND
Ya, serbuk kunyit yang berwarna kuning itu mampu memutihkan gigi anda.
Difahamkan, kunyit mengandungi hidrogen peroksida yang menjadi salah satu bahan pemutih gigi yang sering digunakan produk ubat gigi.
Hah! Apa kata anda cuba sendiri membuat ubat gigi kunyit ini. Caranya semudah ABC sahaja!
Bahan:
Foto: One Mum and A Little Lady
3 sudu besar serbuk kunyit
3 sudu besar garam
Minyak kelapa secukupnya
Cara membuat:
Foto: Top 10 Home Remedies
1. Masukkan garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk.
2. Kacau rata dan tambahkan minyak kelapa.
3. Simpan di dalam bekas sesuai dan gunakan bila perlu.
Foto: Youtube
Mudah kan nak membuat ubat gigi semula jadi ini? Selamat mencuba ya! - CARI |