CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Kenapa doktor kontrak tidak boleh belajar cakap Melayu? Kementerian terkedu. #37

[Copy link]
Post time 4-7-2017 09:07 AM | Show all posts
lulus bm tak semestinya tak leh cakap dan paham bm...bodonya gpms ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2017 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 2-7-2017 04:32 PM
Dlm paper bnyk iklan job kena fasih mandarin. Jrg job yg requirement dia kena fasih melayu. Ini real ...

Memangler.. itu additional requirement. Advantage kalo pandai mandarin.. sebab org msia mesti ler tau ckp melayu walaupun sikit2..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 12:55 PM | Show all posts
kenapelah selalu sgt menteri2 dan pengarah jabatan bagi statement yg mengelirukan...takkan special office tak brief kot.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaun2 semua xpaham lgi ke isu sebenar? Budak2 ni kebanyakan sekolah antarabangsa, mana amek paper SPM tpi diorang still belajar bahasa Malaysia. Dan kelonggaran kelulusan ni pon utk pekerja kontrak je, utk ambilan tetap masih perlu kelulusan BM peringkat SPM.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 01:09 PM | Show all posts
dah nak kerja di Malaysia... kena la pandai berkomunikasi dalam BM. Lagipun syarat lulus je... bukan suruh dapat A+++++ pun...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 01:20 PM | Show all posts
Orang yg tarak bayor cukai pendapatan silla keluar Mesia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2017 01:32 PM | Show all posts
ultra78 replied at 4-7-2017 07:24 AM
Miscommunication tu saya fikir lebih bergantung kepada skill 'bahasa komunikasi' dan bukan kepada  ...

Setuju.
Komunikasi doktor dan pesakit bukan sekadar bahasa cakap2 sahaja..
Doktor kena pandai baca air muka, bahasa badan,
dan kadang2 bila ko paham cara orang berfikir, ko akan paham kenapa pesakit berkata begitu begini..

Belajar bahasa dan skil komunikasi 2 perkara berbeza.
Tak semestinya ko pandai satu2 bahasa, skil komunikasi ko pon tip top jugak.

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 01:46 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 4-7-2017 01:08 PM
Malaun2 semua xpaham lgi ke isu sebenar? Budak2 ni kebanyakan sekolah antarabangsa, mana amek paper  ...



.. meaning .. kalau budak2 yg belajar sekolah antarabansga tunak bekerja kat malaysai nan permai ini, kenalah depa ambik paper BM ... kalau tak kerja jer lah kat luar negara .... tapi

tapi ... amik doc kontrak bangla india bagai tu .. depa ada kelulsuanBM kah?

tak paham jugak ngan polisi gomen ni

nak lulus BM ... hujung2 semua in BI ... nyampahh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-7-2017 02:45 PM | Show all posts

Isu lulus BM: Doktor Inggeris dahulu pun cakap Melayu - Rais

KUALA LUMPUR: Kerajaan dinasihatkan tidak bersetuju dengan pengecualian dan kelonggaran syarat kelayakan lulus Bahasa Melayu (BM) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi lantikan kontrak Pegawai Perubatan Gred 1.

Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, ia sekali gus bertentangan dengan undang-undang perkhidmatan awam dan dasar negara selama ini.

"Alasan bahawa pengecualian diberi kerana para doktor dan kakitangan kontrak tidak munasabah.

"Kalau tidak boleh cakap Melayu, macam mana hendak rawat orang Melayu dan anggota masyarakat yang lain?

"Doktor Inggeris dahulu pun belajar cakap Melayu. Kenapa doktor kontrak tidak boleh belajar cakap Melayu?" soalnya di status terbaharu di laman Facebook miliknya.
BACA: Lulus BM dilonggar, elak ratusan graduan perubatan disia-siakan - MMA

BACA: Kelonggaran syarat BM: 'Wujud risiko silap rawat jika doktor tidak faham pesakit'

Sebelum ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memutuskan untuk melonggarkan syarat kelayakan lulus BM bagi graduan perubatan itu pada 23 Feb lalu bagi pelantikan secara kontrak jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41 di Kementerian Kesihatan bagi graduan perubatan yang tidak menduduki peperiksaan BM di peringkat SPM atas pelbagai sebab.

Dalam pada itu tegas Rais, syarat yang dilonggarkan itu akan menjadi seperti pepatah amalan jarum lulus kelindan yang memberi maksud apabila pekerjaan yang pertama berhasil dilakukan maka yang berikutnya juga akan berhasil juga.

"Ia suatu penurunan yang menghina dasar kebangsaan.

"Kalau doktor boleh mengingat dan belajar ribuan terma perubatan apakah masalahnya mengingati ayat dan terma BM, 'Apa sakit? Mana sakit?'.

"Mereka itu boleh belajar BM dalam satu bulan. Pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) juga boleh adakan sukatan pelajaran bahasa yang mudah dan praktikal," ujarnya.

Rais turut memberi peringatan kepada pegawai Melayu agar tidak menggadaikan maruah negara bangsa.

