CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2947|Reply: 32

Dikejar Anjing Liar, Lelaki Hilang 3 Batang Gigi

[Copy link]
Post time 16-8-2017 01:20 PM | Show all posts |Read mode


sumber : Harian Metro



Malang tidak berbau. Seorang pekerja restoran berumur 26 tahun di Taman Kurau Aman, Kuala Kurau dikejar sekumpulan anjing liar ketika mengambil bekalan udang segar di kawasan berhampiran restoran tempatnya bekerja.


Memetik laporan Harian Metro, mangsa malang yang dikenali sebagai Mohd Fazzry Mohd Yusof mengalami kecederaan di bahagian mulut, patah tiga gigi dan luka di siku apabila motorsikal yang ditunggang hilang kawalan dan terjatuh.


Menurut Mohd Fazzry, ketika melalui jalan belakang ke kediaman pembekal udang berkenaan yang terletak di taman perumahan itu, dia memang sedar terdapat empat ekor anjing liar berlegar-legar di kawasan taman perumahan di belakang premis restoran majikannya.


Namun, tanpa disedari tiba-tiba anjing liar terbabit bertindak menyerangnya.


“Setibanya di satu selekoh berhampiran rumah pembekal udang, saya terkejut apabila mendapati tiga daripada empat anjing liar berkenaan bertindak agresif dan mengejar saya secara tiba-tiba,” katanya.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2017 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya, iols dlu jalan kaki pergi sekolah snggup tunggu dlu semua anjing2 dah blah bru iols jalan. .takut punya pasal
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 01:25 PM | Show all posts
kesiannye..lastik la anjing2 tu klu mendatangkan bahaya
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 02:35 PM | Show all posts
kesian brader ni, mujur bini comel
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Area umah lama me ada jugak sekor dua anjing liar sesat. Me dahla slalu blik memalam.
Skali tu x perasan kt tepi jalan ade sekor. Mcm nk luruh jantung kena sergah. Mujurla x ringan kaki lari. Kepala dah pk2 nak capai pe2 kalau die dekat. Sempat me membebel suh jgn kaco. Elok pulak dia duduk diam.
Uiiii berderau darah weii kena sergah camtu. Dahla muka anjing tu mmg ganas gila.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 03:03 PM | Show all posts
sepak jer anjing2 tu... komplen kat PBT biar diorang tangkap dan tembak anjing2 liar nie...

pedulikan NGO2 yang nak bela sangat anjing2 liar.. kalau nak sangat bela bawak balik rumah la... masih jugak biarkan anjing2 nie berkeliaran tanpa tujuan...

geng2 acah2 pencinta haiwan nie too much!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2017 03:07 PM | Show all posts
sejarah aku kena kejar anjing malam2..kami berlima dgn pekerja2 blik dari kedai meniaga..
bila ketakutan sgt anjing dok hurung 5-6 ekor macam nk terkam..aku terus melompat act like a dog..menyalak ke arah anjing lagi kuat aku menyalak..time tu umo 16 ..takpolah takyah kontrol ayu sgt..kimKKKK punya anjing hambekkk kau..lari lintang pukang anjig bodo

sejak tu aku tk takut anjing..anjing tengok aku pun takut.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 03:12 PM | Show all posts
Kesiannya..tapi sekarang memang banyak anjing yang berkeliaran
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2017 04:50 PM | Show all posts
hon2 je anjing mcm ni, mmg dia blah, jgn lyn sgt takut tu, sbb dorg leh hidu
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 04:52 PM | Show all posts
kesian brother ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah kesian nya ko dik.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya kat ko dik..patah gigi sakitnya
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 05:33 PM | Show all posts
harap PBT ambik tindakan
sebelum ada lagi yang
jadi mangsa..

trauma bro tu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 05:37 PM | Show all posts
x memasal rongak
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
takziah bro & gws
harap tiada diantara anjing tu yg dijangkiti virus rabies

huntunglah bro ni, kena kejar anjing pon dpt coverage dlm paper
kalau wartawan ni dah start jadi wartawan masa aku kecik dulu, tiap bulan muka aku kan keluar paper metro sebab dlm sebulan tu  mesti akan ada hari aku kena kejar dek anjing otw nak gi atau balik dari mengaji
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh percaya ke cerita kau ni dik,ke kau jatuh sendiri..tapi tak pa,boleh claim perkeso..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2017 07:19 PM | Show all posts
huk aloh... kesiannnn
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 07:28 PM | Show all posts
anjing o anjing...awat la p gigit
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 07:31 PM | Show all posts
silalah gi sepital cepat amik vaksin rabies ya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Trauma tau dgn anjing psl dulu pernah kena kejar anjing liar lebih 10 ekor.. nasib lari pecut masuk rumah org selamatkan diri. Hahaha!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.591856 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list