View: 10013|Reply: 55
|
Kembang Tekak Hampir Termakan, Bukan Semua Makanan Laut Itu Halal Ya. Jadi Awas!
[Copy link]
|
|
Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati sekalian.
Maha masih tak putus lagi dengan kongsi bersama korang tentang berkaitan makanan tak kiralah makanan dalam mahu pun luar negara. Apa yang baik kita kongsi bersama dan yang tak baik tu kita kongsi juga agar orang lain tidak mengulanginya betul tidak.
Sapa sini memang suka makan makanan laut tak kisahlah makanan laut yang segar dari laut atau juga yang telah disejukbekukan. Sekarang ni nak dapatkan bekalan makanan laut ini tak susah sebab service penghantaran makanan laut segar yang ditangkap oleh nelayan terus ke depan pintu rumah. Tak percaya boleh pergi kat MySeafoodMart.com macam-macam jenis makanan laut ada semua melalui online dan segar.
Tu kalau yang tak plan nak keluar dan nak masak sendiri di rumah tapi kalau yang nak keluar pergi bawa keluarga sekali sekala makan makanan laut memang banyak pilihan. Siap ada restoran yang menyediakan akuarium makanan laut hidup yang ditangkap depan mata dan masak. Tu memang cukup segar lagilah dan dapat rasa manisnya.
Macam yang Maha pernah pergi dekat restoran KL Seafood Market area Taman Tasik Perdana memang puas hati kat situ semua makanan laut hidup-hidup masak untuk kita boleh pilih. Apa pun pilihan korang untuk makan makanan laut kat mana pun sekali tapi kena tahu beberapa perkara.
Ingat tak semua makanan laut boleh dimakan oleh orang kita terutama orang Islam. Ini kerana ia telah dinyatakan terang dalam Al Quran. Cuma kadang-kadang kita terlepas pandang atau keliru dengan yang mana satu betulkan. Tak perlu salahkan sapa-sapa kita boleh cari sendiri betulkan.
Contoh paling senang ada ketam ada banyak jenis tapi ada satu jenis ni kita tidak boleh makan iaitu Ketam Batu. Nak kenal ketam ni kita hanya tengok pada kaki yang terakhirnya adalah berbentuk tajam dan tidak leper seperti ketam lain.
Makanan laut lain yang nampak macam sama tapi bukan ia iaitu siput. Kita ada pelbagai jenis siput boleh makan tapi ada yang tidak dibenarkan dalam syarak kerana unsur-unsurnya. Siput yang dikategorikan sebagai Escargot atau siput tanah. Kadang-kadang kita tak tahu nak bezakan makanan ini kerana ia telah dibuang cengkerangnya.
Tapi seeloknya tanya tentang makanan siput yang kita makan terutama makanan masakan dari negara Perancis dan Sepanyol takut kita tersalah makan. Sebab kat Malaysia dah ada jual ye makan ini dan Maha hampir termakan kerana ia di masukan dalam sup. Jadi kena tanya betul-betul kepada chef atau pelayan anda semasa menempah makanan.
Bukanlah Maha nak tunjuk ustaz kat sini tapi ini adalah daripada pengalaman sendiri yang mengalaminya dalam banyak jemputan makanan ini. Kita nak salah mereka yang menghidangkan makan tu tidak boleh juga kerana mereka tidak tahu dan kita yang tahu kena ambil tahu tentang perkara ini betul tak. Tapi kalau kita dah tahu buat-buat tak tahu tu tak tahu nak cakap apalah.
Selain daripada kita pastikan juga tentang kehalalan kedai makan yang kita pergi tu juga sesuatu yang sangat penting betul tak. Macam mana nak periksa tentang status halal restoran korang boleh pergi ker laman web www.halal.gov.my atau applikasi Verify Halal di telefon anda.
Jangan lupa untuk follow Instagram @Mahamahu dan juga Facebook page @Mahamahu ok. Selamat menjamu selera semua. |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm siput babi je tu..tp versi yg kurang kepam sbb cengkerang cerah sikit |
|
|
|
|
|
|
|
tak lalu tgk siput.... terbayang siput babi |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya ramai je yang tahu hanya jadi terlepas pandang bila nampak makanan yang disajikan menyelerakan. Kalau sentiasa alert pasti boleh tahu yang mana boleh yang mana tidak. |
|
|
|
|
|
|
|
belangkas pun ada orang makan.. |
|
|
|
|
|
|
|
ritu aku ade tengok org share Escargot di ternak kt obersi sna
geli aku tengok weh
|
|
|
|
|
|
|
|
kt kuala selagor area jual mentarang tu ad aorg jual..
ada budak uni pernah gi pasal dia ada post status kt fb...
|
|
|
|
|
|
|
|
palmolive replied at 25-8-2017 12:30 PM
kt kuala selagor area jual mentarang tu ad aorg jual..
ada budak uni pernah gi pasal dia ada post ...
dia makan tak belangkas tu? |
|
|
|
|
|
|
|
belangkas & mentarang takleh makan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Artemesiaa replied at 25-8-2017 11:39 AM
Rasanya ramai je yang tahu hanya jadi terlepas pandang bila nampak makanan yang disajikan menyelerak ...
yupp betul.... |
|
|
|
|
|
|
|
makan la..kenyang menyandar
|
|
|
|
|
|
|
|
sis pernah termakan ketam batu kat bangkok. ampunkan sis ya tuhan. tak sengaja, mmg xkenal ketam batu camane huhu |
|
|
|
|
|
|
|
nk tny. knp indon yg islam mkn siput tu, ke sbb dorg kt sana mende tu halal? |
|
|
|
|
|
|
|
ally9970 replied at 25-8-2017 02:46 PM
belangkas & mentarang takleh makan ke?
setau saya tak boleh dimakan
sebab ia hidup di dua alam.. |
|
|
|
|
|
|
|
palmolive replied at 25-8-2017 04:19 PM
makan la..kenyang menyandar
pasti lazat.. haha.. |
|
|
|
|
|
|
|
nak kata mcm ketam tapi saiz dia besar amat
|
|
|
|
|
|
|
| |
|