Seorang nenek berusia 80 tahun didakwa mencabul seorang remaja lelaki yang baru berusia 13 tahun.
Kejadian berlaku di Palembang, Indonesia dan menurut laporan Liputan 6, ibu mangsa dikenali sebagai Rohana,33 meluahkan rasa kecewanya terhadap apa yang terjadi ke atas anaknya.
"Anak saya masih kecil, tapi sanggup dia lakukan sebegitu ke atasnya, saya tidak boleh terima. Saya berharap agar polis dapat bertindak dengan sewajarnya."
Mangsa dan ibu buat laporan polis, Foto: Liputan 6
Perbuatan jijik nenek tersebut yang kerap kali cuba mencabul remaja berkenaan membuatkan mangsa kini mengalami trauma yang dahsyat.
"Saya mengetahui kejadian itu selepas mendengar cerita daripada anak saya, dia dipaksa melakukan hubungan badan dengan nenek itu," tambah Rohana.
Kali terakhir mangsa dicabul adalah pada Khamis lalu, sekitar jam 10 malam di rumah nenek berkenaan di Jalan Gotong Royong, Kelurahan Demang Lebar Daun, Kecamatan IB I Palembang.
Keluarga mangsa sudah membuat laporan polis dan kini kes masih dalam penyiasatan. -CARI |