"Sudah terlalu banyak pemesongan dasar BM sebagai bahasa kebangsaan.

"Tindakan mengecualikan BM itu wajib ditarik balik," tegasnya.

Pada Isnin, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam akan diminta memberi penjelasan berhubung kelonggaran syarat lulus BM di SPM.

Tegasnya, kedua-dua menteri berkenaan akan diminta berbuat demikian pada mesyuarat Jemaah Menteri esok.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 4-7-2017 01:46 PM
.. meaning .. kalau budak2 yg belajar sekolah antarabansga tunak bekerja kat malaysai nan perm ...

Sebab tu lh kelonggaran diberi pada pekerja kontrak. Dan benda ni dah lama dah implement sbb time tu doktor sgat diperlukan,  cuma tiba2 jadi isu bila ummah bimbo xtau apa2 terus viral kan isu ni. Nnti esok subra sendiri bagi kenyataan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 4-7-2017 02:46 PM
Sebab tu lh kelonggaran diberi pada pekerja kontrak. Dan benda ni dah lama dah implement sbb time  ...

Doktor,"lu apa sakit dol...ada patuk ka",?     
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 4-7-2017 03:40 PM
Doktor,"lu apa sakit dol...ada patuk ka",?

Kalau xtau isu xpayah nak komen sini. Setakat sembang main kutuk2 gi tu je lah kau mampu buat. Menunjukkan otak kau cetek, x mampu menjana pemikiran kritis. Selayaknya jdi cacai hina sampah.  
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 4-7-2017 04:05 PM
Kalau xtau isu xpayah nak komen sini. Setakat sembang main kutuk2 gi tu je lah kau mampu buat. Men ...

Lu sdh tengok doktor ke dol?
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 4-7-2017 07:56 AM
bukan setakat doktor tapi semua rakyat malaysia....wajib

Btol,  not only doctors.... tp semua yg bergelar WARGANEGARA wajib tahu berbahasa kebangsaan
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 04:30 PM | Show all posts
bukan tak faham,,tp buat2 tak faham..especially keling.com
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2017 07:41 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 4-7-2017 02:46 PM
Sebab tu lh kelonggaran diberi pada pekerja kontrak. Dan benda ni dah lama dah implement sbb time  ...




tapi

as malaysian .. kalau depa takada spm Bm its k la .. understood sekolah antarabangsa ... tapi kaalu ada yg tak pandai cakap BM ... memang .. hmmm sangat lah .. tak patut jadi rakyat malaysia apatah lagi bekerja dengankerajaan malaysia ............... in this case .. kontrak expat lain isu nya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-7-2017 12:36 AM | Show all posts

Kenapa doktor kontrak tidak boleh belajar cakap Melayu? – Rais


KUALA LUMPUR – Tan Sri Rais Yatim menasihatkan kerajaan supaya tidak bersetuju dengan kelonggaran syarat lulus Bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi lantikan Pegawai Perubatan bagi lantikan kontrak Pegawai Perubatan Gred 1.

Beliau yang juga Penasihat Sosiobudaya Kerajaan berkata, alasan bahawa pengecualian diberi kerana para doktor terbabit adalah kakitangan kontrak adalah tidak munasabah.

“Kalau tak boleh cakap Melayu macam mana nak rawat orang Melayu dan anggota masyarakat yang lain?

“Doktor Inggeris dahulu pun belajar cakap Melayu. Kenapa doktor kontrak tak boleh belajar cakap Melayu?,” katanya menerusi Facebook beliau.

Beliau menyifatkan cadangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu sebagai satu penghinaan kepada Dasar Kebangsaan.

Rais turut mengingatkan pegawai-pegawai Melayu agar jangan menggadaikan maruah negara bangsa kerana sudah terlalu banyak pemesongan Dasar Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

Katanya, jika para doktor boleh belajar ribuan terma perubatan, apakah masalahnya untuk mengingati ayat dan terma dalam bahasa Melayu.

“Mereka itu boleh belajar bahasa Melayu dalam satu bulan. Pihak KKM juga boleh adakan sukatan pelajaran bahasa yg mudah dan praktikal,” tegasnya yang mahu tindakan kelonggaran itu ditarik balik.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2017 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Yangpenting adalah skillberkomunikasi.kalau pandai cakap 10 bahasa pun tapi berkomunikasi dengan patients atau penjawat awam yg lain apa gunanya.tahu nak marah2 aje...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2017 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok apa. Syaratnya lulus. Jadi doktor pandai2, takat lulus Bahasa Melayu sepertinya bukan masalah besar.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2017 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko dah penat2 belajar medic, balik bersemangat nk berkhidmat utk rakyat. Alih2 kena amik spm dulu (walaupun boleh cakap bm) utk jawatan yg bukan permanent... bukan ke membazir masa dan kepakaran? Kalau nk diserap jadi tetap then boleh la usaha lebih amik spm sementara berstatus kontrak....

Assumption yg tak nak amik spm sbb tak pandai cakap bm is so stupid & sgt pprt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.548548 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list