Makan ramai-ramai dalam talam? Mengapa tidak, bertambah-tambah seleranya bila dapat kongsi sekali dengan kawan-kawan atau keluarga.
Kalau mahu cuba sesuatu yang baru dan dijamin tak menyesal, jom pergi makan Nasi Briyani Talam Line Clear Kampung Baru!
Foto: FB Line Clear Kg Baru
Dihidangkan di dalam talam besar, lengkap dengan kambing, kuah, jelatah serta papadom yang dapat membuatkan nafsu makan membuak-buak bila pertama kali melihatnya.
Cukup untuk enam hingga tujuh orang makan dan harganya juga berbalaoi iaitu RM200 untuk satu talam.
Jom jamu mata lagi dengan tengok gambar dulu, lepas ini mesti terus lapar jadinya.
Bagi anda yang tak sabar nak rasa sendiri keenakan nasi beriani talam yang sangat istimewa ini, nah alamatnya:
LC Restoran,Jalan Raja Abdullah,Kampung Baru
50300 Kuala Lumpur, Malaysia
Kalau nak buat tempahan sila whatsapp ke nombor: 019-280 8491
Facebook: Line Clear Kg Baru
Cuba sekali, mesti nak datang berkali-kali. Jom pergi sama-sama? -CARI |