“Selepas saya muat naik gambar tersebut, memang ada komen pengikut yang beranggapan kami sudah berbaik dan tidak akan bercerai. Tetapi, hakikatnya tidak seperti itu."
Patah hati peminat yang menyangkakan Serina Redzuawan dan suami, Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar, sudah berbaik, namun hakikatnya mereka tetap akan meneruskan perceraian.
Serina, 35, semalam memuat naik sebuah gambarnya bersama anak-anak berserta suami.
Menerusi gambar berkenaan, mereka kelihatan sangat mesra sehingga tidak menampakkan pergolakan rumah tangga dihadapi pasangan itu.
Walaupun mereka tetap dengan niat untuk meneruskan perceraian, namun hubungan mereka berdua masih baik demi anak-anak, lapor Utusan Online.
“Gambar tersebut diambil ketika kami sekeluarga berada di sekolah anak-anak bagi menghadiri aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah,” jelas Serina.
Foto: IG Serina Redzuawan
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata, Tristan Tareef, 6, serta Isabella Saffiya, 5, dan pada April lalu, Serina telah memfailkan perceraiannya.
Baguslah jika hubungan Serina dan Salahudin tidak mementingkan diri masing-masing dan mengutamakan kebahagian anak-anak. - CARI |