Menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.
"Tolong beritahu ibu bapanya saya minta maaf. Saya sangat menyesal."
Seorang lelaki menyesal atas tindakannya merogol dan membunuh selain mengaku bersalah dan memohon maaf kepada keluarga mangsa.
mStar Online melaporkan, Tarmizi Yaakob dituduh merogol Intan Suraya Mawardi, 17, sebelum membunuhnya di kediaman mangsa di Teluk Kumbar pada 25 Oktober 2015.
Foto: mStar Online
Sejurus pertuduhan dibacakan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Khamis, Tarmizi, 22, mengaku bersalah sambil menangis memohon maaf kepada keluarga mangsa yang duduk di barisan depan galeri awam.
Terkejut dengan situasi itu, pendakwa dan peguambela, S.Yagoo meminta rayuannya dipertimbangkan semula selain memohon agar Tarmizi menjalani penilaian psikiatri.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Abdul Wahab Mohamed memerintahkan tertuduh menjalani pemeriksaan psikiatri selama sebulan di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan.
Pada Mei lalu, Tarmizi dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun, juga kerana kesalahan merogol pada tahun 2015. - CARI |