View: 3759|Reply: 8
|
Asyik Stress Je? Hilangkan Tekanan Perasaan Dengan 7 Makanan Ini
[Copy link]
|
|
Apabila rasa stress atau sedih, kebiasaannya ramai yang cenderung untuk menghabiskan masa dengan makan. Kononnya apabila kerap makan dapatlah melupakan seketika segala tekanan.
Ya! Mungkin "petua" ini kadang-kadang berkesan tapi yang tidak bagusnya apabila kita kerap makan terutamanya makanan yang manis, tahap kesihatan kita akan terjejas.
Jadi amat penting untuk kita tahu apakah jenis makanan yang betul-betul sesuai dimakan untuk menghilangkan stress. Berikut adalah 6 makanan yang oleh pakar-pakar makanan.
1. Keledek
Sudahlah manis, sedap, dan kaya nutrien! Kalau mahukan manisan tanpa gula, keledek adalah makanan terbaik.
2. Yogurt & buah beri
Campurkan yogurt dengan apa saja jenis buah beri. Ia sumber protein yang memberi tenaga dan mewujudkan hormon anti stres. Tambahkan buah untuk rasa manis dan mencetus sistem imuniti tubuh.
3. Kari dan sayur-sayuran
Tahukah anda, saat anda makan cili, ia dapat merembeskan hormon endorfin yang dapat menggalakkan rasa tenang? Kari sayur sememangnya bagus kerana ia menyumbang sumber protein dan tenaga, dan semua ini boleh didapati hanya dari sebuah mangkuk!
4. Teh Hijau
Asid amino dalam teh hijau sesuai diambil ketika anda berada dalam keadaan tegang. Pengambilan kafein yang terkawal membantu anda kekal fokus untuk bertenang.
5. Oatmill dan serbuk kayu manis dan madu
Semangkuk oat dapat meningkatkan hormon serotonin yang menggalakkan rasa selesa kerana kandungan serat di dalamnya. Oleh itu, pengambilan oat tidak akan menyebabkan paras gula dalam darah naik mendadak. Tambahkan serbuk kayu manis untuk menghilangkan stres dan madu untuk menguatkan sistem imunisasi badan.
6. Coklat gelap
Makan coklat gelap dapat mengurangkan hormon stres. Kacang badam pula kaya dengan sumber protein. Gabungan kedua-dua makanan ini dapat membantu anda kekal tenang tanpa menggemukkan. ‘Best’ tu!
7. kekacang dan biji-bijian
Makanlah kacang pistacio, gajus, walnut, badam, dan kuaci sekali gus! Ia umpama kombo ketenangan. Kandungan omega-3 yang terdapat dalam kacang walnut dan kuaci dapat menurunkan paras stres dan menggalakkan hormon-hormon sihat.
Akhir sekali, jangan lupa solat dan banyakkan berdoa mohon pertolongan dari Yang Maha Esa. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
coklat the best............... |
|
|
|
|
|
|
|
mmg pun.
peminat coklat ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
dalam semua tu dubuk paling suka keledek |
|
|
|
|
|
|
|
walnut
masa travel kat swiss walnut panggang banyak diorang serve masa breakfast. hari2 mesti ambik 2-3 sudu besar makan ngan cereal + susu. nikmat sungguh rangup2 gitu. kat malaysia walnut mahalll |
|
|
|
|
|
|
|
suka kacang....pistachio tong garden... |
|
|
|
|
|
|
|
Suka mkn oat,kalau lapar bancuh oat je |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm..xtau kenapa bila nampak gambar acik kat atas tu gigit laptop, rasa mcm nak try gigit gak laptop ni...
Makanan2 di atas mmg semua makanan kegemaran i... |
|
|
|
|
|
|
|
Chocolate is the best solution |
|
|
|
|
|
|
| |
|