View: 1936|Reply: 14
|
Nak Sambung Kontrak, Kakitangan RTM Diwajibkan BM Kredit Untuk SPM
[Copy link]
|
|
sumber : http://www.civildefence.gov.my
Kakitangan stesen televisyen dan radio kerajaan iaitu RTM yang berpengalaman lebih 10 tahun dilaporkan tetap diwajibkan mendapat keputusan kredit dalam subjek Bahasa Malaysia untuk kelulusan Sijil Peperiksaan Malaysia(SPM) barulah kontrak mereka dibenarkan sambung.
Memetik laporan esklusif China Press, sebahagian kakitangan yang berpengalaman lebih 10 tahun seperti penyunting visual, penolong penerbit bahagian penerbitan dan jurusolek difahamkan menerima notis pemberitahuan bahawa mereka dikehendaki menyerah salinan sijil SPM.
Seorang kakitangan RTM memaklumkan, mereka yang terima notis itu, kebanyakan adalah kakitangan yang mempunyai pengalaman sembilan tahun ke atas.
Setelah menerima surat notis itu, ada pihak mewakili mereka berjumpa dengan pegawai kanan kerajaan ketika bulan Ramadan untuk menyatakan permasalahan tersebut.
Tambahnya, biarpun pegawai kanan kerajaan itu telah menulis surat kepada pihak atasan RTM untuk menghentikan pelaksanaan isi kandungan yang dinyatakan dalam notis pemberitahuan tersebut.
Namun difahamkan setakat ini tiada respond daripada pengurusan RTM, termasuk juga tidak bertindak menyambung kontrak mereka.
Menurut kakitangan itu, kini semua kakitangan hanya menunggu arahan dari pihak atasan berhubung kandungan kontrak yang mewajibkan pengambilan semula ujian SPM untuk subjek Bahasa Malaysia.
Jelasnya, ketika pengambilan kerja, pihak RTM tidak pun menyatakan kehendak ujian SPM, kini pula mengungkit semula permasalahan lama.
Lebih-lebih lagi tiada pun pertemuan dengan kakitangan untuk menjelaskan isu berkenaan, menurutnya rata-rata kakitangan tidak dapat terima cara sedemikian.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
RTM pun dok telan bajet banyak sgt..elok privatize ajer... |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke memang salah satu syarat untuk memohon jawatan dalam kerajaan perlu ada kredit dalam Bahasa Malaysia..![](static/image/smiley/default/what.gif) ![](static/image/smiley/default/what.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Ada jgk yg benak bahasa malaysia SPM pon tak credit, dari kecik mmg ckp bahasa asing ke camne? ![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Cemana memula apply keje dulu? Bm Spm syarat lulus ja kah? |
|
|
|
|
|
|
|
ni cara2 nak buang pekerja ke? dh bertahun kerja baru nk check BM.
akak dulu cari pekerja tanya rukun iman, rukun islam. ramai tergagap gagap. |
|
|
|
|
|
|
|
ni semua utk staf KONTRAK la ni.
sama la member aku staf KONTRAK di sebuah IPTA pun kontrak tak sambung bulan 9 ni. pasal dia dulu SPM tak dpt credit.
tapi dia ada pi ambik BM paper julai.
tapi well hmmm.... ![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
salah satu cara kerajaan nak buang staff.
alasan je semua ni |
|
|
|
|
|
|
|
Wow bukan doktor jek..kakitangan RTM pon sama ke |
|
|
|
|
|
|
|
Bertahun under status kontrak..kesian juga
Hujung2 buat macam ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh betul gomen.
Baru sekarang nak implement wajib lulus BM. |
|
|
|
|
|
|
|
Cube check bos RTM punya SPM.brapa agaknya dia dpt.. |
|
|
|
|
|
|
|
Knp baru skrg nak chck bm kredit ke x? :zz |
|
|
|
|
|
|
| |
|