CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7066|Reply: 15

Mission Impossible! Tom Cruise Cedera Ketika Lompat Bangunan

[Copy link]
Post time 15-8-2017 03:04 PM | Show all posts |Read mode
Siapa yang tak kenal dengan filem aksi penuh debaran dan babak lasak, Mission: Impossible. Ironinya, pelakon utama filem berkenaan, Tom Cruise mengalami kecederaan ketika melakukan aksi 'mustahil' di loksai penggambaran.







Kejadian berlaku di Blackfriars, London, apabila Tom gagal mendarat dengan betul ketika melompat dari sebuah bangunan ke bangunan lain.







Menurut Metro.uk yang memetik The Sun, aktor berusia 55 tahun itu mengalami kecederaan (patah) di bahagian buku lalinya.


Menurut sumber, kecederaan dialami Tom lebih parah dari jangkaan awal. Tom mengalami kecederaan serius dan memerlukan masa beberapa bulan untuk sembuh.








Lantaran itu, pihak produksi memutuskan untuk menghentikan penggambaran selama empat bulan bagi memberi ruang kepada Tom untuk sembuh dari kecederaannya.


Mission: Impossible 6 arahan Christopher McQuarrie dijangka ditayangkan pada musim panas 2018, namun tarikh tayangannya dipercayai ditangguhkan sehingga sambutan Krismas ekoran insiden berkenaan.




Foto: Metro/WENN




Kalau tak salah, perkara sama berlaku kepada filem Maze Runner yang terpaksa ditangguhkan kerana pelakonnya, Dylan O'Brien mengalami kecederaan di set.




Foto: IMDb




Apapun, masih relevankah watak utama Mission Impossible dilakonkan Tom Cruise yang sudah berusia? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2017 03:32 PM | Show all posts
reput dah tu/... adoiii, sian acik cruise
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2017 03:34 PM | Show all posts
tua dah, mohon gantikan pelissss
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2017 03:48 PM | Show all posts
kalau akak jadi aktor wanita dalam mission impossibloe kan best
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2017 04:48 PM | Show all posts
semakin dimamah usia...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2017 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian. Get well soon
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2017 06:28 PM | Show all posts
Untuk lelaki seusianya kira syabas le sebab masih berani melakukan sendiri aksi lagak ngeri seperti ni walaupun dia tahu risiko untuk dapat kecederaan amat tinggi.  
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 02:43 AM | Show all posts
tkpnah mi nat dia ni. cocky semacam gaya dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2017 10:00 AM | Show all posts
satu2nya abang kertu yg akak suka...maintain delicious & mewangi walau nmpk tanda2 botox
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 04:12 PM | Show all posts
umur dh tua2 ni xyah ler buat aksi gini...nk sembuh tu x sama mcm ms memuda dulu
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 04:26 PM | Show all posts
la...awat x cari hero baru ja......rmai lg ada kot....cruise dh tua....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 08:56 PM | Show all posts
Geli lah tengok dia ni dah tua.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 12:46 AM | Show all posts
wish you get recovery soon
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 07:12 AM | Show all posts
dah kertu...

carilah pelakon muda umur 30an untuk stunt..

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2017 07:12 AM | Show all posts
safe recovery
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 10:28 AM | Show all posts
hati2. takut nnt sengal2 kaki bila dah tua nnt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.058850 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list