Seorang lelaki Poland ditahan selepas menculik dan cuba melelong seorang model British sebagai hamba seks di sebuah laman web haram 'Black Death'.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201708/06/123915j4oc8dh18gcc8doh.jpg) Foto: CBS News/ITALIAN POLICE PRESS OFFICE/AP
Memetik portal Telegraph, model terbabit yang tidak didedahkan identitinya disuntik dengan dadah selepas diperdaya untuk menghadiri satu sesi penggambaran di Milan pada 11 Julai lalu.
Sebaik tiba di studio 'palsu', model berusia 20 tahun itu disuntik dengan dadah jenis ketamin sebelum penculik membogelkan dan merakam gambarnya.
Mangsa kemudiannya diikat dan disumbat ke dalam sebuah beg besar sebelum disembunyikan di sebuah perkampungan kecil di Borgial, timur laut Piedmont.
Polis menerima laporan daripada ejen mangsa yang mendakwa model berkenaan tidak pulang ke London selain menerima ugutan wang tebusan.
Lukasz Pawel Herba, 30, dari Szczecin yang menetap di UK ditahan dan didakwa merancang penculikan itu.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201708/06/123921shgqlawfmpmm7md7.jpg) Foto: Telegraph/POLIZIA DI STATO
(Lukasz didakwa menggunakan pasport palsu)
Sementara itu, CBS News melaporkan, polis masih tidak dapat memastikan sama ada Lukasz benar-benar ingin melelong mangsa di laman web berkenaan atau ia hanya satu ugutan bagi mendapatkan wang tebusan berjumlah 230,000 pound (RM1.28 juta) daripada ejen serta keluarga mangsa. - CARI |