CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4240|Reply: 52

5 Kampung Diisytihar Dan Diwarta Kawasan Jangkitan Rabies

[Copy link]
Post time 5-7-2017 09:47 AM | Show all posts |Read mode


sumber: internet



Kerajaan Sarawak mengisytiharkan lima kampung di Daerah Serian sebagai kawasan dijangkiti penyakit anjing gila atau rabies dan mengeluarkan arahan agar semua anjing peliharaan di kawasan dalam lingkungan 10km di situ, diberi vaksin terhadap penyakit berkenaan.


Memetik laporan Sarawakvoice.com, perkara itu diumumkan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, yang turut menjelaskan bahawa kampung terbabit ialah Kampung Kerait, Kampung Paon Rimu, Kampung Paun Rimu Bakung, Kampung Remun dan Kampung Lebor.


Beliau berkata pasukan pemberi vaksin telah dihantar ke ‘ground zero’ di zon yang dijangkiti penyakit itu kelmarin dan mereka juga akan mengunjungi kawasan lain.

“Bagi memastikan kejayaan operasi pemberian vaksin ini, kami memohon kerjasama penuh daripada semua pemilik anjing peliharaan supaya memastikan haiwan peliharaan mereka diberi vaksin dengan secepat mungkin.”


Tiga kanak-kanak di Daerah Serian dijangkiti rabies seperti yang diumumkan Hospital Umum Sarawak pada 22 Jun.


Dua daripada mereka, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dan kakaknya berusia enam tahun, meninggal dunia semalam.


Mangsa ketiga, kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, berada dalam keadaan kritikal.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2017 09:57 AM | Show all posts
kesiannya sape kna rabies ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2017 10:03 AM | Show all posts
kesiannnyaa...
berhati hati la mereka yg disana
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2017 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
dlu ad kes kt semenanjung, kerajaan buat pelupusan anjing liar kan, tp aktivis marah. jd ape langkah patut buat selain bunuh anjing liat ni. takut tu, kalau dijangkiti, boleh bawa mati
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2017 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Cash dari Elohim
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2017 12:22 PM | Show all posts
aduhh scary la ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2017 12:31 PM | Show all posts
Elok le cepat bertindak sebelum lebih ramai jadi mangsa dan merebak ke kawasan lain
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2017 04:05 PM | Show all posts

Deepest condolences to the family of the 2 Siblings. May their souls RIP


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2017 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
sabbath_shalom replied at 5-7-2017 10:54 AM
Cash dari Elohim

Virus tu dari anjing,kau bertuhankan anjing ker..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2017 04:35 PM | Show all posts
felinecat replied at 5-7-2017 10:52 AM
dlu ad kes kt semenanjung, kerajaan buat pelupusan anjing liar kan, tp aktivis marah. jd ape langkah ...

kan?sini pun sama, sspca bising jugak bila council nk hapuskan strays.

aku pun tak paham apa yg aktivis for animal right tu nak?

masa bird flu dulu dgn wabak JE tak pulak bising...

bg aku perlu hapuskan stray dogs and cats di kawasan berdekatan and enforce pet license utk memantau kesihatan anjing dan kucing area tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2017 04:53 PM | Show all posts
Edited by sixret at 5-7-2017 04:55 PM
felinecat replied at 5-7-2017 10:52 AM
dlu ad kes kt semenanjung, kerajaan buat pelupusan anjing liar kan, tp aktivis marah. jd ape langkah ...

Ya, saya sangat ingat kes ini. Di kawasan Kelang. Pemilik anjing dibayar oleh majlis perbandaran jika menyerahkan anjing2 untuk "ditidurkan" kerana kes rabies. Yang membuatkan saya tidak boleh lupa, ada post2 fb yang berbaur rasis. Salah satu komen seseorang yang saya tak akan lupa kerana kebodohan komen itu, " what they will feel if we kill their cats."

Mereka ingat ini perang antara melayu dan kaum2 yang membela anjing. Betapa bodohnya segelintir manusia menaakul sesuatu kes. Sentiasa ingat wabak rabies sangat berbahaya.

