Wah, kreatif betul! Kalau gerabak kereta api kita macam ni kan 'best'. Tak adalah bosan sangat pandang benda sama saja ketika dalam perjalanan.
Segar sahaja mata memandang seni hiasan dalaman gerabak kereta api bagi Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) di Taipei, Taiwan ini! Serius nampak seolah-olah 'hidup' sahaja!
Lihatlah setiap gerabaknya terutama lantainya yang kini menyerupai kolam renang, padang bola, trek perlumbaan, dan gelanggang bola keranjang!
Hiasan dalaman gerabak berkenaan sebenarnya merupakan sebuah projek khas diuruskan Biro Pelancongan Taiwan dan EasyCard Corporation yang menyelaras pengangkutan awam di seluruh Taiwan.
Projek berkenaan adalah sempena Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2017, yang akan dianjurkan di negara itu pada 19 hingga 30 Ogos ini.
Universiade merupakan acara sukan antarabangsa kedua terbesar selepas Sukan olimpik.
Foto: http://old.2017.gov.taipei/http://www.taiwannews.com.tw
Taipei dijangka menerima kemasukan pelancong yang berlipat ganda sepanjang sukan ini berlangsung.
Foto: BoredPanda
Ada yang rasa nak berenang atau menyepak bola tak bila tengok lantai gerabak kereta api di atas? - CARI |