Argh! Paling tak boleh tahan jika sakit gigi menyerang. Rasa macam nak hentak-hentak kepala ke dinding sahaja. Lebih parah, rasa nak marah-marah je semua orang.
Foto: Justin Jackson
Tunggu dulu! Sebelum atasi sakit gigi dengan mengambil ubat tahan sakit, apa kata anda cuba dengan ramuan herba asli?
Memetik CNN Indonesia, pengusaha kosmetik dan jamu Martha Tilaar berkata, bunga cengkih boleh mengubati sakit gigi.
"Saya selalu menggunakan cengkih ketika berkumur. Sehingga kini, saya masih mengamalkannya dan gigi saya kuat.
"Ini bisa dipakai kalau gigi ada yang goyang atau ngilu,"
katanya kepada CNNIndonesia.
Foto: Dr. Axe
Bahan:
5 helai daun salam
Foto: www.napamountain.com
3 biji bunga cengkih
Air secukupnya
Cara membuat:
1. Panaskan air sampai mendidih.
2. Masukkan daun salam dan bunga cengkih ke dalamnya. Rebus sampai keluar aroma dan air kembali mendidih.
Cara menggunakan:
Gunakan untuk berkumur setiap kali sebelum tidur.
Mudah sahaja, bukan? Tak salah mencubanya sebelum mengambil sebarang ubatan. Namun, keberkesanannya berbeza pada setiap orang. Mungkin cepat, mungkin lambat. Apa yang penting, kita berikhtiar. - CARI |