Tak habis lagi dengan kes haruan makan anak. Kali ini Majistret Kota Samarahan dilaporkan membenarkan tahanan reman selama 7 hari terhadap empat sekeluarga yang sanggup merogol dua lagi ahli keluarga mereka sehingga mengandung.
Astro Awani melaporkan kesemua suspek ditangkap di kediaman keluarga tersebut di Kampung Daha Seroban, berhampiran Tebedu kelmarin selepas pihak polis mendapat tahu tentang aktiviti sumbang mahram tersebut.
Difahamkan kejadian terbongkar apabila salah seorang mangsa berusia 19 tahun menjalani pemeriksaan kesihatan dan didapati dia mengandung di Hospital Serian.
Akhirnya soal siasat mendedahkan mangsa telah menjadi santapan seks bapa, datuk dan dua bapa saudaranya sejak berusia 13 tahun!
Bukan itu sahaja, dia juga memberitahu adiknya yang berusia 14 tahun turut menjadi mangsa seksual itu sejak lima tahun lalu.
Pihak polis dari unit Siasatan Jenayah Serian telah memberkas kesemua suspek yang berumur antara 26 hingga 57 tahun di kediaman mereka, sekitar 3.30 petang kelmarin.
Manakala kedua mangsa berusia 19 dan 14 tahun dirujuk ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan lanjut, manakala si kakak didapati mengandung 25 minggu. - CARI
'Haruan' Gila Seks, Dua Beradik Jadi Pemuas Nafsu Bapa, Datuk Dan Bapa Saudara
|