"Kami akan berpindah ke rumah sendiri dan memulakan kehidupan sebagai pasangan suami isteri."
Pastinya ia menjadi satu debaran buat Puteri Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim yang bakal mengharungi kehidupan rumah tangga pada Isnin ini.
"Ini adalah pertama kali saya akan tinggal sendiri, dan jauh dari ayahanda, bonda serta ahli keluarga yang lain," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Royal Press Office.
Difahamkan istiadat pertunangan Tunku Tun Aminah akan berlangsung di Istana Bukit Serene di sebelah pagi, diikuti dengan istiadat Akad Nikah.
Seterusnya pada sebelah malam, pengantin Diraja itu akan diraikan dalam Istiadat Persandingan di Bilik Singgahsana, Istana Besar Johor Bahru. - CARI
Kami Akan Tinggal Di Rumah Sendiri Sebagai Suami Isteri - Tunku Aminah
|