CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 937|Reply: 0

Yayasan Al-Bukhary Tawar Perkhidmatan Van Jenazah Buat Golongan Asnaf

[Copy link]
Post time 3-7-2017 05:24 PM | Show all posts |Read mode


sumber : Bernama



Bagi membantu golongan asnaf, Yayasan Al-Bukhary dilaporkan menyediakan perkhidmatan penghantaran van jenazah secara percuma untuk masyarakat di Perak.


Memetik laporan Bernama, pengurus 'Van Jenazah Al-Bukhary' cawangan Perak, Roslan Ali perkhidmatan tersebut telah diadakan sejak Disember lalu dan segala permohonannya perlu lengkap untuk direkodkan dan dilaporkan kepada pihak Yayasan Al Bukhary.


"Selain memudahkan proses penghantaran jenazah dalam kariah, dalam negeri atau ke luar negara, van tersebut turut dilengkapi dengan ruang atau tempat memandikan jenazah supaya tidak perlu untuk meminjam tempat mandi jenazah dari surau atau mengusung bawa ke rumah si mati."


Difahamkan kira-kira 60 golongan asnaf atau tidak berkemampuan telah menggunakan perkhidmatan tersebut setakat ini.


Sementara itu, golongan berkemampuan juga boleh menggunakan perkhidmatan van tersebut, namun mereka akan dikenakan bayaran mengikut jarak perjalanan, elaun pemandu, tol dan lain-lain.


"Hasil daripada bayaran tersebut akan digunakan oleh pihak kami untuk membeli semula peralatan dan barangan berkaitan pengurusan jenazah bagi kegunaan golongan kurang mampu," katanya.


Beliau berkata warga Perak yang memerlukan perkhidmatan berkenaan boleh menghubunginya di talian 016-5420758.- CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.063835 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list