Nak buat apa-apa pun tak senang kalau menjadi seorang insan bernama Fasha Sandha.
Baru-baru ini netizen sekali lagi membanjiri ruangan komen di Instagram (IG) Fasha dengan komen-komen negatif selepas dia memuat naik video parody lagu I Am Me nyanyian Datuk Seri Vida (DSV).
Menerusi video itu, Fasha dilihat bahagia menari dan menyanyi bersama anak-anaknya.
Malangnya, ramai netizen kurang senang dengan video yang sedang tular itu.
Memetik Astro Gempak, pelakon itu tidak pernah berasa terganggu dengan komen-komen yang ditulis netizen di laman sosialnya.
"Instagram saya, terpulang pada saya untuk menulis apa sahaja yang saya rasa dan kalau ada yang tidak suka boleh unfollow!
"Bagi saya tidak menjadi kesalahan untuk meluahkan perasaan di laman sosial sendiri, bukan hanya untuk menunjukkan perkara yang baik-baik sahaja sebab saya pun manusia biasa," katanya.
Pun begitu, Fasha akui dia akan mengelak dari membaca komen-komen negatif terbabit selain menganggap haters merupakan golongan peminatnya yang keliru.
"Biasanya keluarga atau individu terdekat yang akan memaklumkan sekiranya ada komen keterlaluan di Instagram saya. Barulah ketika itu saya terpaksa bertindak.
"Kalau dulu pernah ada akaun Facebook We Hate Fasha Sandha tapi sekarang kemanakah akaun itu?
"Bagi saya haters yang banyak menulis mengenai kita sebenarnya peminat, cuma mereka keliru," ujarnya.
Foto: IG Fasha Sandha
Ha! Siapa nak bangkang kenyataan Fasha ni? - CARI |