Saya cerita ini bukan kerana saya rasis tetapi nak menggambarkan kebodohan segelintir manusia dalam melihat sesuatu kes.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2017 04:54 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 5-7-2017 04:05 PM
Deepest condolences to the family of the 2 Siblings. May their souls RIP

Sebak. Takziah kepada keluarga mangsa. Tq for the photo.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2017 04:56 PM | Show all posts
leylapple replied at 5-7-2017 04:35 PM
kan?sini pun sama, sspca bising jugak bila council nk hapuskan strays.

aku pun tak paham apa yg ...

Setuju.

Semua nyawa berharga tetapi nyawa manusia perlu diutamakan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2017 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
oppol replied at 5-7-2017 04:10 PM
Virus tu dari anjing,kau bertuhankan anjing ker..

Elohim hantar anjing tu untuk korang Sarawakian.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2017 05:28 PM | Show all posts
Sedih tgk pic dua bradik tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2017 06:39 AM | Show all posts
sixret replied at 5-7-2017 04:54 PM
Sebak. Takziah kepada keluarga mangsa. Tq for the photo.


Rabies: Empat ekor anjing dihapus

SERIAN, 5 Julai: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak menghapuskan empat ekor anjing di Kampung Lebor, Gedong, dekat sini hari ini, atas permintaan penduduk kampung selepas haiwan itu menunjukkan simpton dijangkiti virus Rabies.

Seorang penduduk yang ditemui Bernama, Bliyang Gendin, 58, berkata dia tidak mahu mengambil risiko dan meminta anjing peliharaannya Black, berusia tiga bulan, dihapuskan setelah haiwan itu mula sakit sejak seminggu lalu.

"Black sudah sakit sejak seminggu lalu. Anjing ini sudah mula tunjukkan simpton seperti air liur meleleh, kaki sakit serta bila tengok orang seperti mahu terkam dan gigit saja.

"Takut kami tengok anjing ini sebab semakin agresif walaupun belum menyerang orang... baik hapuskan sahaja," katanya.
Bliyang berkata dia tidak sedih dengan keputusan tersebut sebaliknya tindakan itu perlu untuk kebaikan semua pihak.
​​​​​​​
​​​​​​​​​​​​​​Selain anjing dan kucing, proses vaksinasi untuk mengelak virus Rabies di kampung tersebut turut melibatkan haiwan seperti tupai.

Semalam kerajaan Sarawak mengisytiharkan lima kampung di Daerah Serian sebagai kawasan dijangkiti penyakit anjing gila atau rabies dan mengeluarkan arahan agar semua anjing peliharaan di kawasan dalam lingkungan 10km di situ, diberi vaksin terhadap penyakit berkenaan.

Selain Kampung Lebor kampung terbabit ialah Kampung Kerait, Kampung Paon Rimu, Kampung Paun Rimu Bakung dan Kampung Remun.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2017 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
budak berusia 7 tahun itu adalah anak kepada kawan saya yg baru saja lepas bersalin anak ke 4..
kesian sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2017 08:50 AM | Show all posts
sixret replied at 5-7-2017 04:56 PM
Setuju.

Semua nyawa berharga tetapi nyawa manusia perlu diutamakan.

blm kena gigit dgn anjing wabak rabies...

kalo dah kena aku rasa 360 degree berubah...

jgn jadi bodoh kerana binatang

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2017 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah..sian..bdk2 kecik lagi..so since ni pun psl kes anjing takdak plak yg nak cop sejak bila kerajaan sarawak kena lantik jadi elohim nak hapuskan anjing2 liar?bro Bliyang Gendin pun tak byk songeh anjing dia di tidurkan..salute of u bro fikirkan masyarakat dari diri sendiri..harap2 lah virus ni tak merebak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2017 08:54 AM | Show all posts
sabbath_shalom replied at 5-7-2017 05:26 PM
Elohim hantar anjing tu untuk korang Sarawakian.

mudahan jugak u nanti digigit anjing wabak..ingat, rabies nie start dari sjung dan kalimantan sebelum tular ke serian

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.096673 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list