CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1057|Reply: 3

[Tempatan] Stadium Shah Alam dipilih sebagai venue perlawanan akhir bola sepak

[Copy link]
Post time 27-8-2017 08:01 PM | Show all posts |Read mode

Stadium Shah Alam dipilih sebagai venue perlawanan akhir bola sepak diantara pasukan Malaysia yang akan turun menentang pasukan Thailand.

Ini berdasarkan kepada laporan media yang dibuat oleh Persatuan bola sepak Malaysia ( FAM ).

” KUALA LUMPUR: Stadium Shah Alam telah dipilih sebagai tempat bagi perlawanan akhir bola sepak lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) antara pasukan Malaysia dan Thailand pada Selasa (29 Ogos).

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan hari ini telah membuat pengumuman perkara itu selepas satu mesyuarat penyelarasan dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Datuk Lokman Hakim Ali pagi ini.

Baca Juga : Perlawanan akhir Thailand vs Malaysia Sukan Sea Kuala Lumpur 2017

“Perlawanan akhir bola sepak lelaki Sukan SEA 2017 antara Malaysia dan Thailand akan diadakan di Stadium Shah Alam dengan harga tiket bernilai RM21.20 (termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)),” menurut kenyataan itu.

Perlawanan akan dimulakan tepat pada jam 8:45 malam.


Sebelum ini, venue bagi acara yang menawarkan ibu segala pingat itu dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil sekiranya ia melibatkan pasukan negara beraksi di pentas akhir.

Malaysia mengesahkan tempat di final selepas menundukkan Indonesia 1-0 pada aksi separuh akhir semalam, manakala Thailand turut mara setelah mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Myanmar dalam satu lagi perlawanan.

Dalam pada itu, perlawanan penentuan pingat gangsa antara Indonesia menentang Myanmar akan diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 4.30 petang pada hari yang sama”.

Sumber : BERNAMA


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2017 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah lah
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2017 10:01 AM | Show all posts
Tak sabar nak tgk harap2 Malaysia buat yang terbaik utk game terakhir ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2017 10:38 AM | Show all posts
knp tiket x jual on9 this time...khabarnya dah pjg giler q
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 11:11 AM GMT+8 , Processed in 0.284876 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list