Ekoran skandal membabitkan operasi pasukan pertahanan Jepun yang berkhidmat di bawah misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Sudan Selatan, Menteri Pertahanan Jepun Tomomi Inada bertindak meletak jawatannya.
Perkara berkenaan diumumkan Perdana Menteri Shinzo Abe dan menerima perletakan itu.
sumber : http://images.asianage.com
Memetik laporan agensi berita China Xinhua, tugas Inada diambil alih Menteri Luar Fumio Kishida sehingga pelantikan baharu dibuat.
Perletakan jawatan Inada dikemukakan menjelang rombakan kabinet yang dirancang perdana menteri minggu depan.
Menurut sumber, bekas Menteri Pertahanan Itsunori Onodera adalah antara nama yang disebut mungkin menjadi pengganti Inada.
Inada turut menafikan dakwaan terhadapnya, kementerian juga menolak tuduhan beliau terbabit dalam menyembunyikan data.
Beliau adalah rakan sekutu rapat perdana menteri dan dilantik menjadi menteri pertahanan pada Ogos lepas.- CARI
Post time 28-7-2017 06:50 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Bodoh betol menteri jepun ini...buat apa undurkan diri kerana case sekecil ini...tirulah imam besar kami najib al razaki yg betol-betol smart dan berani ..
Post time 28-7-2017 09:04 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by pembisikmaut at 28-7-2017 09:06 PM
pyropura replied at 28-7-2017 07:40 PM
Menhan Msia gimana?
Semangat maju terus .. pantang mundur imam besar najib al razaki memang patut kita tiru dan tekadani kerana sesuai dengan adat high class umat melayu kita...