View: 1675|Reply: 9
|
Kes Jualan Kapal Selam Kepada Malaysia, Dua Didakwa Rasuah
[Copy link]
|
|
sumber : Malaysian Insight
Kumpulan Suaram dari Malaysia dilaporkan membuat aduan pembuat kapal selam Perancis membayar komisen lebih RM570 juta kepada satu syarikat rahsia yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda, bekas kenalan rapat Perdana Menteri Najib Razak.
Memetik laporan Malaysian Insight, akibatnya, pihak Perancis memulakan siasatan pada tahun 2010 ke atas bekas pengerusi unit DCNI tentera laut Perancis, Philippe Japiot dan Jean-Paul Perrier, bekas ketua eksekutif pertahanan dan syarikat elektronik besar di Perancis.
Menurut sumber yang rapat dengan penyiasatan tersebut, kedua-dua bekas eksekutif tertinggi itu didakwa atas tuduhan rasuah dalam siasatan panjang berhubung penjualan kapal selam kepada Malaysia pada 2002.
Selain itu, Japiot turut dikenakan pertuduhan tambahan kerana “salah guna aset sosial” dan Perrier kerana “terlibat dalam penyalahgunaan aset sosial”.
Dilaporkan juga, dua lagi individu sedang disiasat di Perancis dalam kes sama Dominique Castellan yang juga bekas presiden DCNI dan Bernard Baiocco, bekas presiden Thales International Asia.
Semua empat individu terbabit menafikan sebarang salah laku dan kerajaan Malaysia berkata kontrak berkenaan bebas rasuah.
Perkara itu timbul pada 2006 apabila teman wanita Razak, Altantuya Shaariibuu, warga Mongolia yang dikatakan meminta bayaran kerana bertugas sebagai penterjemah dalam urus niaga itu, ditembak mati dan mayatnya diletupkan.
Mahkamah Malaysia kemudian membebaskan Razak daripada tuduhan bersubahat membunuh.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
jap sis, tgh edit..ada error..amboi bahasa kot ye pun nk tegur.  |
|
|
|
|
|
|
|
Bahasa melambangkan jiwang bangsa |
|
|
|
|
|
|
|
Rm 570 juta komisyen? gila lah. |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 19-7-2017 04:44 AM
Rm 570 juta komisyen? gila lah.
Senang jerk nak dapat komisen macam tuh, yg penting package termasuk pompuan mongolia.... |
|
|
|
|
|
|
|
Teman wanita Razak? Razak member ko ke? Bapak dia? Berita apa ni lol |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by shazman73 at 20-7-2017 04:36 AM
Pening betul wartawan cari ini...berita dapat dari mana? sumber? takkan hanya tulis : sumber : Malaysian Insight klu tak ada sumber org akan anggap ftnah dan berita syok sendiri. pettikan ayat dari Malaysian Insight mana? tolong lah belajar etika wartawan
kemarin ada dua ekor anak ayam dilanggr kambing.
sumber : Thailang viest
|
|
|
|
|
|
|
|
sumber malaysian insight? lol.
nah dari reuters: "Being a target of a preliminary investigation or a formal investigation in France does not necessarily lead to a trial."
ko report serata dunia mmg la org kena investigate dik. bukan mcm ahli sendiri report CEC election tak ikut party constitution, tetiba ada phantom branches, RoS suruh ko buat balik election, pastu ko PERAM 4 tahun supaya anak beranak masih berkuasa
 |
|
|
|
|
|
|
| |
|