Edited by d_dalia at 11-8-2017 07:34 AM
Aliff Tanya, Mana Afifah Tidak Muncul?
PENYANYI Aliff Aziz merayu aktres Afifah Nasir agar bersikap profesional meneruskan penggambaran drama lakonan mereka yang tertangguh gara-gara dia ditahan polis.
Aliff, 26, berkata, penggambaran Izinkan Aku Mencintaimu hanya berbaki lima hari sahaja lagi namun tidak dapat diteruskan kerana ketiadaan Afifah. "Saya minta maaf kepada pihak produksi yang terjejas dengan isu ini. Selepas saya keluar dari lokap keesokan harinya (Sabtu) saya terus ke lokasi penggambaran kerana tak mahu menyusahkan mereka," kata Aliff kepada mStar Online.
Aliff diminta mengulas perkembangan mengenai drama lakonannya selepas dia terpalit dengan isu ‘kantoi’ dengan aktres Nur Afifah Nasir di sebuah pusat karaoke, Taman Shamelin, Cheras pada 27 Julai lalu.
Dalam kejadian berkenaan isteri Aliff iaitu Bella Astillah, 23, bersama ibunya menemui Aliff dengan Afifah sedang berhibur di pusat hiburan itu sehinggalah berlakunya pergelutan antara suami-isteri berkenaan.
Menurut Aliff, pihak produksi memberitahunya Afifah menghadapi masalah kesihatan dan akan datang ke lokasi pada hari berikutnya namun dia tidak juga muncul. "Saya harap sangat Afifah bersikap profesional dan habiskan penggambaran ini, kasihan pada pihak produksi yang akan menanggung kerugian," ujarnya.
Sumber: Mstar online |